Followers

Monday, December 21, 2009

Oiit Oiit Si Pecurik!!

Pesta Air Depan Office

Cett.. Pagi-pagi lagi suda ada kes. Tadi pergi ofis ayah yang hantar. Belum turun dari kereta lagi, aku saksikan kejadian kat depan ofis. Waaaaah..macam ada pesta air. Banjir Ooo banjir opis kita naik air ae..ooo.. Ye kawan-kawan banjir bukan sebab banjir kilat ye. Tapi banjir disebabkan batang paip utama dekat depan opis telah di curik! Dasyat tak dasyat la kan, habis semua batang paip sepanjang row kawasan ofis aku tu telah disonglap. Tapi yang pelik, ofis aku je batang paip masih ada dan sempurna. Yang lain, memang tak dapat diselamatkan.

Air melimpah-ruah tu. Bayangkan macam ade air pancut depan setiap ofis dan kedai area my ofis ni. Cantik pun cantik jugak ye..hikhikhik.. Aku tak tau nak buat ape, memandangkan aku sorang je yang dah sampai opis, aku wat bodo je la trus naik atas. Dari atas still dengar lagi bunyi air, dah macam bunyi air terjun pun ade nih..best jugak, menenangkan minda..hehehe

Ape nak jadi manusia sekarang. Sangat-sangat la selfish. Ayah cakap diorang curik batang paip tu untuk jual kat besi buruk. Oii..oii..carik la rezeki halal wahai si pencurik, yang haram je kau nak yek.. Alamat tak berkat la hidup kau.. Kes ni pun biasa jadi kat area umah aku. Pernah skali tu, ayah baru tukar pagar rumah yang baru, sangat cantik, ade kerawang-kerawang kat pagar tu tau. Tapi sayang, sehari je cantik, esok paginya tengok hilang dah kerawang-kerawan besi tu. Gila expert pencurik ni potong besi sampai kitorang tak sedar langsung. Tau-tau pagar sudah botak tanpa kerawang.

Gini la contoh Pagar Berkerawang tuh..


Sunday, December 20, 2009

Saya Jua Mahu Bercuti

Langkawi...Huuuuuuuuu...

Hujung-hujung tahun macam ni, mood mahu bercuti memang melonjak-lonjak dalam kepala. Teringin sangat nak pergi Langkawi. Jalan-jalan ke blog orang, terbaca plak enri pasal percutian seorang akak ni kat Langkawi. Best sungguh.. Huwaaaaaaa..saya jua mau cuti-cuti Malaysia kat Langkawi.. Ape yang best sangat kat Langkawi ni? Macam la aku pernah pergi yang nak cakap best sangat tu kan.. Ntah la, walaupun tak pernah pergi, tapi keinginan tu meluap-luap la..

Kalo sebut pasal Langkawi, yang pertama dalam otak ialah cokelat..hehe. Sebab orang kalo balik dari Langkawi mesti bawak cokelat sebagai buah tangan.. Lepas tu cable car la, makam mahsuri la, Dataran Helang semua tu buat aku rase teringin sangat nak ke sana. Bila agaknye rezeki aku nak sana...


Cokelat yang menggoda - Gambar sumber dari blog tr33gonometri


Cokelat yang menggoda lagi - Gambar sumber dari blog tr33gonometri

Juga teringin nak ke sini..

Bukan tak pernah plan ngan menber-member nak pergi cuti-cuti Malaysia ramai-ramai, kasi meriah gitu.. Tapi masalah la pulak bila masing-masing ade destinasi pilihan sendirik, haru nak berebut-berebut pilih destinasi. Ok fine. Susah-susah sahaye pergi sorang-sorang je k nanti membawa diri dan hati yang duka lara ini..hehe

Siape ada pekej-pakej best untuk holiday ke Langkawi??

p/s : Ade orang tu cakap nak bawak kite cuti-cuti Malaysia Kat Cameron Highland, tapi haram, tunggu-tunggu tak jadik2 ni sampai sekarang.. (Pesanan untuk orang itu : Sila terasa OKEH..huhuhu)


Apa Harus Buat Bila Cinta Lebih Menyakitkan Dari Menyenangkan?


Someone ask me that question. Apa yang perlu dijawab untuk soalan tersebut wahai pakar-pakar CINTA? Perlukah kita..................................

1. Tinggalkan cinta itu dan cari cinta baru yang menyenangkan?
2. Berusaha dan terus berusaha mengubah cinta itu supaya jadi lebih menyenangkan?
3.
Anggap itu sudah takdir hidup kita.Redha dan terima saja ketentuan dan aturan hidup yang telah Allah tetapkan ?



Apa jawapan yang terbaik untuk persoalan itu kawan-kawan? Ada jawapan? Boleh kongsikan?

Fobia Ku Dalam Bahaya Hiyaa Hiyaa..

Yeah hujung minggu mcam ni aku nak bercerita tentang fobia. Apa itu fobia kawan-kawan? Fobia bermaksud rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena dimana seseorang itu mengalami ketakutan yang tidak wajar atau tidak rasional (irrational fears) terhadap sesuatu benda atau situasi yang khusus.

Pernahkah anda fobia? Ye di sini saya mengaku bahawa sahaye adalah pesakit fobia. Okeh, tak semua orang ada rasa ke'fobia'an seperti yang aku alami. Penyakit fobia ni kadang-kadang serius yang menyusahkan hidup kita.

Fobia aku yang pertama adalah kepada DARAH dan something yang berkaitan dengan darah seperti kecederaan yang mengerikan, pembedahan, luka yang amat menakutkan dan lain-lain. Bila nampak darah dan something yang mengerikan seperti disebutkan kat atas ni, kepala aku akan menerawang entah ke mana, pitam dan rekod terburuk, aku akan terus pengsan ye kawan-kawan. Untuk pengetahuan semua, aku pun tak pernah derma darah. Aku sangat penakut? Owh tidak.. aku tidak takut, cuma aku rase ngeri tersangat-sangat je. Apa punca?? Nak tau??


Aku jadi macam ni lepas menyaksikan satu peristiwa berdarah kat depan mata aku. Macam serius je bunyinye kan.... Pembunuhan mengerikan ke?? Owh tidak.. Mase tu aku sekolah menengah, dalam satu program perkhemahan, ade seorang senior tengah potong-potong buluh untuk dijadikan gajet dalam kem kitorang. Sedang dia kapak-kapakan buluh tu, tangan die, terbelah kat buluh tu....... SANGAT HORROR, depan mata aku... Sangat takut, sangat ngeri, sangat sakit, sangat benci, sangat tidak suke!! Aku tak nak cerita dengan detail keadaan masa tu kerana aku sedang dalam kengerian tahap melampau sekarang (Menaip sambil menutup-nutup mata..).

Sejak tu, memang aku sangat-sangat fobia bila tengok darah, terpandang iklan Medic TV kat tv3 pun aku separuh gila. Perangai ni aku tak buat-buat okeh, tpi serius aku memang ngeri. Ajak la aku tengok wayang cerita hantu huduh sekali pun aku tak takut, tapi tolong jangan pakse aku tengok cerita yang berdarah-darah, bunuh secara ekstrem dan lain-lain yang berkaitan kengerian,akibatnya, aku akan memandang lantai sahaje sepanjang 2 jam dalam wayang tu..

Masa belajar kat matrikulasi aku ambil aliran Sains Hayat. Serius memang banyak eksperiment yang menggunakan darah dan membedah tikus. Ade satu eksperimen yang mana setiap group kene sumbangkan beberapa titik darah dari jari yang dicungkil/ dicucuk sikit dengan satu alat ni. Comfirm la aku tak kan tawarkan diri kan, aku tengok je dari jauh sambil senyum2 group member aku buat..hehe. Satu titik, kemuadian dua titik darah diorang picit dari jari sorang kawan masuk ke tabung uji. Masa tengok titik darah yang ketiga, aku suda berada di awang-awangan, dipapah member baik aku, si Biah..haha..

Aku tak tau sampai bile aku akan fobia dengan darah.. Tapi aku rase aku perlu kuatkan diri aku, buang fobia ni sebab ianya bakal menyusahkan hidup aku kelak. Ye la, macam mane bila kawen nanti, nak bersalin kalo ngeri? Macam mane nanti bila anak-anak ke suami ke (cehcehceh..) cedera, sape yang nak menghadap bersihkan luka-luka tu semua kalo bukan aku? Sampai bila aku tak berani nak derma darah macam orang lain? Tak kan nak fobia sampai mati?? Cannot la.. Owh Tuhan..tolong la hambamu ini..

p/s : Sedang aku mengoogle untuk mencari gambar yang bersesuaian dengan entri kali ini, pelbagai gambar ngeri yang keluar, lembu kene sembelih pun ade.. Oii..oii..cecepat aku tutup browser...hehe

Saturday, December 19, 2009

Geng Blogger - Komuniti Blogger Masa Kini


Sebelum ni aku pernah promote pasal Gengblogger.com kan. Ala yang cerita pasal Gengbolgger yang sahangat best itu. Yang berjaya menggoda si Ehan jatuh cinta jugak pada Gengblogger tu..hehe. Okeh untuk yang tak baca entri aku sebelum ni, sila la ke sini untuk baca. Lepas tu sila la register & join Gengblogger untuk merasai kehangatannya..cewah..ayat tak bleh blah.


Okeh, entri pada kali ini pulak adalah bertujuan untuk aku turut serta dalam peraduan cipta tagline untuk Gengblogger.com ni. Saje cuba-cuba, tak rugi seposen pun kan mencuba? Haha.. Okeh En Ben, sila pandang-pandang, jeling-jeling tajuk entri saya kali ini. Daa..

Yeah Seronokkan Datang Opis Sorang-sorang?!

Walaweh.. Bukan hari khamis ari tu bos kate Jumaat sahaje cuti dan Sabtu harus datang kerja?? Now, saat ni aku sudah terpacak dekat office. Aku sorang sahaje. Mane cik kerani? Mane abg programmer? Mane si encik seorang lagi yang sentiasa bizi itu? Dan di manakah Bos?

Ok fine. Aku terima hakikat aku seorang sahaje di sini sampai tengahari nanti.. Semua orang terus bercuti dengan gembiranya. Dan aku kat sini akan menggunakan setiap detik untuk berblog kerana tiada mood mahu membuat kerja lain memandangkan semua rakan sekerja tidak ada di depan mata (ceh alasan semata untuk menutup perasaan malas).. Boleh gitu??

Apa-ape je la cik aini oii....

update terkini : 9.47 a.m, cik kerani dan bos sudaa masuk... sila sambung kerja dan stop merayap ke blog2 orang okeh..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails