Followers

Monday, April 27, 2020

Holiday Ke Bandung 4 Hari 3 Malam

Awal Februari lepas kami sekeluarga besar iaitu family husband termasuk Mama Abah dan adik beradik dia ber family trips ke Bandung.   4 hari 3 malam kat sana.   Certia dan gambar dalam entri ni memang tak tersusun ya. Sis malas ni. Nak update laju laju je rasa.   

Sepanjang 4 Hari 3 Malam tu ni la iternari kitorang kat Bandung. 

Hari Pertama 

9 Pagi  : Tiba di Bandung dan terus ke Bandung Ekslusif Textile
10.30 Pagi  ; Rumah Sulam
12.00 Tghri : Makan Tengahari kat Rumah Daun
2.00 Ptg :  Bandung Floating Market
5 Ptg : Balik Hotel, Tebu Hotel Bandung
7 Ptg ; Dinner  Makanan Sunda (Tak ingat nama Rumah Makan tu)

Hari Kedua

8 Pagi  : Bertolak ke Kawah Putih. 
11 Pagi : Ke Ciwidey Bandung
2 Petang : Makan Tengahari 
4.00 Ptg : Shopping Kat Cibaduyut  
6 Ptg : Balik Hotel, Tebu Hotel Bandung
8 pm : Dinner Masakan Padang


Hari Ketiga 

9 Pagi :  Shopping Pasar Baru Bandung
1 Ptg : Lunch & Solat kat Rumah Makan
3 Ptg : Farm House & Bandung Great Asia & Afrika 
6 ptg : Dinner  @ Stone Cafe
8 mlm : Massage kat Rumah urut 
10 Malam : Balik Hotel 

Hari Keempat 

10 pagi : Check Out & ke Toko Tiga
12 tghri : Kartika Sari 
2 Ptg : Lunch & Solat di Rumah Makan
4 Ptg : Sampai ke Airport Bandung 
7 pm : Berlepas ke KL

Safely arrived kat airport Bandung


Mini bus 16 seater transport kami sepanjang 4 hari 3 malam kat Bandung 

Tebu Hotel Bandung. 




Lunch kat Kampung Daun yang damai sangat dengan musik yang asyik noo mendengarnya..haha. Makanan pun sedap. First time kot aku makan menu Indonesia.


Kat Floating market. aktiviti menghabiskan duit beli makanan sendiri dan makanan binatang. Budak2 ni pantang nampak tempat yang boleh feeding binatang, mesti teruja nak jugak. 




Hari kedua dimulakan dengan ke Kawah Putih. Kawasan ni  sejuk ya. Rasanya mostly tempat kat Bandung ni memang sejuk, tanah tinggi. Anak memang siap siap pakai bju tebal untuk Hari tu. 



Kemudia ke Glamping Lakeside Rancabali Ciwidey. Kat sini kalau pandai ambil gambar memang vie cantik-cantik ya. Kami ni ngan anak kecik yang tak sbar-saba, ni je la paling cantik yang dapat..hahaha. 


Ko tengok. Menangis suruh ambil gambar sebab tak sabar nak main stering kapal tu.  Kat  dalam kapal yang tak bergerak ni ada restoran. Pisang Cheese dia sedap ye. Sila cuba. 


Lunch Kami di Local Restorant on the way balik dari Ciwidey. Sayangnya tak ingat apa nama restoran tu. Jus Alpukat dia paling sedapa kat restorant ni sepanjang 4 hari kami kat Bandung ni . (Every Restoran/rumah makan kami try jus alpukat )



Selepas makan, solat terus bergerak ke  Cibaduyut untuk Shopping.  Tak ada gambar Cibaduyut, tak sempat snap. Anak buat perangai nak itu, nak ini. 


Hari Ketiga 

Hari ketiga paling penat kot sebab paling banyak berjalan kaki. Pagi ke Pasar Baru untuk shopping.  Mall 5 tingkat tapi tk sempt twaf semua pun. Tergesa-gesa dan sekjap je rasa. Anak pun buat perangai kat sini, lagi la tak cukup masa aku rasa.  


Bandung Farm House Lembang. 





Great Asia & Afrika Bandung 










 

Dinnner kat Stone Cafe. Sedap eh. 


Esoknya last day kami ke Toko Tiga diorang shopping baju dan jeans. Pastu ke Kartika sari borong makanan. Lepas lunch dan solat terus siap-siap  ke Airport.  

Begitulah sedikit ringkas cerita I pasal trip ke Bandung hari tuh.

Pehh.. Mintan napas, berbulan nak siapkan entri 1 ni je pon. 


Sunday, February 16, 2020

Depresikah Aku?

Aku pejam mata lama lama sebelum tulis post ini. Rasa nak share, rasa tak nak share. Mana satu, sendiri confius. Banyak baca pasal depressi because aku nak tau apa beza depresi dan stress. Adakah aku stress atau dah peringkat depresi.

Contoh perlakuan.
Aku macam biasa, mood biasa, normal. Boleh ketawa, bergurau, senyum dan buat aktiviti harian dengan normal. But sometime ada masanya bila aku stress dengan sesuatu perkara, aku akan lost control perasaan aku sendiri. Aku akan marah bagai nak gila. Macam dah tak boleh sabar tahap apa pun lagi. Paling teruk, percakapan aku dan tonasi aku akan jadi menjerit jerit untuk semua yang keluar dari mulut aku.

Dulu masa pregnant paling teruk. Bila datang tekanan tu, anak menangis aku jadi tak boleh dengar menangis dia tu, aku jerit dan menangis sama malah lagi teruk dari anak aku nangis. Ya Allah tu tahap paling teruk. Aku ingat lagi, aku menjerit macam tak sedar diri. Nasib suami ade masa tu, aku suruh dia setelkan anak sbb aku mmg dah tak boleh handle.


Perkara yang trigger perasaan tu.
Antara yang aku perasan, benda ni jadi bila aku terlalu banyak dengar anak aku menangis buat perangai. Aku suri rumah, 24 jam dengan anak, macam2 perangai. Kalau papa diorg pun kadang hilang sabar jaga diorg sejam pun apetah lagi aku.  Perasaan ni pun akan jadi bila aku rasa terlalu penat, lama tak keluar rumah, terpaksa buat benda2 yang aku tak suka.

Macam aku cakap tadi, masa mengandung perasaan tu lagi teruk. Now aku try kawal sikit sikit dengan banyak baca pasal depresi, kawal perasaan.. Sebab aku tak nak beri kesan tak baik pada orang sekeling aku terutama anak-anak.

Kenapa aku tulis entri ni ek? Entah aku pun tak tau. Sekadar mencoret sikit perasaan dalam hati..

Thursday, January 30, 2020

Post Istimewa Pada Hari Istimewa Kerana Hadiah Istimewa


Panjang amat kan tajuk? Sebab sis teruja sangat today tiba tiba dapat hadiah dari suami tercinta. Handphone yang aku pakai retak lagi dek anak. Anak ketiga pulak buat. Jangan tanya kali keberapa tukar handphone sebab pecah anak buat. Sis dah macam nak redho je pakai handphone skrin retak seribu sebab sayang duit. 

Tapi mood memang swing la. Serba tak kena. Tapi hari ni dapat suprise suami belanja handphone baru, yang latest pulak tu. Harga pun meleleh air hidung sis tengok. Kalau nak beli sendiri memang 2 bulan tak bayar kereta..hahaha.


Terima kasih suami. Syg terharu sangat. Tau tak, ni la handphone pertama yang dapat tanpa keluar duit 1sen pun. Handphone pertama beli masa lepas SpM pun pakai duit sendiri hasil kerja kilang 2 bulan. Handphone kedua  beli share duit ngan ayah separuh, ptptn separuh..huhu. Pastu dah keje sampai beranak pinak tak ingat dah berapa kali beli handphone sebab pecah anak buat, semua beli sendiri sambil menangisi nasib.. 
Dan yang niiii.. Yg istimewa sekali... From my beloved husband..  


Maka terimalah selfie pertama dari kami 3 beranak dengan handphone baru ini!!!

Tq Husband!

Semoga bertambah murah rezeki, dipermudahkan semua urusan dunia dan akhirat..
InsyaAllah.. Itu doa dari isterimu 5 kali dalam sehari...


Monday, January 6, 2020

Adam Turns 4 Birthday

Sian Adam. Tak pernah lagi buat birthday party kat dia. Semua sambut kecil kecil je dengan family. Sebabnya Birthday dia asyik jatuh time bulan puasa je. Tahun 2020 ni jatuh time raya ke 4 pulak.Bertabahlah Adam ya. 







Monday, December 2, 2019

BIRTHDAY INTAN TURNS 6

Intan 6 tahun tahun ni (2019). Gambar sambutan birthday dia bulan april lepas. Lamanya baru sempat aku update. Semoga menjadi anak yang solehah, mendengar kata, terang hati dan dipermudahkan semau urusanmu. Ibu sayang semua anak ibu walaupun paling garang dengan Intan. 




Birthday decoration ibu buat sendiri semua. Kek, brownies dan creampuff tu tempah. Tak daya lah nak buat sendiri 





Kawan-kawan dan sepupu sepupu Intan. 





Wednesday, November 20, 2019

KALENDAR 2020 SIZE MINI CUSTOM MADE DESIGN HARGA MURAH




doorgift kalendar


Kalendar Islamik Lengkap Dengan Waktu Solat dah OPEN FOR ORDER. Size medium/large/extra large.

✅ Sebagai Doorgift ✅ Promosi Produk ✅Promosi Perniagaan
<3 70sen="" p="" sahaja="" serendah="">
(Y) Lengkap dengan Cuti Umum, & Cuti Sekolah 2020
(y) Waktu Solat untuk setiap Bandar bandar Utama
(y) Juga terdapat pilihan Kalendar jenis Kuda
(y) FREE custom made design untuk header
(y) FREE editing gambar
(y) Sebagai free gift sambil Promosi Produk/Perniagaan anda
(y) Sebagai Doorgift Majlis Perkahwinan/Aqiqah/Kesyukuran/Jamuan Akhir tahun dan sebagainya.
<3 http:="" p="" www.wasap.my=""><3 0127164176="" :="" p="" whatapps="">



#kalendarislamik #Kalendarwaktusolat #doorgiftkalendar #kalendarmini #kalendarkedai #Kalendarproduk #cetakkalendar #wallcalenar #kalendarmurah #tempahkalendaronline #Kalendarcustommade

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails