Followers

Wednesday, April 28, 2010

Road Trip with My Broadband

Wawawawa... Instant Cash blogging lagik. kali ni minggu yang ke 9 sudah. Untuk part I minggu ke 9 ini topik atau tajuk yang akan dikupas adalah Road Trip With My Broadband. Walaupun aku belum lagi menjadi pengguna P1 Wimax tapi harus la topik ini aku kupas pasal P1 Wimax WiGGy ni ye. Kira macam tolong promosi lah ni.

Kepada yang berminat nak tau pasal P1 Wimax WiGGy ni, meh sini aku kongsikan berberapa info pasal Broadband terbaru lagi sensasi ni kat korang. Semoga entri ini memberi sedikit dan kalau boleh banyak lah input kepada korang korang semua.

Baik lah, W1GGy merupakan plan terbaru dari P1 Wimax yang sedang hot. Korang boleh dapatkan perkhidmatan broadband mudah alih dengan modem percuma apabila melanggan plan W1GGy dengan P1 Wimax ni. Modem dia sangat la cantek okeh. Hitaam menawan, sekecil USB pendrive. Mudah di bawa ke mana-mana korang.

Seperti yang aku terangkan dalam entri pasal W1GGy sebelum ni, ada tiga jenis Plan yang boleh kita pilih untuk apply W1GGy ni. Plan-plan tersebut adalah W1GGy 59, W1GGY 89 dan jugak WIGGy 129. Kesemua plan ni menawarkan modem percuma dan juga tiada ikatan kontrak.

Dengan bayaran serendah RM 59 sebulan untuk plan W1GGy 59, kini semua orang boleh menikmati internet broadband dengan mudah jek. Untuk sesiapa yang nak capaian internet dengan lebih laju lagik, boleh pilih plan W1GGy 89 atau pun W1GGy 129 dengan bayaran bulanan RM 89 atay Rm 129 sebulan.

W1GGy 59 dengan download speed 600 Kbps, W1GGy 89 dengan download speed 1.5 Mbps manakala W1GGy 129 pula dengan kelajuan 3 Mbps. Hambik.. Pilih yang mana idaman kalbu ikut keperluan dan kemampuan kita sendirik. Orait la tu kan.

Sekian sahaje entri promosi dari aku. Mari Layan Video project Alpha episod 8 hingga 10 di bawah.



Episod 8


Episod 9


Episod 10

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails