Followers

Showing posts with label chocolate moist cake. Show all posts
Showing posts with label chocolate moist cake. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

Kek Cokelat Moist Mudah


Oleh kerana ada yang tanya resepi kek cokelat moist yang aku buat untuk my mak masa mothers day hari tu kat entri ni, jadi kat sini aku mau mengkongsikan resepinya. Kalau nak tau, resepi kek cokelat moist memang ade banyak cara. Tapi bagi aku, yang paling sedap, mudah dan murah kos membuatnye adelah resepi ni la. Memang sangat Moist okeh, lagi pulak cara masak dia guna kukus.

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kisar
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas
3 biji telur
2 sudu (teh/kecil) soda bikarbonat
1 sudu (teh/kecil) serbuk penaik
1 sudu asen vanilla

Cara-cara

Mula-mula panaskan periuk kukusan yang berisi air. Biar die dan kita buat la kek nye...

1. Ayak tepung dan serbuk koko.
2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar KECUALI air panas.
3. Putar campuran bahan-bahan tu sampai sebati semua sekali.
4. Dah sebati, baru masukkan air panas. Putar lagi sampai sebati. (Tak yah lelame)

Tak perlu cuak ye bila adunan menjadi sangat cair.. Gitu lah kekdahnye membuat kek ini.
5. Dah siap adunan kek, letak la dalam loyang yang dah di oles dengan minyak permukaannye.
6. Lepas tu, kukus la dalam 45 minit hingga 1 jam.

Dan hasilnye... Sangat moist dan sedap uolsssssss....



Untuk toping cokelat cair itu, aku buat cam ni jek :

Bahan-bahan :
Setegah cawan serbuk koko,
Setengah cawan susu pekat, 1 sudu minyak masak.

Cara :

Campur serbuk koko dan susu dalam periuk kecil. Kacau sebati. Tambah minyak, kacau lagi sampai berkilat dan likat. Siap. Tuang pada kek bila kek dah sejuk.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails