Followers

Showing posts with label instant cash blogging. Show all posts
Showing posts with label instant cash blogging. Show all posts

Wednesday, April 28, 2010

Road Trip with My Broadband

Wawawawa... Instant Cash blogging lagik. kali ni minggu yang ke 9 sudah. Untuk part I minggu ke 9 ini topik atau tajuk yang akan dikupas adalah Road Trip With My Broadband. Walaupun aku belum lagi menjadi pengguna P1 Wimax tapi harus la topik ini aku kupas pasal P1 Wimax WiGGy ni ye. Kira macam tolong promosi lah ni.

Kepada yang berminat nak tau pasal P1 Wimax WiGGy ni, meh sini aku kongsikan berberapa info pasal Broadband terbaru lagi sensasi ni kat korang. Semoga entri ini memberi sedikit dan kalau boleh banyak lah input kepada korang korang semua.

Baik lah, W1GGy merupakan plan terbaru dari P1 Wimax yang sedang hot. Korang boleh dapatkan perkhidmatan broadband mudah alih dengan modem percuma apabila melanggan plan W1GGy dengan P1 Wimax ni. Modem dia sangat la cantek okeh. Hitaam menawan, sekecil USB pendrive. Mudah di bawa ke mana-mana korang.

Seperti yang aku terangkan dalam entri pasal W1GGy sebelum ni, ada tiga jenis Plan yang boleh kita pilih untuk apply W1GGy ni. Plan-plan tersebut adalah W1GGy 59, W1GGY 89 dan jugak WIGGy 129. Kesemua plan ni menawarkan modem percuma dan juga tiada ikatan kontrak.

Dengan bayaran serendah RM 59 sebulan untuk plan W1GGy 59, kini semua orang boleh menikmati internet broadband dengan mudah jek. Untuk sesiapa yang nak capaian internet dengan lebih laju lagik, boleh pilih plan W1GGy 89 atau pun W1GGy 129 dengan bayaran bulanan RM 89 atay Rm 129 sebulan.

W1GGy 59 dengan download speed 600 Kbps, W1GGy 89 dengan download speed 1.5 Mbps manakala W1GGy 129 pula dengan kelajuan 3 Mbps. Hambik.. Pilih yang mana idaman kalbu ikut keperluan dan kemampuan kita sendirik. Orait la tu kan.

Sekian sahaje entri promosi dari aku. Mari Layan Video project Alpha episod 8 hingga 10 di bawah.



Episod 8


Episod 9


Episod 10

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Monday, April 5, 2010

My Favourite Sport

Instanst Cash Blogging dah pun sampai minggu ke enam. Untuk tajuk minggu ni, aku akan cerita pasal My Favourite Sport atau dalam bahasa melayunye sukan kegemaran aku lah.

Okeh, sebenarnya aku ni bukan la pengemar sukan sangat. Kalau suroh aku main bola baling ke, hoki ke, sumpah aku tak reti..hehe. Memang buta sukan la pendek kate.

Tapi, dalam banyak-banyak sukan, ada juga yang aku suka. Sukan yang mudah dan tidak mencederakan iaitu badminton. Mane bleh tak minat langsung bersukan weh, tidak mengamalkan gaya hidup sihat tu namanya.

Oleh kerana aku seorang wanita berkerjaya (la sangat.........) yang pagi-pagi buta dah terpacak kat opis dan menjelang senja baru sampai rumah, maka masa untuk bersukan hanyalah di hujung minggu sahaje. Selalunya pagi sabtu dan ahad ke taman, berjoging 1,2 round lepastu baru la main badminton ngan mak dan adik.

Bukan main seronok bermain, sampai deras je peluh mengalir. Seronok sungguh bila berpeluh. Rasa sihat je.. Macam terbakar lemak-lemak (macam je la.. padahal lemak tetap tepu di situ okeh..)

Dalam situasi peluh yang deras mengalir, adalah wajib bau yang sangat lah tidak best dihidu akan muncul selepas kita bersungguh bersukan. selain badan melekit dengan peluh, bau yang tidak best itu juga mendatangkan ketidakselesaan.

Untuk mengatasi masalah tersebut, Adidas telah melancarkan produk terbarunya iaitu Adidas Action 3 Anti perspirant spray yang sangat best. Adidas Action 3 adalah the best Adidas's defense againts sweat with triple action. Sangat sesuai untuk mengatasi masalah tidak selesa akibat daripada peluh.

Selain itu, Adidas Action 3 juga terdiri daripada beberapa produk lain yang di khaskan untuk lelaki dan wanita. So mau promote juga la gambar produk - produk Adidas Action 3 ni. So tunggu ape lagi? Kasi cube try test la...huhu =)


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Monday, March 22, 2010

No Sweat



Hai korang, adekah cuaca panas terik yang membahang membuat peluh korang berjurai-jurai keluar sekaligus mendatangkan bau yang sangat sangat tidak enak di hidu dan terhidu?

Jika jawapannya iya, meh sini aku nak promote kepada korang barang baik yang sangat bagus untuk mengatasi masalah bau korang itu. Chopp... Masalah itu bukan sahaja menjejaskan keterampilan korang sahaje, malah juga mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar iaiu masalah yang sangat la tidak di senangi ramai.

Contohnya dalam situasi aku. Aku balik kerja memang tiap hari naik bus. Biasa la dalam pukul 6 petang memang macam sardin dalam bus tu dengan manusia yang balik kerja pejabat, kilang, supermarket. lombong bagai. Tak lupa jugak budak sekolah. Aku tak kisah berhimpit dalam bus. Dah kate pun pengangutan awam kan, redha je la.

Tapi yang aku tak boleh tahan, terpaksa mengembang kempis kan hidung menahan bau ketiak manusia ye kawan-kawan. Lebih-lebih lagi yang mempunyai bau sangat la bacin semerbak macam seminggu tak mandi. Boleh membawa maut kalau terhidu lebih 15 minit weh.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita ye untuk menjaga kebersihan dan kewangian diri kita sendiri. Bukan sahaja untuk keselesaan diri kita, tapi juga untuk keselesaan orang sekitar kita.

Adalah sangat tidak best ye orang memandang kita sambil menutup hidung atau dengan keaadan hidungnya yang kembang kempis (kes tidak dapat tutup hidung dengan tangan sebab kedua-dua tangan sedang berpaut pada tiang dalam bus cam aku la tu)

Oleh itu aku mencadangkan sesiapa yang mempunyai masalah bau badan tu, gunakan lah Adidas Action 3. Ada 6 jenis yang boleh di cuba iaitu Intensive, Control, Sensitive, Fresh, Pure dan Pro-Level. Lelaki dan perempuan punya masing-masing ade tau..

Semoga dapat menyelesaikan masalah anda, dan buat orang senang nak dekat ngan anda. Nak mengorat juga mempuyai peratusan yang tinggi untuk berjaya jika badan bebas peluh dan bau yang tak menyenangkan. Tak de la kembang kempis jek hidung orang duk sebelah korang..huhu

Sekian, terima kasih.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Thursday, March 18, 2010

My Favourite Surfing Spot

Hari ni dah hari yang ke empat untuk minggu ketiga Instant Cash Blogging. Sangat ketinggalan di situ aku baru tau hari ni pasal ni yang sedang hangat dianjurkan Nuffnang sempena Project Alpha.

Apu pun tetap juga mahu cerita tentang My favourite Surfing Spot atau di melayukan perkataan itu menjadi tempat kegemaran untuk melayari internet.

Tempat yang paling best untuk melayari internet adalah dalam bilik sendiri. Di mana tempat yang kita boleh membuat perlbagai jenis gaya semasa melayari internet. Boleh surfing sambil bersila, berbaring secara terlentang mahupun meniarap. Gaya bebas la senang kata. Amat selesa dan bergaya.

Best sungguh kalau dapat decorate bilik sebijik jadi macam ni. Fuh mengancam! Kredit kpd designshoot

Apabila sudah selesa, baru la ada feel untuk berblogging dan berfacebook bagai. Selain daripada berblogging dan berfacebook, aktiviti mengusha kedai-kedai online juga menjadi lebih menarik lebih dari biasa. Seronok meninjau-ninjau kedai online, walaupun tak beli, sekadar cuci-cuci mata pun dah cukup memuaskan hati.

Selain tempat melayari internet kegemaran, kelajuan internet jugak memainkan peranan penting dalam mewujudkan mood yang best ketika melayari internet. Untuk mendapatkan mood best itu, adalah perlu kiranya menggunakan perkhidmatan internet yang memuaskan.

Buat masa sekarang, selain daripada menggunakan talian internet sedia ada di rumah, aku juga sedang meninjau-ninjau perkhidmatan internet yang lain yang lebih berbaloi daripada yang sedia aku guna sekarang. Antara yang sedang aku tinjau ialah P1Wimax.


Lebih-lebih lagi sekarang P1Wimax ada keluar modem baru iaitu Portable Modem Wiggy. Nampak sangat memudahkan dengan saiznya yang lebih kecil. Senang nak bawa ke mana-mana sahaja. So cute. Tetap mengekalkan warna hitam sebagai identiti menambahkan lagi keunggulannya.

Sekarang hanya tunggu masa dan ketika untuk menyambarnya. Apa lagi potong, jangan tak potong. =)

Sekian sahaja celoteh kita untuk petang ini.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails