Followers

Showing posts with label video iklan raya tv3. Show all posts
Showing posts with label video iklan raya tv3. Show all posts

Monday, September 6, 2010

Iklan Hari Raya TV 3 Yang Di Tarik Semula

Selamat pagi Isnin. Pagi ni buka-buka blog orang sibuk duk cerita pasal Iklan Promo Hari Raya TV 3 yang boleh memesongkan akidah. Iklan ni dah di tarik balik. Seriously, aku belum pernah tengok iklan raya ni kat TV 3, tapi bila first time tengok video iklan hari raya tv3 ni kat youtube tadi, awal-awal iklan lagi dah terperasan macam iklan krismas.

Ye la kan, siap ada macam kereta santa clouse boleh terbang-terbang, lepas tu ada tulisan jawi yang diterbalikkan. Memang jelas la nampak sangat macam ada agenda tersembunyi. Kenapa perlu macam tu? Harap pihak TV3 akan lebih peka lepas ni dalam kes-kes macam ni. Apa sahaja yang boleh memesongkan akidah umat Islam perlu dipandang serius.

Kalau nak tengok video iklan raya tv 3 yang ditarik balik tu, boleh tengok kat link ini. Tengok la, mesti korang akan perasan iklan tu ada yang tak kena. Dan kalau nak baca lebih detail dan tengok snapshot isu-isu yang sensitif dalam video ni, boleh jenguk blog cikgu dahlia atau sharinginfo. Dekat situ ada detail pasal iklan hari raya tv 3 kontroversi ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails