Hari ni rasa cam lemau semacam je la. Ape ni.. Cakap keputusan MTEST KPLI keluar hari ni. Tak de pun. Walaupun aku jawab exam MTEST hari tu macam ape je kan, tapi tetap nak tau result jugak. Lulus ke tak. Tak sabau nak tau walaupun keputusan nya gagal dan tak layak untuk penggilan temuduga..heheBanyak betul kekecewaan harini yek. Dah la peraduan senang menang emas teka berat mister potato tu pun dah salah. Comfirm2 tak de peluang nak menang walau hadiah saguhati atau gelihati sekalipun. Tengok keputusan teka berat kat bawah ni. 345 kg tau. Kiraan aku 337 kg. Nak kena ambik matematik SPM sekali lagi kot aku ni.
Bestnye la sapa yang dapat jawapan macam kat atas ni. Mesti tengah melompat kegembiraan tunggu hadiah jongkong emas RM 88888 sampai kat tangan. Pada yang kecewa macam aku, sila cuba lagik tahun depan...kehkehkeh.. Ala tak pe la... tak rugi pun cuba. Dapat gak kan makan snek mr potato yang sedap tu walaupun tak menang.. <-----sedapkan hati =)