Followers

Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Monday, April 27, 2020

Holiday Ke Bandung 4 Hari 3 Malam

Awal Februari lepas kami sekeluarga besar iaitu family husband termasuk Mama Abah dan adik beradik dia ber family trips ke Bandung.   4 hari 3 malam kat sana.   Certia dan gambar dalam entri ni memang tak tersusun ya. Sis malas ni. Nak update laju laju je rasa.   

Sepanjang 4 Hari 3 Malam tu ni la iternari kitorang kat Bandung. 

Hari Pertama 

9 Pagi  : Tiba di Bandung dan terus ke Bandung Ekslusif Textile
10.30 Pagi  ; Rumah Sulam
12.00 Tghri : Makan Tengahari kat Rumah Daun
2.00 Ptg :  Bandung Floating Market
5 Ptg : Balik Hotel, Tebu Hotel Bandung
7 Ptg ; Dinner  Makanan Sunda (Tak ingat nama Rumah Makan tu)

Hari Kedua

8 Pagi  : Bertolak ke Kawah Putih. 
11 Pagi : Ke Ciwidey Bandung
2 Petang : Makan Tengahari 
4.00 Ptg : Shopping Kat Cibaduyut  
6 Ptg : Balik Hotel, Tebu Hotel Bandung
8 pm : Dinner Masakan Padang


Hari Ketiga 

9 Pagi :  Shopping Pasar Baru Bandung
1 Ptg : Lunch & Solat kat Rumah Makan
3 Ptg : Farm House & Bandung Great Asia & Afrika 
6 ptg : Dinner  @ Stone Cafe
8 mlm : Massage kat Rumah urut 
10 Malam : Balik Hotel 

Hari Keempat 

10 pagi : Check Out & ke Toko Tiga
12 tghri : Kartika Sari 
2 Ptg : Lunch & Solat di Rumah Makan
4 Ptg : Sampai ke Airport Bandung 
7 pm : Berlepas ke KL

Safely arrived kat airport Bandung


Mini bus 16 seater transport kami sepanjang 4 hari 3 malam kat Bandung 

Tebu Hotel Bandung. 




Lunch kat Kampung Daun yang damai sangat dengan musik yang asyik noo mendengarnya..haha. Makanan pun sedap. First time kot aku makan menu Indonesia.


Kat Floating market. aktiviti menghabiskan duit beli makanan sendiri dan makanan binatang. Budak2 ni pantang nampak tempat yang boleh feeding binatang, mesti teruja nak jugak. 




Hari kedua dimulakan dengan ke Kawah Putih. Kawasan ni  sejuk ya. Rasanya mostly tempat kat Bandung ni memang sejuk, tanah tinggi. Anak memang siap siap pakai bju tebal untuk Hari tu. 



Kemudia ke Glamping Lakeside Rancabali Ciwidey. Kat sini kalau pandai ambil gambar memang vie cantik-cantik ya. Kami ni ngan anak kecik yang tak sbar-saba, ni je la paling cantik yang dapat..hahaha. 


Ko tengok. Menangis suruh ambil gambar sebab tak sabar nak main stering kapal tu.  Kat  dalam kapal yang tak bergerak ni ada restoran. Pisang Cheese dia sedap ye. Sila cuba. 


Lunch Kami di Local Restorant on the way balik dari Ciwidey. Sayangnya tak ingat apa nama restoran tu. Jus Alpukat dia paling sedapa kat restorant ni sepanjang 4 hari kami kat Bandung ni . (Every Restoran/rumah makan kami try jus alpukat )



Selepas makan, solat terus bergerak ke  Cibaduyut untuk Shopping.  Tak ada gambar Cibaduyut, tak sempat snap. Anak buat perangai nak itu, nak ini. 


Hari Ketiga 

Hari ketiga paling penat kot sebab paling banyak berjalan kaki. Pagi ke Pasar Baru untuk shopping.  Mall 5 tingkat tapi tk sempt twaf semua pun. Tergesa-gesa dan sekjap je rasa. Anak pun buat perangai kat sini, lagi la tak cukup masa aku rasa.  


Bandung Farm House Lembang. 





Great Asia & Afrika Bandung 










 

Dinnner kat Stone Cafe. Sedap eh. 


Esoknya last day kami ke Toko Tiga diorang shopping baju dan jeans. Pastu ke Kartika sari borong makanan. Lepas lunch dan solat terus siap-siap  ke Airport.  

Begitulah sedikit ringkas cerita I pasal trip ke Bandung hari tuh.

Pehh.. Mintan napas, berbulan nak siapkan entri 1 ni je pon. 


Wednesday, March 22, 2017

Hello Kitty Town Johor Bahru

Alhamdullilah dapat jugak jejak ke Hello Kitty TOwn ni. Hikhik. Aku ni memang penggemar Hello kitty dari zaman sekolah menengah uolls.. Lepas turunkan pulak minat tu kat Intan.  Last week balik Jb, Papa Intan dengan baik hatinya offer nak bawa ke Hello Kitty ni. Intan ngan apa lagi, terus la Yihuuuuuuu! Bayaran masuk ke Hello kitty town agak mahal la bagi aku hukhuk. Tapi sebab orang offer pergi, kita pergi la.. Hehe. BUkan senang orang tu nak ajak tau. Biasa sampai gaduh aku nak ajak jalan2..haha.


So jom kita tengok cerita bergambar masa kitorang ke Hello Kitty town tu. Oh ya, kitorang ambil pakej Hello Kitty Town sekali dengan  All Park Pass. Rasanya berbaloi ambil Pakej All Park Pass ni sebabnya All park pass tu ada banyak game yang boleh anak-anak main. Anak-anak pun enjoy sangat. Ada Thomas and friend, Bob the builder dan macam-macam lagi la. Jom tengok cerita bergambar 


Harga Tiket masuk Ke Sanrio Hello Kitty Town dan Pakej All Park Pass.



Muka budak excited depan pintu masuk hello kitty town.


Ada show Hello Kitty. Suka gila Intan Masa ni Adam pon suke. Mak iNtan laaaagi la suke.. mihmihmih =)



Tengok muka mak budak yang engah kesukaan dapat salam the real Hello kitty.


Ruma hello kitty. Kat dalam ni apa je semua barang bertemakan hello kitty. Dari kerusi, lampu, meja, alatan dapur semua Hello Kitty Pink Putih Purple uolls. 


Ruang piano


Dapur Hello kitty


Kiut miut je barang-barang dai. Nasib bak melekat siap-siap kat situ, kalau tak, nak jugak bawak balik buat buah tangan.


Dapur idaman gitu 


Lepas tu kita perg kat aktiviti decorate biskut. Kebetulan dah pkul 3, kitorang pun tak lunch lagi, bila dapat bikut je, terus Adam ngap masuk mulut tanpa toleh kiri kanan pon.  Wau sedap! Aku, intan dan papa dia gigih mendeco biskut comel itu. Biskut boleh makan, boleh bawak balik. Sambil deko sambil makan choc chip..haha



Playground lautan bola. 


Barney and friend =)


setle explore hello kitty town, kita pergi kat thomas and friends pulak. Masa tu pun tengah ada show. Tapi tak banyak la snap gambar. Kat sini banyak Indoor game. Anak-anak suka sangat nih. Adam paling suka naik bas yang pusing ke atas tu. Haaa tolong gambar tak banyak .Jadi tak leh nak tujuk. 2 kali ok dia naik bas tu. seronok sangat la tu.


Kakak intan tak tak takut langsung main game ni. tinggi jugak la untuk paras budak-budak kan. Aku pernah naik yang real punya kat Genting dulu. Gila tinggi. Bila dah sampai atas, dia trun ke bawah laju macam tnak terhempas tu, tak jejak bontot aku kat kerusi tu. Seronok. tu..nampaknya mewarisi kebaranian ibu dia ni. Papa dia belum tentu beranai nak naikk benda macam tu..haha.


Game kicir angin. Comel je bapa bapa teman anak main. Intan tu diva sangat, request nak duduk sorang. Ingat aku percaya? Kang tak pasal dah sampai atas ida pergi berdiri macam mana Sakit jantung mak ko.


Pastu ada aktiviti pakai baju maskot ni. Tapi sayangnya aku lupa nak ambil gambar yang siap print di edit comelcomel tu. kalau tak boleh bawak balik sebagai kenangan kan. cis sungguh


Haaa aktiviti ni, menguji kesabaran. Intan buat kejap je. last2 aku ngan papa dia yang setelkan. Dah siap, orang tu ironkan pastu boleh bawak balik.. seronok.


Gitu la.. Banyak agi aktiviti sebenarnya. Dengan tak makan tengahari lagi, dari pkul 2 - 6 petang dalam tu. Tapi enjoy la dalam tu untuk anak-anak. Puas hati dah pernah pergi.  Next nanti boleh bawak intan main Indoorg kat genting pulak. Indor genting tak la semahal Hello Kitty Town ni aku rasa. Hehe..

Saturday, January 9, 2010

Tudung Giveaway Contest

Yeah saya menjoinkan diri dengan contest sekali lagi. Kali ni contest anjuran Teratak Comel Lotte. Senang je nak join contest ni. Untuk syarat-syaratnye, bolehlah baca di sini. Antara syaratnya ialah kita kena menempekkan satu gambar percutian yang menarik dalam entri pasal contest ni. Okey untuk tu, gambar kat bawah ni la yang di pertaruhkan oleh beta..hehe

Gambar ni macam tengah bergaduh pun adekan...hehe.. Sebenarnya gambar ni di snap time kitorang sedang berborak sambil beraksi..huhu. Lokasi ialah Teluk Ramunia, Johor pada bulan Ogos. Masa ni kitorang bercuti ramai-ramai, reunion kelas la kiranya. Sangat happy bercuti ngan kawan-kawan,, =)

Hadiah-hadiah yang di tawarkan lumayan jugak ni untuk this contest. Antaranya adalah seperti berikut:


Hadiah bakal diterima:


Pemenang Pertama - 1 helai Tudung Nur Barakah Corak bernilai RM60
Pemenang Kedua - 1 helai Tudung Nur Barakah Plain bernilai RM50
Pemenang Ketiga - 1 helai tudung Nur Barakah Full Lycra bernilai RM45

Ayuh mari ramai-ramai kasi join ini contest. Contest ni akan berakhir 15 hb Januari 2009. Cepat-cepat jangan ketinggalan. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails