Peh lambat gila sambung update blog. Sampai dah nak basi dah cerita pasal bertunang ni. Oleh kerana nak basi dah, ayuh kita layan cerita bergambar secara express je la yek.. Ini edisi malas nak mengarang. =)
Showing posts with label bertunang. Show all posts
Showing posts with label bertunang. Show all posts
Friday, March 11, 2011
Thursday, March 10, 2011
My Engagement Day : Part 1
Ha.. Cer citer, cer citer cer citer.....
Baik. Majlis pertunangan yang bertemakan purple itu ditaja khas oleh... Hah! Tak ada makna nya nak ditaja bagai, jangan nak verangan aini! Huhu. Yang benornye di taja oleh duit gaji sendiri la. Ingat ko artis nak ditaja taja? Hentikan la cerita karut marut tu..
Majlis ringkas je. Baju pun beli sendiri je yg simple, ala yang boleh buat pakai balik time raye kang..huhu. Dan yang penting mesti purple. Dasar penggila purple kan. tengok je la, bilik purple, langsir purple, hantaran purple, baju pun purple. Cadar tu pun kalo ikut hati nak purple gak tuh.
Eh ok la, sambung part 2 la nanti ye.. Jenuh upload ga,bar kat facebook td. Menguji kesabaran sungguh.
Labels:
bertunang
Saturday, March 5, 2011
Al Kisah Cincin Tunang

Cantik tak? Cantik tak teknik beliau mengambil gambar? Hehe.. Yang bersinar tu cincin tunang, dan yang tersarung dijari manis ku itu pulak cincin risik. bertunang dengan orang jauh kan, terpaksa la dapat cincin risik ngan cincin bertunang sekali.. Terpakse kan..haha

Cincin tunang dan cincin risik bersama-sama di atas mawar putih yang suci bersih.huhu. Cantik tak? Aku suka sangat dua-dua. Walaupun bukan aku yang pilih tau. Pandai en tunang dan bakal mama mertua i pilih kan.. hehe.
Hai kisah cincin ni la akak nak citer ni ha dik non. Al kisah cincin ni di beli tanpa empunya jari yang bakal disarung. Maka nya.. En Tunang tawakal je la beli sendiri tanpa tau saiz sebenar jari manisku ang manis ini.. Jauh kan, susah tul nak jumpa.
Masa majlis bertunang tu, perkara yag paling aku risau dan mendebarkan adalah takut cincin tak muat.. Risau gila oo.. Berdebar-debar, tak senang duduk dibuatnye ha. Terketar-ketar tangan ni ha masa cincin disarungkan. Tapi Alhamdullilah muat, cuma ketat sikit je la ha.
Sebagai azam kuruskan badan katenye..huhu. Ye la ye la.. Akak nak kurus la ni. Macam mane ntah nak diet. Diet kang lapar. Lapar kang otak jadi lembab, otak lembab kang susah pulak nak berpikir. Kalau dah susah berpikir tentu lah susah nak mencipta logik-logik untuk sistem. Bile dah susah nak pikir logik, mula la tension wat programing. Bila dh tension ngan coding mula la meroyan nak berenti nak berenti nak berenti...
Kan.. banyak gila efek dia kan.. Serius plak tu. Dah tu Camne nak diet tu??
Sunday, February 27, 2011
Sudah Bergelar Tunangan Orang

Alhamdullilah.. Selamat sudah.. Sudah selamat menjadi tunang orang pada 26 Feb 2011 semalam. Perasaan? Hadoi... Perasaan berdebar takot cincin yang bakal disarung tak muat..huhu. Mana tak risaunye, en tunang pergi beli cincin sendiri kan.. Tak bawak kite pun. So size pakai agak-agak je.
Tapi Alhamdullilah muat, lega. Ketat sikit je. En tunang kata, tak ape ketat sikit, tak la longgar nanti mudah tercabut dan lagi satu, boleh dibuat sebagai azam untuk menguruskan badan! Sebagai ukuran la.. Kasi diet sampai cincin tu longar sikit..huhu.
Ok kawan-kawan, gambar setakat ni tengok yang ni je la ye. Gambar lain dan siri-siri entri pasal majlis bertunang akan menyusul tidak lama lagi..hehe.
p/s : Ada sesiapa tahu senaman menguruskan jari? huhu.. =)
...
Tapi Alhamdullilah muat, lega. Ketat sikit je. En tunang kata, tak ape ketat sikit, tak la longgar nanti mudah tercabut dan lagi satu, boleh dibuat sebagai azam untuk menguruskan badan! Sebagai ukuran la.. Kasi diet sampai cincin tu longar sikit..huhu.
Ok kawan-kawan, gambar setakat ni tengok yang ni je la ye. Gambar lain dan siri-siri entri pasal majlis bertunang akan menyusul tidak lama lagi..hehe.
p/s : Ada sesiapa tahu senaman menguruskan jari? huhu.. =)
...
Labels:
baju tunang,
bertunang
Subscribe to:
Posts (Atom)