Followers

Showing posts with label turunkan berat badan. Show all posts
Showing posts with label turunkan berat badan. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Tips Diet Hanis Zalikha


Terpana sekejap tengok kejelitaan awek bernama hanis Zalikha ni. Senget-senget mulut tengok badan dia yang selim melim. Jeles. Jeles. Sungguh jeles. Mesti ramai yang tanya tips kurus dan cantik kat dia tu yang dia rajin share kat blog dia tu.

Okeh, setelah membaca blog dia dengan memek muka yang sekejap berkerut dahi, sekejap menyengih sampai telinga, sekejap tenganga dan sekejap ketawa tanpa bunyik (akibat penulisan dia yang gila sempoi), jadi kesimpulannya tip diet Hanis Zalikha adalah seperti berikut.

First. Jangan skip sarapan. Pasal pe? Pasal kita akan makan lebih time tengahari nanti kalau tak sarapan <-- akibat kebulor. Lagi satu, kalori dalam makanan lunch selalunya lebih tinggi dari sarapan. So better amik sarapan supaye kita tak over makan masa lunch nanti.

Kedua. Makan buah sebelum makan bukan selepas makan. Pasal pe?
Sebab buah lebih cepat hadam jadi ia tak jadi toksik kalau berada dalam perut, terlebih dahulu sebelum nasi. Lihat gambar spesel yang dilukis Hanis Zalikha kat bawah ni sebagai rujukan ye.

Yg Cokelat = Ayam goreng, Putih = Nasi, Kuning = Buah Pisang
(Hasil seni Hanis Zalikha)

Kalau makan nasi dulu baru buah. Nanti buah berada kat atas. Bila pisang dah dihadam, dia tak buleh keluar sebab nasi belum dihadam lagi. So pisang jadi toksik.

Yang ketiga, Hanis cakap, makan banyak kali tak pe, tapi jangan makan banyak tapi sekali. Ha..ni untuk mengajar metabolisme tubuh supaya selalu bekerja, supaya kadar metabolisme badan tinggi. Kalau metabolisme rendah, maka badan pun cepat la naik.

Haa.. itu sahaje la sinopsis tips diet dari blog Hanis Zalikha. Sape nak kurus, ikut la.. Tak nak ikut sudah, tak ade paksaan. Aku nak ikut ni <-- konon. Sekian saje untuk kali ini. Daa..

Thursday, December 24, 2009

Diet Berkesan Turunkan Berat Badan

Diet Kasi Kurus

Apakah diet yang paling berkesan yang boleh buat proses penurunan berat badan berjalan dengan jayanya? Kemajuan berat badan yang semakin naik menggila ini selalu membikin perasaan gundah gulana. selain itu, mood untuk membeli belah pakaian semakin merundum. Tengok baju lawa pun boleh jadi sedih. Sedih kenape? Sedih kerana bila di sarung ke badan, rasa macam dah serba tak kena je.. Stress melampau bila dipikir-pikirkan.. Apetah lagi musim YES (Year End Sales) sudah mula menggila di seluruh negara. Masa ni la patutnya shopping sakan, berbaloi-baloi kate orang kalau membeli-belah time zale macam ni.

Berbalik pada tajuk diet kita, apa sebenarnya diet yang paling berkesan ye? Selalu search kat makcik google dan selalu juga try tapi biasenye berjaya bertahan selama beberapa minggu je.. Lepas tu, yang adooo je la kan..hehe. Memang jenis tak kuat semangat betul perempuan ni. Baru je berjaya kurangkan berat 1 kilo, dibalas pulak dengan makan sepuas ati sampai naik 2 kilo plak. Apakah??

Diet ni sebenarnya memang nak kena kuat semangat, tak boleh mudah cair dengan godaan makanan-makanan enak. Selain tu kemalasan bersenam mengeluarkan peluh juga satu punca. Dulu mase kat UTM rajin jugak berjoging dengan kawan-kawan. Tapi sekarang bila dah kerja, dunia sudah berubah, pagi pergi kerja, mghrib hari baru sampai rumah. Sabtu ahad pulak adalah saat untuk bermalas-malasan di rumah..ape nak jadi?? Jadilah ikan buntal yang buntal perutnya..huuuuuuuuuuuu...

Banyak sebenarnya cara-cara diet yang berbeza-beza. Ada diet karbohidrat, diet dengan mengawal kalori, diet Atkins dan macam-macam lagi. Search saja ke internet, makcik google pasti ada jawapannya. Pilih je mana nak bersesuaian dengan cara hidup kita tapi disiplin mesti kena kuat la. Orang yang hangat-hangat tahi ayam seperti sahaya ini memang tidak boleh dijadikan contoh okeh, cakap saje lebih.. Bagi dia, diet tetap diet, tapi makan tetap mau makan jugak ikut tekak.. boleh gitu??

Sekian entri saya untuk kali ini kerana saya tidak suka menulis entri yang panjang lebar yang menyerupai kandungan buku teks sejarah tingkatan 5. Daaa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails