
Ada yang kata keratan status dan komen facebook Katy Lim Li Lian ni di edit guna photoshop je, tapi yang pasti satu laporan polis dah dibuat. Kalau perkara ni betul, harap pihak berkuasa cepat-cepat lah ambil tindakan. Kata-kata Katy Lim Li Lian kat facebook tu memang melampau kan.
Hurm.. Mungkin juga penggunaan Facebook perlu dipantau untuk mengelakkan lebih banyak kontrovesi yang tidak menyenangkan hati pihak lain tercetus lagi. Ape la hina Agama orang, hina Allah. Manusia tak tahu hormat macam tu patut di ajar, diberi pengajaran. Nak sangat ke kita rakyat Malaysia ni bergaduh sesama sendiri.
PUTRAJAYA 3 Sept. - Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya (Gempur) hari ini membuat laporan polis berhubung satu akaun laman sosial Facebook yang dikesan menghina Islam dan Allah menggunakan kata-kata kesat.
Presidennya, Mohd. Hisamudin Yahya berkata, polis perlu menjalankan siasatan segera ke atas akaun Facebook yang didaftarkan dengan nama Katy Lim Li Lian kerana pemilik akaun itu telah memaparkan komen yang menimbulkan kemarahan umat Islam.
"Walaupun laman web ini telah ditutup dan tidak boleh dibuka, tetapi terdapat blog lain yang memuatkan keratan komen daripada Facebook Katy Lim Li Lian.
"Komen-komen ini tidak bertanggungjawab, bersifat provokatif dan nampaknya berniat untuk menghasut bagi menimbulkan kemarahan orang Islam dan orang Melayu.
Sumber - Utusan Online