Followers

Showing posts with label Hanis Zalikha. Show all posts
Showing posts with label Hanis Zalikha. Show all posts

Saturday, June 5, 2010

Blogging Malam Minggu

Sabtu malam minggu. Orang kata kalau mengadap laptop jek time-time macam ni, macam takde life langsung. Bawak-bawak la pegi berjalan, makan-makan ke ape kan mengisi malam minggu macam ni.. Hallaaaa... Gini la nasib. Melepak je la depan laptop sambil layan Majalah 3..huhu

Memikirkan apa yang nak dibebelkan malam minggu begini. Seronoknye la kalau dapat menulis entri yang sekreatif zack zuhairi atau mengulas sesuatu secomel hanis zalikha. Santai, selamber dan menarik perhatian. Menarik, tertarik dan debom.

Seronok juga kalau dapat menulis berkongsi pengetahuan dan info blogging macam kak kujie yang pemurah dengan ilmu tu. Best. Dia pernah tegur secara personal ke email aku dan buat aku pasang contact form sepantas kilat kat blog ni lepas tu..hehe. Thanks kak jie..

Macam-macam gaya orang menulis blog. Begitu begini, masing-masing ada tarikan tersendiri. Teringat dulu-dulu masa mula ada niat nak buat blog. Selalu pikir, ade ke orang nak baca blog aku nanti, tak kan nak tulis semua yang aku buat kat dalam blog ni..

Tu dulu.. Sekarang, bila jari dah mula rancak menari pada keyboard, baru tahu berblog bukan sekadar menulis tentang diri sendiri sahaja.. Macam-macam isu boleh dikongsi, macam-macam ragam boleh di ulas, macam-macam perkara boleh menjadi bahan..

Membina jalinan persahabatan, komuniti bloggers yang sangat friendly, cerita dari blog lain yang mengeletek dan mengembirakan hati, komen dan respon dari pembaca yang menaikkan semangat berblog semuanya menjadi punca jari terus menari pada keyboard ini... =)

Paap! Nyamuk mati penyek di lengan kanan aku. Menandakan aku harus berhenti membebel lalu menarik selimut dan tidor..huhu.. Selamat malam semua.. =)

p/s : Tertanya-tanya siapa yang rajin search blog ini dengan keyword ainin_87?

Friday, April 23, 2010

Tips Diet Hanis Zalikha


Terpana sekejap tengok kejelitaan awek bernama hanis Zalikha ni. Senget-senget mulut tengok badan dia yang selim melim. Jeles. Jeles. Sungguh jeles. Mesti ramai yang tanya tips kurus dan cantik kat dia tu yang dia rajin share kat blog dia tu.

Okeh, setelah membaca blog dia dengan memek muka yang sekejap berkerut dahi, sekejap menyengih sampai telinga, sekejap tenganga dan sekejap ketawa tanpa bunyik (akibat penulisan dia yang gila sempoi), jadi kesimpulannya tip diet Hanis Zalikha adalah seperti berikut.

First. Jangan skip sarapan. Pasal pe? Pasal kita akan makan lebih time tengahari nanti kalau tak sarapan <-- akibat kebulor. Lagi satu, kalori dalam makanan lunch selalunya lebih tinggi dari sarapan. So better amik sarapan supaye kita tak over makan masa lunch nanti.

Kedua. Makan buah sebelum makan bukan selepas makan. Pasal pe?
Sebab buah lebih cepat hadam jadi ia tak jadi toksik kalau berada dalam perut, terlebih dahulu sebelum nasi. Lihat gambar spesel yang dilukis Hanis Zalikha kat bawah ni sebagai rujukan ye.

Yg Cokelat = Ayam goreng, Putih = Nasi, Kuning = Buah Pisang
(Hasil seni Hanis Zalikha)

Kalau makan nasi dulu baru buah. Nanti buah berada kat atas. Bila pisang dah dihadam, dia tak buleh keluar sebab nasi belum dihadam lagi. So pisang jadi toksik.

Yang ketiga, Hanis cakap, makan banyak kali tak pe, tapi jangan makan banyak tapi sekali. Ha..ni untuk mengajar metabolisme tubuh supaya selalu bekerja, supaya kadar metabolisme badan tinggi. Kalau metabolisme rendah, maka badan pun cepat la naik.

Haa.. itu sahaje la sinopsis tips diet dari blog Hanis Zalikha. Sape nak kurus, ikut la.. Tak nak ikut sudah, tak ade paksaan. Aku nak ikut ni <-- konon. Sekian saje untuk kali ini. Daa..

Wednesday, January 27, 2010

Aku Mahu Jongkong Emas Bernilai RM 88,888 Dari Mister Potato


Sedang berjalan-jalan ke blog Hanis Zalikha, tertarik pada satu iklan nuffnang, apa lagi, automatik klik la kat iklan Peraduan Senang Menang Emas Jaminan Hadiah Melebihi Rm 200 000. Peh gempak tak gempak. Menang kalah belakang kira, janji cuba nasib dulu.

Cara dia macam ni. Peserta perlu kira jumlah keseluruhan berat Mister Potato, Ortega, 3 Mariachi dan 100 biji kentang. Klu-klu telah diberi kat website peraduan Mister Potato. Huhu agak mencabar jugak. Ingatkan macam pertandingan kira kacang dalam botol je. Rupanya memerlukan skill mengira dan pemahaman yang baik juga ni kalau betul-betul nak menang. Okeh berikut adalah mereka-mereka yang perlu di teka berat mereka. Jumlah berat kesemua mereka ni perlu dijumlahkan sebagi jawapan akhir.

1. Mister Potato - Pembuka empayar snek kentang

2. Ortega - Pengurus empayar snek kentang

3. Mariachi - duta gembira bagi snek kentang

4. 100 biji kentang

Peraduan ni nampak mudah sebab cuma perlu beli snek mister potato kat dalam tu ade kad yang mengandungi kod unik. Kod unik tu kita sms kan beserta jawapan kita nanti. Okeh aku nak try..huhu.. Hadiah lumayan tu, rugi tak try.. Bak kata Hanis Zalikha, hadiah jongkong emas tu boleh buat bayar hutang PTPTN...haha =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails