Followers

Showing posts with label merajuk. Show all posts
Showing posts with label merajuk. Show all posts

Monday, February 1, 2010

Rest And Go Tempat Berurut

Lihat.. muka kegembiraan.. Weeeeee.. =)

Yeah kembali bekerja selepas puas bercuti 4 hari dari hari Khamis hingga Ahad. Juga kembali berblog setelah 4 hari sepi tanpa entri terbaru kerana terlalu sibuk menikmati cuti berjalan ke sana ke mari sepuas hati.

Seronok tak terhingga. So kerana keseronokkan yang kononnya melampau-lampau, harus la mahu berkongsi cerita kan.. Shopping sangat mengujakan kan? Sangat seronok. seronok sampai penat. Cik abang bertahi lalat manis di dagu itu sangat teruja bila nampak Rest n Go Station masa berjalan - jalan kat angsana.

Terus dia berehat kat situ kejap untuk berurut kat kerusi urut tu. Seringgit untuk 3 minit. Mula -mula 3 minit, lepas tu tambah 3 minit lagi, then tambah 3 minit lagi.. Best sangat la tu. Tengok je la muka puas dia kena urut ngan kerusi urut kat gambar bawah ni.

Sedang dia di urut oleh kerusi itu sempat lagi saye di perli. "Best la sayang, lepas ni belajar la mengurut, kalau tak, kahwin nanti hantaran potong 1 ribu sebab tak reti mengurut ".

Reaksi aku -------> bwueeek.. =)

Dia tambah lagi. "Lepas tu kuat sangat merajuk kan, potong lagi seribu....."

Reaksi aku --------> elehhhhhh..

Dia tambah lagi "Ha pastu kuat makan pulak tu, potong terus lagi 2 ribu..."

Reaksi aku --------> Banyak Cantekkkk

Fine... suke-suke hati nak potong-potong kan. Ingat ni iklan P1Wimax ke? Pergi kawin sorang-sorang. Bye.

p/s : yeah aku mengaku memang suke makan + kuat makan. Merajuk itu harus. Mengurut? Aku tak pernah mengurut bukan tak reti mengurut okeh.. Boleh tak? haha...
=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails