Followers

Showing posts with label keputusan panggilan temuduga KPLI. Show all posts
Showing posts with label keputusan panggilan temuduga KPLI. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

Tiada Jodoh Untuk Jadi Cikgu, Kini Beralih Arah Mau Menjadi Tukang Masak Sahaja

Motif letak gambar ni -> Teringat betapa mewahnye dan sedapnye makan kat sini dulu (Berjaya Tioman)

Setelah gagal untuk panggilan ujian MEDSI, lalu aku berharap pula pada panggilan temuduga KPLI. Tapi langsung kecewa jugak nama tiada dalam senarai. Tak ape la, sekurang-kurangnya merasa jugak dapat panggilan MTEST hari tu.

Ok now, dengan semangat baru, aku mau mengubati kekecewaan tahap putus cinta ini dengan memasak yang sedap-sedap dari resepi yang mengiurkan. Plan petang ni mau membikin Kek cokelat moist yang menggoda dan meleleh coklatnya..

Esok mau bikin spagethi dan pizza home made untuk family. Western mood nampak? Layann.. Yeah kelihatan bersemangat di situ setelah sekian lamanyanya hujung minggu aku tidak dapat melekat kat rumah. Minggu ni akan aku lepaskan gian masak ape sahaje yang aku teringin nak makan. Dan.. Tunggu hasil pertambahan berat badan isnin nanti.

Sekian.. Mahu pergi Kipmart mencari bahan-bahan. =)

Monday, April 12, 2010

Keputusan Peraduan Teka Berat Mister Potato & MTEST KPLI = Hampa kuasa 2

Hari ni rasa cam lemau semacam je la. Ape ni.. Cakap keputusan MTEST KPLI keluar hari ni. Tak de pun. Walaupun aku jawab exam MTEST hari tu macam ape je kan, tapi tetap nak tau result jugak. Lulus ke tak. Tak sabau nak tau walaupun keputusan nya gagal dan tak layak untuk penggilan temuduga..hehe

Banyak betul kekecewaan harini yek. Dah la peraduan senang menang emas teka berat mister potato tu pun dah salah. Comfirm2 tak de peluang nak menang walau hadiah saguhati atau gelihati sekalipun. Tengok keputusan teka berat kat bawah ni. 345 kg tau. Kiraan aku 337 kg. Nak kena ambik matematik SPM sekali lagi kot aku ni.


Bestnye la sapa yang dapat jawapan macam kat atas ni. Mesti tengah melompat kegembiraan tunggu hadiah jongkong emas RM 88888 sampai kat tangan. Pada yang kecewa macam aku, sila cuba lagik tahun depan...kehkehkeh.. Ala tak pe la... tak rugi pun cuba. Dapat gak kan makan snek mr potato yang sedap tu walaupun tak menang.. <-----sedapkan hati =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails