Followers

Showing posts with label p1Wimax. Show all posts
Showing posts with label p1Wimax. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

My Favourite Surfing Spot

Hari ni dah hari yang ke empat untuk minggu ketiga Instant Cash Blogging. Sangat ketinggalan di situ aku baru tau hari ni pasal ni yang sedang hangat dianjurkan Nuffnang sempena Project Alpha.

Apu pun tetap juga mahu cerita tentang My favourite Surfing Spot atau di melayukan perkataan itu menjadi tempat kegemaran untuk melayari internet.

Tempat yang paling best untuk melayari internet adalah dalam bilik sendiri. Di mana tempat yang kita boleh membuat perlbagai jenis gaya semasa melayari internet. Boleh surfing sambil bersila, berbaring secara terlentang mahupun meniarap. Gaya bebas la senang kata. Amat selesa dan bergaya.

Best sungguh kalau dapat decorate bilik sebijik jadi macam ni. Fuh mengancam! Kredit kpd designshoot

Apabila sudah selesa, baru la ada feel untuk berblogging dan berfacebook bagai. Selain daripada berblogging dan berfacebook, aktiviti mengusha kedai-kedai online juga menjadi lebih menarik lebih dari biasa. Seronok meninjau-ninjau kedai online, walaupun tak beli, sekadar cuci-cuci mata pun dah cukup memuaskan hati.

Selain tempat melayari internet kegemaran, kelajuan internet jugak memainkan peranan penting dalam mewujudkan mood yang best ketika melayari internet. Untuk mendapatkan mood best itu, adalah perlu kiranya menggunakan perkhidmatan internet yang memuaskan.

Buat masa sekarang, selain daripada menggunakan talian internet sedia ada di rumah, aku juga sedang meninjau-ninjau perkhidmatan internet yang lain yang lebih berbaloi daripada yang sedia aku guna sekarang. Antara yang sedang aku tinjau ialah P1Wimax.


Lebih-lebih lagi sekarang P1Wimax ada keluar modem baru iaitu Portable Modem Wiggy. Nampak sangat memudahkan dengan saiznya yang lebih kecil. Senang nak bawa ke mana-mana sahaja. So cute. Tetap mengekalkan warna hitam sebagai identiti menambahkan lagi keunggulannya.

Sekarang hanya tunggu masa dan ketika untuk menyambarnya. Apa lagi potong, jangan tak potong. =)

Sekian sahaja celoteh kita untuk petang ini.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Monday, February 1, 2010

Rest And Go Tempat Berurut

Lihat.. muka kegembiraan.. Weeeeee.. =)

Yeah kembali bekerja selepas puas bercuti 4 hari dari hari Khamis hingga Ahad. Juga kembali berblog setelah 4 hari sepi tanpa entri terbaru kerana terlalu sibuk menikmati cuti berjalan ke sana ke mari sepuas hati.

Seronok tak terhingga. So kerana keseronokkan yang kononnya melampau-lampau, harus la mahu berkongsi cerita kan.. Shopping sangat mengujakan kan? Sangat seronok. seronok sampai penat. Cik abang bertahi lalat manis di dagu itu sangat teruja bila nampak Rest n Go Station masa berjalan - jalan kat angsana.

Terus dia berehat kat situ kejap untuk berurut kat kerusi urut tu. Seringgit untuk 3 minit. Mula -mula 3 minit, lepas tu tambah 3 minit lagi, then tambah 3 minit lagi.. Best sangat la tu. Tengok je la muka puas dia kena urut ngan kerusi urut kat gambar bawah ni.

Sedang dia di urut oleh kerusi itu sempat lagi saye di perli. "Best la sayang, lepas ni belajar la mengurut, kalau tak, kahwin nanti hantaran potong 1 ribu sebab tak reti mengurut ".

Reaksi aku -------> bwueeek.. =)

Dia tambah lagi. "Lepas tu kuat sangat merajuk kan, potong lagi seribu....."

Reaksi aku --------> elehhhhhh..

Dia tambah lagi "Ha pastu kuat makan pulak tu, potong terus lagi 2 ribu..."

Reaksi aku --------> Banyak Cantekkkk

Fine... suke-suke hati nak potong-potong kan. Ingat ni iklan P1Wimax ke? Pergi kawin sorang-sorang. Bye.

p/s : yeah aku mengaku memang suke makan + kuat makan. Merajuk itu harus. Mengurut? Aku tak pernah mengurut bukan tak reti mengurut okeh.. Boleh tak? haha...
=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails