Followers

Showing posts with label teluk ramunia. Show all posts
Showing posts with label teluk ramunia. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

Percutian Balik Johor Yang Sangat Best

Masa deepavali hari tu, aku dapat cuti lama sikit, campur dengan weekend dapat la 4 hari cuti. Best sangat dapat paksa husband apply cuti supaya sama sama dapat bercuti dengan gembira. Destinasi percutian haruslah ke Johor Bahru tanah tumpah darah ku kan... Boleh bercuti dengan family kan... So second day kat JB hari Isnin. kitorang decide pergi pejabat agama dulu ambil kad nikah pintar kitorang yang dah berkurun siap tapi tak ambil-ambil tu...huhu


Tomey tak? Huhu..Gambar dan kad nikah ni kitorang buat masa balik JB cuti Raya hari tu, punya la lama.. Masa tu tengah pregnant 8 minggu rasanya..  Gambar ni jugak kitorang simpan dalam wallet masing-masing sekarang =).

Lepas je setel urusan ambil kad nikah tu, dalam tengahari kitorang satu family bergerak ke arah Kota Tinggi. Dah booking siap-siap dah kat Sea View Resort Teluk Ramunia.. Kami satu family suka ke sini sejak kami adik beradik kecik kecil lagi mak ayah memang rajin ajak bercuti kat sini. Tak sesak macam desaru yang sentiasa ramai orang dan pemandangan dan pantai dia pun sangat la cantik...


Tengok la bakal papa ni, sangat la eksited tengok laut... Kemain suka mandi laut... 


Chalet yang kitorang sewa... RM460 sebuah rumah 2 tingkat dengan 3 bilik siap ada hall, ruang tamu, dapur semua. Sangat selesa... Malan tu kitorang buat BBQ depan chalet.. Puas la mak buyung melantak udang bakar tak hingat dunia.... Rasanya sekilo udang yang aku beli tu 80% aku yang menghabiskannya... =)


Pemandangan esok paginya around 7.30 am. Benda yang paling aku suka dari kecil bila ke sini adalah turun ke pantai lepas subuh.. Sangat la mendamaikan dan menenangkan...


Penyu terdampar... huhu... Adik aku la tu.. kemain rilex lagi dia. Budak ni memang tak bleh jumpa pantai... suka sangat. Mak cakap pukul 6.30 pagi dia dah terjun laut dah... Sampai pkul 12 tgahari baru naik... Gila sangat dengan air.


Ayah macam biasa... lepas minum pagi terus angkut pancing ke pantai... Banyak jugak dapat ikan.. Excited kitorang...huhu.


Budak tak reti memancing yang berlagak dengan hasil pancingan bapak mertua beliau...



before checkout...


Lalu jambatan desaru yang baru... cantik sangat..


On the way balik, kitorang singah pulak Tanjung Langsat makan mee bandung.. Gila sedap, gila besar udangnya... lagi best dapat husband yag tak makan udang, habis semua udang dia transfer ke mangkuk aku... Lalalalalala~  sedap sangat!


Mee bandung udang over... Kesan dari makan udang yang terlampau banyak daru bbq malam semalam tu, pastu kat mee bandung pulak, bila balik KL aku tak teringin dah makan udang sampai sekarang...hehe...


On the same day, mak ayah aku terus gerak balik rumah kepenatan. Aku dan husband pulak melencong ke Legoland pulak... Ingat nak masuk la, tapi hujan la pulak, jadi rasa macam tak best dan tak puas pulak nak berjalan sana nanti dengan keadaan ibu mengandung yang alergik hujan ni kan.. So ambil gambar pun jadi la...


Nak Jugak.... Entah berapa snap gambar dia kat sini tak ingat...Puas la berjalan satu Johor, pukul 6 petang baru sampai rumah... Penat tak terhingga... Tapi happy sangat dapat balik Jb, bercuti bergumbira bersama suami dan family tercinta....

Next... Tak sabar nak balik JB lagi akhir bulan ni.... target mak buyung balik Jb akan datang ni adalah ketam masak lomak cili padi made by my mom.... Huuuuu... tak sabar tak sabar tak sabar sangat!!!!

Tuesday, May 4, 2010

BEST VACATION PHOTO CONTEST by mekchu

Baik.. baik.. sahaye join contest lagi walupun tak pernah menang..haha. Contest kali di anjurkan oleh mekchu. Untuk mendapatkan syarat-syarat penyertaan bagi Best Vacation Photo Contest By Mekchu ni, silalah ke blog beliau di sini. Berikut merupkan gambar yang di pilih.

Tempat percutian ialah Teluk Ramunia, Kota Tinggi Johor. Ok percutian kali ni memang super duper best gila sebab dia merupakan reunion kelas kitorang yang paling lame la kitorang buat setakat ni. 2 hari satu malam.. <---lama lah sangat kan..

Kegembiraan & Kegilaan Terserlah

Sangat happy masa kat sini. Belah petang kitorang main sukanneka ala2 budak tadika, tiup-tiup tepung bagai. Malam pulak buat bbq sambil berborak tak hingat dunia. Memang seronok sangat-sangat. Ye la kan, bukan senang nak kumpul reramai cam tu. Dengan perangai gila-gila masing-masing yang tak berubah..huhu

Lihat la betape happynye kami =)

Terlebih sudaaaaaaaaaa... Time sukaneka =)

Bercerita pasal reunion ni rindu pulak kat budak-budak zaman sekolah ni sume.. Haiyaaaaaa.. Geng, jom buat reunion lagik!

Baik untuk melengkapkan syarat, berikut adalah butiran yang diperlukan :
Nama : Aini
Tempat Percutian : Teluk Ramunia, Johor
Tarikh : Err.. Bulan 8 Tahun 2009

Saturday, January 9, 2010

Tudung Giveaway Contest

Yeah saya menjoinkan diri dengan contest sekali lagi. Kali ni contest anjuran Teratak Comel Lotte. Senang je nak join contest ni. Untuk syarat-syaratnye, bolehlah baca di sini. Antara syaratnya ialah kita kena menempekkan satu gambar percutian yang menarik dalam entri pasal contest ni. Okey untuk tu, gambar kat bawah ni la yang di pertaruhkan oleh beta..hehe

Gambar ni macam tengah bergaduh pun adekan...hehe.. Sebenarnya gambar ni di snap time kitorang sedang berborak sambil beraksi..huhu. Lokasi ialah Teluk Ramunia, Johor pada bulan Ogos. Masa ni kitorang bercuti ramai-ramai, reunion kelas la kiranya. Sangat happy bercuti ngan kawan-kawan,, =)

Hadiah-hadiah yang di tawarkan lumayan jugak ni untuk this contest. Antaranya adalah seperti berikut:


Hadiah bakal diterima:


Pemenang Pertama - 1 helai Tudung Nur Barakah Corak bernilai RM60
Pemenang Kedua - 1 helai Tudung Nur Barakah Plain bernilai RM50
Pemenang Ketiga - 1 helai tudung Nur Barakah Full Lycra bernilai RM45

Ayuh mari ramai-ramai kasi join ini contest. Contest ni akan berakhir 15 hb Januari 2009. Cepat-cepat jangan ketinggalan. =)

Wednesday, January 6, 2010

Pesta Muda Mudi

Tiada idea untuk menulis blog tetapi terasa rindu pada kawan-kawan gila-gila yang happy sentiase iaitu budak-budak kelas kat Mrsm Pontian dulu. Walaupun dah 5 tahun SPM berlalu tapi hubungan kami sangat-sangat la hot sampai sekarang, still contact. Memori yang paling best ialah reunion masa bulan Julai 2009. Buat dekat Sepang Indah Resort, Teluk Ramunia Kota Tinggi, Johor. 2 hari satu malam. Saksikan kecerian kami. Tengok gambar pun tahu betape terujanya kami berkumpul balik.

Kami baru sampai. Eju si muka tembok disitu. Yang lain mane? Bawah meja..huhu

Sesi membayar duit resort. Tengok pakcik itu sangat gembira lepas mendapat uwangnya!

Discuss macam nak gaduh. Muka kemek itu adalah si kema.

Keterujaan mandi laut paras lutut.. <--kema kate takot lemas Main game <-- group gila-gila 1, leha memang suke peluk-peluk kan... =) Group gila-gila 2 -- Yasin ketua kumpulan yang tidak matang. Farhan kat belakang, jelas muka keterpaksaan..haha.

Group gila-gila 3 ---> Suka makan tepung. Sila campur dengan air laut untuk menambah perisa okeh.

Ateq menghidu kentut farhan mungkin?

Apekah??

Masing-masing berangan kerana kegembiraan melampau

Malam, bbq time

Makan sampai muntah..haha


Ade kapal karam ke korang??

Aku, Nisa, Eju n Leha yang bajet nak keluar lepas subuh tapi yang adoooooo..

Abaikan mereka. Fokus pada pemandangan. Cantik kan?


Posing-posing terakhir sebelum balik

Mahu bergerak pulang

Serius rindu zaman sekolah....=(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails