Followers

Showing posts with label hantaran kahwin. Show all posts
Showing posts with label hantaran kahwin. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Shopping barang Hantaran

Weekend lepas punya cerita ni... Cerita pasal shopping barang - barang hantaran dan sewaktu dengannya.. Alhamdullilah, tahun 2012 ni perjalanan hidup makin di permudahkan. Mana tak nye, akhir tahun 2011 aku kena transfer KL, yang mana dah semakin dengan dengan Tunang .

Selama 6 tahun bercinta, aku kat Jb, dia kat pahang. Pulak tu, bila dah kerja, aku cuti sabtu ahad, dia cuti khamis jumaat. Sila bayangkan pancaroba yang terpaksa kami hadap. Sudah lah jauh, waktu cuti pun tak sama, so sangat la susah nak jumpa. Asyik la bergaduh sape nak korbankan annual leave semata-mata untuk jumpa...

Tapi tahun 2012 ni segala susah payah kami semakin dipermudahkan. Sudah la aku dapat transfer ke Kl, Tunang aku pulak ditukarkan cuti dari khamis jumaat kepada sabtu ahad mulai bulan ni... Bersyukur sangat-sangat... Makin senang la nak berjumpa dah dekat dan cuti pun dah sama...

So sambung cerita tadi, Ahad lepas kitorang pun plan la untuk beli barang-barang hantaran.. ye la tak lame dah bulan 5, pulak tu sekrang ni tengah sale untuk Chinese New year kan, so memang masa paling tepat la untuk shopping! Gila best tau..


Mula-mula kitorang pegi Sogo la.. situ kan syurga segala sale..hehe.. So mula-mula turn cari barang hantaran lelaki la.. First cari kasut dia, bukan main la cerewet tau.. Tapi last-last amik yang aku pilih jugak...huhu..

Then, cari pulak baju.. Memang tak cari kemeja la.. Sebab beliau bukan suka pun.. So cari baju Polo yang memang favourite die.. Mula-mula kitorang memang dah berkenan habis kat satu design ni. Sehati sejawa gitu. Aku suro dia amik yang wana Hitam Purple but die tak nak hokey... Berani die kate purple tu tak cantik dan nak amik yang warna merah hitam... Sentap akak. Tu tengok la la gambar kat bawah tu. Tangan tak nak lepas dari pilihan dia..


Pastu kita cari set belt ngan wallet untuk beliau pulak.. Dah dapat 3 barang untuk dia, so aku pun ajak la pegi cari barang hantaran perempuan pulak kan... Tapi beliau kate penat laaaaaaaaaa... Ewaah ewaaah mak enon kan. Dah dapat barang die, turn nak cari barang kite penat fulek kan...So dia kate, yok la karokea, bleh duduk kejap hilang penat... Over kan.

Lepas karokea jap, rupenye lagi penat...haha.penat melalak kan. So lepas tu cuma dapat cari handbag untuk hantaran aku je. lepas tu terus jalan kali pergi jalan Tar terus ke Masjid India, cari jakel, beli kain untuk buat baju nikah pulak... Time ni memang dah hampir hilang tenaga dah... Penat gila kot... Dan lepas duk habis kirai semua kain lace kat situ, dapat jugak la hasilnya....

So, dalam masa satu hari, sakan jugak la bershopping.. Gembira sangat. Cuma kesian la kat beliau tu yang malam sebelum tu kerja malam, balik kerja pagi tu terus turun kl, pastu sepanjang hari berjalan, malam kena drive balik ke pahang semula.... Gagah kan tunang i?? Hehe......


Ok Tu je la cerita pasal shopping barang hantaran. Katenye nak sambung shopping kat jb pulak bila balik jb bulan depan..hehe...



Monday, February 1, 2010

Rest And Go Tempat Berurut

Lihat.. muka kegembiraan.. Weeeeee.. =)

Yeah kembali bekerja selepas puas bercuti 4 hari dari hari Khamis hingga Ahad. Juga kembali berblog setelah 4 hari sepi tanpa entri terbaru kerana terlalu sibuk menikmati cuti berjalan ke sana ke mari sepuas hati.

Seronok tak terhingga. So kerana keseronokkan yang kononnya melampau-lampau, harus la mahu berkongsi cerita kan.. Shopping sangat mengujakan kan? Sangat seronok. seronok sampai penat. Cik abang bertahi lalat manis di dagu itu sangat teruja bila nampak Rest n Go Station masa berjalan - jalan kat angsana.

Terus dia berehat kat situ kejap untuk berurut kat kerusi urut tu. Seringgit untuk 3 minit. Mula -mula 3 minit, lepas tu tambah 3 minit lagi, then tambah 3 minit lagi.. Best sangat la tu. Tengok je la muka puas dia kena urut ngan kerusi urut kat gambar bawah ni.

Sedang dia di urut oleh kerusi itu sempat lagi saye di perli. "Best la sayang, lepas ni belajar la mengurut, kalau tak, kahwin nanti hantaran potong 1 ribu sebab tak reti mengurut ".

Reaksi aku -------> bwueeek.. =)

Dia tambah lagi. "Lepas tu kuat sangat merajuk kan, potong lagi seribu....."

Reaksi aku --------> elehhhhhh..

Dia tambah lagi "Ha pastu kuat makan pulak tu, potong terus lagi 2 ribu..."

Reaksi aku --------> Banyak Cantekkkk

Fine... suke-suke hati nak potong-potong kan. Ingat ni iklan P1Wimax ke? Pergi kawin sorang-sorang. Bye.

p/s : yeah aku mengaku memang suke makan + kuat makan. Merajuk itu harus. Mengurut? Aku tak pernah mengurut bukan tak reti mengurut okeh.. Boleh tak? haha...
=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails