Followers

Wednesday, May 4, 2016

Zaman Dating

Sempena bulan Annyversary ni KekNi nak mengimbau nostalgia la sikit sikit. Kenangan zaman dating dulu. KekNi kenal Bf KekNi ni masa belajar kat Matrikulasi Penang, dia kat Melaka tahun 2005. Bukan berkapel terus pon, masa tu masing masing ada  kapel dah. Kawan saja saja. Pastu lama menyepi. Tup contact semula bila masing-masing dah single. Pastu dari kawan tak tau bila declare jadi kapel ntah..haha.. Tahun 2006 la. Sampai sekarang dah kahwin ada anak 2. Serius memang tak ad declare, mula engko jeles, aku jeles terus sanyang menyayangi gituw..haha


Zaman dating kat City Square Jb. Gila lama tak pergi CS. Ensem ok pakwe KekNi dulu. Masa ni dah nampak kegilaan dia kat kereta. 


Gila tak ensem? Paling suka rambut dia style macam ni. Sekrang, bila suruh buat rambut camni, dia juih bibir je tak nak. 


KekNi. Jangan ingat KekNi tak pernah kurus ya. Zaman berat 53kg ni. Size seluar 26 je. Baju size M. Ko mampu? Sekarang? Kau jangan tanya.  Biarlah rahsia sahaja.


Couple of the year. Lokasi Dating ialah Danga Bay. 

Dulu danga bay cantik banyak tempat boleh jalan jalan, tepi laut, taman, shopping mall semua lengkap. Sekarang dah haru biru dek pembangunan. Yang kekal cuma funfair tu aje. Nyampah sangat , musnah dah tempat kenangan.

KekNi dulu cinta jarak jauh. Jumpa 1-2 bulan sekali je, kene tengok kewangan. Almaklumlah student lagi. Sorang kat Melaka, Sorang kat JB. 3 tahun belajar kat UTM memang setia dengan dia je la walaupun jauh. Kadang habis kelas pergi Jusco taman u tu nak beli barang, stok megi segala. Pastu tengah nak ambil megi kat rak tu ade pulak kapel ni duk bergurau senda bercengkerama sambil pilih megi. Eh panas pulak hati kita, kita ni dah cinta jarak jauh, pakwe jauh nun di Melaka, tak leh teman beli megi,kahkah.. Diorang boleh pulak nak sweet sweet depan KekNi. Jeles sangat ni. Tapi redho je la kan, nama pun jodoh. 

Dating kadang pakwe KekNi ni datang Jb, kadang KekNi turun melaka. Balik hari je uolls, gigih naik bas ekspress kau. Cinta punya pasal. Ada sekali je la pakwe KekNi ni datang Jb naik motor dari Melaka.  Ye la, student lagi, mana ada kereta. Tapi KekNi punya risau jangan cakap la. Tu je la sekali dia bawak motor, lepas tu tak kasi lagi dah. 

Aktiviti dating biasalah, Makan Kfc @ Mcd, tak mampu lagi nak makan Pizza hut, kenny rogers segalah bagai, student katekan. Pastu tengok wayang, karokea. Amboi lama sangat dah sejak kahwin tak pernah tengok wayang ni.  Teringin gak nak dating berdua lagi macam zaman bercinta, tapi sedar diri anak dah dua..huhu

Lepas habis belajar, tahun 2009 pakwe KekNi balik Pahang. Lama gila la tak jumpa. ada 3 bulan kot. Sedih sangat. Rindu gila ok. Jauh kot nak datang Jb dari Pahang. Sabar je la kan. Dan akhirnya dia dapat kerja, beli kereta, dapat kereta terus datang JB jumpa KekNi.. Peh baru la bermula drama cinta sebenar. Zaman masing masing dah bekerjaya, Tak da dah deting naik bas, naik moto segala. Naik kereta pesona dia je dah. 

Pastu tahun 2011, dah kumpul duit sikit kitorang pun bertunang. 2012 pulak bernikah.. Alhamdulilah zaman dating 2005 - 2012 bercinta. Tahun ni 2016, maka genap 10 tahun kami berkenalan.. Semoga hubungan ni sampai ker Syurga InsyaAllah.. =) 








Sunday, May 1, 2016

Kepada Wecare Goshop Yang Care Sangat Kononnya

ccc : wecare@goshop.com.my

Kepada pihak khidmat pelanggan Go Shop yang tidak bertanggungjawab, penipu dan tidak menghormati pelanggan,

Hari ini 1 Mei 2016, maka genap 1 bulan tempoh laporan masalah tempahan saya dihantar (Email pertama pada 30 Mac 2016).
Oleh kerana pihak khidmat pelanggan Go Shop sangat lembap dalam bertindak dan berfikir, saya ulang dengan jelas laporan saya sekali seperti dibawah

Laporan saya
  1. 1. Saya telah membuat tempahan Yonanas Desert Maker bernilai RM148 Pada 30 Mac 2016 melai website https://www.goshop.com.my/
  2.  Pembayaran secara online melalui Cimbclicks dan FPX  sebanyak RM148 telah berjaya, Rujuk Resit Cimbclicks & FPX dilampirkan.
  3. Sistem online goShop pada mulanya menyatakan status pembayaran tempahan saya sebagai PENDING
  4. Setalah beberapa ketika, tempahan & no ID tempahan saya terus hilang dari sistem Online Goshop.
  5. Jadi saya membuat laporan ini untuk mendapatkan semula duit saya bernilai RM148 yang telah ditolak dari akaun saya.

Tindakan GoShop
  1.  31-3-2016  memberi respon Melalui email telah terima bukti pembayaran 
  2.  Pada 01-04-2016 Goshop  Mengatakan Proses pemulangan wang dalam masa 14 hari (Sepatutnya pada 14-04-2016 saya dah terima duit saya semula tapi sehingga 13-04-2016 langsung tiada sebarang status update daripada GoShop dan duit saya juga belum dipulangkan)
  3.  Pada 13-04-2016 Goshop melalui telefon mengesahakan telah terima Rm148 dari akaun saya dan  akan refund semula dalam masa 14 hari  lagi (Janji pertama 14 hari, tambah lagi 14 hari jadi total 28 hari untuk pulangkan duit) 
  4. Tetapi sehingga 27 -04-2016 saya masih belum terima duit saya dan goshop langsung tidak telefon atau email untuk update status. 
  5. Saya hubungi GosHop bertanyakan status, dan ini penipuan dari customer servis goshop kepada saya untuk 3 hari berturut-turut
    • 26-4-2015 Customer Servis berjanji pegawai atasan akan call saya semula pada hari yang sama [PENIPU - Tiada call dari GoShop]
    • 27-4-2016 Customer Servis berjanji pegawai atas akan call saya sebelum pukul 6 hari yang sama   [PENIPU - Tiada call dari GoShop]
    • 28-4-2016 Saya dapat bercakap dengan Pegawai bernama Adment tetapi dia pun tak jelas dengan status report saya dan seperti biasa berjanji bahagian kewangan akan call saya semula pada 29-4-2016 [PENIPU! - Tiada call dari GoShop]

Saya melebelkan Customer Servis GoShop sebagai;

#TIDAK BERTANGGUNJAWAB  kerana langsung tidak mengambil berat laporan pelanggan, tidak berusaha untuk update status laporan yang dikemukakan oleh pelanggan walaupun telah dihantar email berkali kali dan di hubungi berkali kali

#PENIPU kerana membuat pelbagai janji palsu kepada pelanggan iaitu proses pemulangan wang dalam masa 14 hari menjadi 28 hari seterusnya sebulan dan mungkin lebih setahun. Menipu bahawa akan menghubungi saya semula setiap kali saya call bertanyakan status lepaoran saya tetapi langsung tiada call dari goShop selepas itu.

# TIDAK MENGHORMATI PELANGGAN kerana tiada etika dalam menyelesaikan masalah pelanggan, membuat pelanggan bengang dengan penipuan demi penipuan dan alasan setiap kali diajukan soalan berkenaan status laporan yang dah sebulan. 

Saya terpaksa menyebarkan pengalaman buruk saya berusan dengan pihak GoShop ini kepada orang ramai melalui blog review, fb dan lain-lain untuk memberikan pengajaran kepada orang ramai supaya lebih berhati hati dan berfikir semasaknya sebelum berurusan online dengan GoShop dan sebagai pengajaran juga kepada pihak GoShop agar tidak sewenangnya memperbodohkan pelanggan.

Sekian.

Thursday, April 28, 2016

Go Shop Customer Service Yang Penipu


Kisahnya macam ni, 30 Hb Mac hari tu aku order Yonanas Desert Maker secara online kat website goshop. Setelah pembayaran secara online berjaya dan selesai, siap print resit pembayaran semua, status pembayaran tempahan aku adalah pending. Dan beberapa ketika kemudian, senarai tempahan aku terus kosong. Padahal duit dah berjaya di tolak dari akaun CIMB aku melalui FPX. 

So aku terus la Email kepada customer service beserta resit bukti pembayran yang telah berjaya dari Cimbclicks tu. 1 April aku call untuk tanya status report aku ni, menerusi call, mereka berjanji proses penyiasatan dan pemulangan wang akan dilakukan dalam masa 2 MINGGU dan akan call aku untuk update status [ PENIPUAN PERTAMA].Dalam masa 2 minggu tepat (12 April )aku masih tak dapat duit aku semula dan pihak go shop langsung tak ada update pada aku apa-apa berkenaan report aku. Panas pulak hati aku kan.

13 April baru la pertama kali sejak 30 Mac pihak Goshop call aku untuk update status. Dan dengan nada gembira dia kata diorang dah siasat, memang sah duit aku dah masuk dalam account goshop dan proses pemulangan duit aku akan dibuat dalam masa 2 MINGGU bermula tarikh hari ni. WHAT????? 2 minggu lagi. 2 minggu lepas cakap akan dapat duit semula dalam masa 2 minggu, dan selepas 2 minggu aku tunggu ko punya janji tu, boleh pulak kau cakap tambah lagi 2 minggu?? Kalau korang jadi aku korang rasa apa? Rasa di bodohkan kan? Marahnye la aku. So sebab sakit hati dah ni, aku tunggu je la reaksi diorang 2 minggu seterusnya sampai la semalam, 26 April 2016, aku masih belum dapat duit aku dan pihak goshop langsung tak call untuk update apa-apa kat aku! [PENIPUAN KEDUA]

Walaupun dah menyampah dan sakit hati, aku terpaksa jugak call Go Shop sendiri untuk dapatkan duit aku. Yang jawab call macam biasa, blur dengan report aku, langsung tak tahu nak bagitau apa status aku, Cuma cakap dia dah emailkan kes ni kepada orang atasan dia, dan orang atasan tu akan call aku hari ni pukul 11 pagi. Syaiton sangat menipu lagi sampai pukul 12.40 tengahari aku tunggu langsung tak ada call dari diorang! [PENIPUAN KETIGA]

Marah sangat la meluap luap ni kena tipu kali ke tiga dalam masa sebulan ni. Aku call diorang semula, masih blur dengan kes aku, siap tanya order Id berapa. Padahal dari awal dah kata order aku tka masuk rekod lepas pembayaran.  Aku suruh dia baca kronologi kes aku, ada catat ke tak sebenarnya dalam report kes aku ni?  Kenapa tipu kata orang akan call aku tapi last aku yang kena call semula tapi ko tetap tak boleh jawab apa status report aku?  Aku minta dia sambungkan ke orang atasan yang dia maksudkan tu, untuk aku cakap terus tpi dia kata orang tu tak available sekarang, janji lagi hari ni tetap Goshop akan call aku untuk terangkan status. Dan sekarang dah pukul 11.46 malam, tak ada siapa pun call aku [PENIPUAN KEEMPAT].

Betapa banyak alasan dan penipuan dari customer service goshop pada aku dari 30 Mac sampai 27 April ni? Biadap sangat layan pelanggan macam ni. Sangat tak profesional. Kes simple, tapi dia buat rumit dan menyusahkan aku. Marketing gempak kat astro, tapi customer service teruk. Menyesal gila berurusan dengan GoShop ni. Membazir masa dan tenaga. Sakit hati lagi ada. First and last la aku dengan GoShop ni. 

Rupanya bila google Yonanas Desert Maker tu, berlambak jual kat Lazada tu dengan harga lagi murah. Banyak je produk yang GoShop jual ni ada kat Lazada. Berpuluh kali aku beli barang kat Lazada, tak pernak ada masalah macam ni. 

Aku ni tak suka budat bad review pasal apa saja isu. Tapi kali ni kesabaran aku dah hilang kerana Go Shop Customer Service ni dah menipu aku sebanyak 4 kali. So sebagai pengajaran kepada pihak Go Shop dan juga sebagai peringatan kepada bakal bakal pembeli, aku akan share pengalaman buruk dengan GoShop Customer Service ni. 

Berdasarkan pengalaman aku berurusan dengan Goshop Customer Service aku simpulkan servis daripada mereka  adalah teruk, buruk dan sangat tidak profesional. Rating ini merangkumi customer servis melalui telifon, email dan juga online support menerusi website. Marketing bukan main bagus, memang boleh buat orang mudah terpedaya nak beli. Tapi awas bila tempahan anda bermasalah, customer servis punya layanan memang boleh buat ko darah tinggi.

Sekian terima kasih

Wednesday, April 20, 2016

Rumah Sewa

Dari hari Isnin aku duduk rumah Lipis. Masuk hari ni dah day 3 la. Ni pun sebab husband ada kursus kat Lipis sampai khamis. Kalau tak, sebulan 1 hari pun belum tentu dapat tidur sini. Pasrah je la kan, dah nasib hidup. Kali ni dapat peluang duduk rumah sendiri walaupun rumah sewa lebih dari 2 malam cukup syukur la. Boleh feeling feeling duduk sendiri. 

Seronoknya kalau dapat duduk rumah sendiri dari dulu lagi macam orang lain. Relax sikit. Anak-anak tak la menakal sangat, dan tak la kena marah sangat dengan orang. Pasal tak da orang dia nak jadikan bahan dan tak banyak benda dia boleh nak projek. Paling paling pun panjat panjat lompat depan mata aku. Aku pun dapat buat kerja tenang dalam bilik kerja ni. Oh ya bilik kerja ni sekali dengan bilik mainan diorang. So diorang main dalam bilik ni sampai bosan, dah bosan diorang main kat depan TV pulak, pun masih depan mata aku sebab meja kerja dalam bilik kerja ni mengadap tv di ruang tamu. So semuanya under control. Walaupun kalau pandang belakang tempat budak budak main, macam tongkang pecah..haha. Memang sengaja tak kemas mainan diorang. Bila nak keluar rumah baru kemas. Ye la tak ada sudahnya kemas kalau diorang kembur balik kan. 

Bangun pagi tenang je rasa. Sebab tak perlu terkejar kejar buat itu ini. Just mandikan anak-anak, bagi sarapan, diorang main-main pastu tengok tv. Aku boleh dah fokus mengadap laptop buat kerja. Tak pikir nak masak apa tengahari pasal suami pun kursus tak makan kat rumah kan. Anak-anak ikut je aku makan apa, ibu makan roti, roti gak la dia makan. Makan keledek rebus, keledek jugak la diorang makan. So aku pun tak penat sangat.  Petang ni baru nak masak mee bandung. Rasa nak buat ayam golek, tapi oven yang bersesuaian tak da pulak kat rumah ni. Laki cek tak caya cek pandai buat ayam golek, rasa tercabar pulak diriku ini..huhu. Nanti la, next moth kita kongsi beli oven besar untuk rumah baru nanti.

Intan lately ni perangai dia memang melebih sikit, lagi lagi bila dikelilingi ramai orang yang dia rapat. Kadang dia gaduh, pukul pukul orang tu, buat sepah, main air la, campur -campur makanan atas meja la dan macam macam lagi. Aku tau la umur baya dia memang kerja nak explore semua benda. Dia nak tau kalau buat gini jadi apa, buat itu jadi apa. Selaku mak kandung dia sendiri pun aku mengaku la kadang-kadang aku pun tak boleh sabar tengok perangai dia yang melebih lebih, memang selalu la hilang sabar, marah dia. Tu aku Ibu dia yang 24 jam mengadap perangai dia. Tapi bila orang lain jadi tak sabar dengan dia, marah marah dia, tengking tengking dia, aku jadi sebak, jadi sedih. Aku tak boleh la, terus rasa nak kurung je Intan dalam bilik 24 jam dengan aku. 







Sunday, April 10, 2016

Kesenduan Seorang Berhati Tisu

Katanya konon dah delete angan angan nak ke Langkawi next month. Tapi aku baru je sat google pasal percutian ke Langkawi. Baca-baca blog orang pasal holiday kat Langkawi lagi. Again. Memang payah nak luput dari ingatan impian yang satu itu. Kalau ikutkan bajet, boleh sangat pergi. Walaupun duit tabung khas untuk shopping tu dah aku licinkan, saving lain tetap ada. Tapi yang buat aku patah hati nak pegi sebab husband tak excited pon nak pergi.  Bila dia tak hingin nak pergi, tapi  dia pergi sebab terpaksa, maka bosan la percutian itu. So buat ape nak pergi kalau tau nanti membosankan? Kesian kat aku hah.   

Hati  ni sendu je sekarang ni. Bukan sebab Langkawi saje, tapi banyak benda. Antaranya aku ni dah tahap maksimum punya rindu nak balik JB. Kalau la ada keretapi laju K.Lipis JB, esok pagi jugak aku balik JB. Rindu gila kat family aku. Sedih jauh sangat tercampak kat sini. Banyak aktivitingan family aku tak dapat join. Hari tu birthday Ayah, diorang pergi dinner kat luar ramai-ramai meraikan Ayah. Alahai sedihnya lah aku tak dapat join. Tapi aku orderkan Pizza Hut delivery untuk ayah ngan mak kat JB tu. Haaa.. Seronok dapat happykan orang tua. Walaupun aku kat sini menangis kesenduan sorang sorang. hukhuk. 


Ayah dan Pizzanya


Celebrate Birthday ayah kat Restoran Saujana 


Sendu jugak hati ni sebab dah tak sabar nak duduk rumah sendiri. Isu ni malas nak cerita panjang lebar. Panjang dia selama 4 tahun, lebar dia dah  1440 hari punya episod.  Sabar je la. Tunggu Allah kurniakan balasan kebaikan yang tak terperi kepada aku yang dah lama bersabar ni. 

Eh emosi aku tak stabil sekarang ni sebab kesenduan ini. Nak tidur malam pun tak tenang. Siang pulak asyik nak tido je pun sebab tak tenang, malas nak berfikir. Kadang family husband duk berkumpul tengok tv ramai ramai bergelak tawa, aku duduk dalam bilik je. Bukan nak jadi kera sumbang. Tapi iolls hati tisu.. Sedih teringat keluarga kat JB, sebak. Nak jugak berkumpul dengan adik beradik aku kat rumah mak macam tu. Terasa keseorangan di sini. Walaupun dah jadi bini orang, mak orang, perangai homesick aku memang tak dapat dinafikan lagi. 

Ye aku memang hati tisu walau garang bagai nak gila.  

Friday, April 8, 2016

Kosong


Tabung Langkawi dah kosong. Segaja aku kosongkan. Tanda impian nak ke sana pun dah kosong. Sepatutnya nak pergi bulan depan. Tapi cuma aku je yang beria, husband asyik kata tak je. Konon nak celebrate anyversarry dengan holiday ke Langkawi. Nak harap suprise memang tak kan ada la, planning sendiri pun tak de sokongan. Patutnya kalau betul nak pergi next month, bulan ni dah kena survey dan booking segala. Tapi Kecewa. So kosongkanlah tabung ni. Guna habis dah duit simpanan Langkawi tu, sebab kalau simpan lagi, hari hari aku berangan nak pergi.  Penat la simpan angan-angan yang tak pasti. 

Buang masa. 

Merajuk ke?  Tak la. Ini namanya redha.  

Bye Langkawi.  

=(

=============

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails