Followers

Thursday, June 3, 2010

Saye Tidak Boros, Saye Cuma Mahu Sepasang Kasut dan Sebuah Beg Baru Sahaje


Ye saya bukannye boros. Saye cuma mau sepasang wedge sandal yang simple, selesa dan cantik beserta sebuah beg santai yang sesuai yang buleh saya bawa ke mana-mana. Berkenan dengan wedges yang kaler oren di atas tu.. Cantek kan?

Ye yang ini juga sangat santek... Ye aku suka design yang macam ni. terbuka kat depan dan belakang. Selesa ni kalau pakai. Tapi ketinggian wedges ni harus dikurangkan la oleh kerana aku sudah sedia tinggi dan gemok. Nanti tenggelam pulak orang yang jalan sebelah aku nanti.

Tengok ni, patern yang sama, design je lain. memang berkenan dengan patern macam ni la.. Simple dan selesa. Santai gitu.. Lalalalala~ <---- menaip sambil berangan pejam-pejam mata lagik =)



Ok next.............. Bucket bag.. Dulu tak berkenan langsung ngan beg cam ni. Rasa macam pernah nampak mak aku pakai masa zaman dia muda remaja dulu..haha. Tapi sekarang, nampak cantek pulak tengok orang pakai. Betul la, sekarang memang trend bag macam ni dah naek semula... Aku pun dah terbekenan dah..haha.





Ni pun santek. lagi satu bestnye beg cam ni, buleh sumbat macam-macam. Sebab ruang dia besar. Payung, botol air, segala mak nenek boleh sumbat. Lagi-lagi kalao nak berjalan jauh kan, hambik, dengan botol shampoo pun ko boleh sumbat yek..haha

Ye saya memang tidak boros. Saya akan pastikan hujung minggu ni saya cari yang harga patut dan murah sahaje. Saye janji pada diri saye sendirik!

Gimme Food on Flights

Wahaaaa.. Dah berapa minggu aku tak join instant cash blogging project alpha ni. Minggu ni pasti join. Baik lah, tajuk untuk di bebelkan minggu ni adalah 'Gimme Food on Flight'. Adoi lah tajuk kalao dah pasal makanan memang tak salah orang lah nak mengulas kalau tidak si kuat makan macam aku nih.. Muhahahaaaa...

Selain daripada hobi yang ini, aku juga sangat mencintai makanan. Buktinya, boleh saja tengok kat entri ini, entri ini, atau pun entri yang ini. Sangat mencintai makanan bukan? Tengok saja badan sahaye macam mane yek. =)

Baik, oleh kerana aku si kuat makan yang memang sangat mencintai makanan, comfirm-comfirm lah, pelbagai makanan yang sedang terawang-awang dalam kepala ni bila sebut pasal makanan. Memang dasat kan tahap kekuatan makan aku ni..hehe

Makanan yang aku nak ada dalam flight mesti lah makanan-makan kegemaran aku yang lazat lagi menggemukkan seperti pizza penuh keju..haha. Baru la masyuk dan felling habis terbang bersama makanan kegemaran ye tak?

Tak perlu gambar penuh. Tenung cheese kat pizza ni pun dah buleh meleleh air liur kan

Kau tengok.. Tak padan dengan baru jek tulis entri pasal misi menurunkan berat badan yang tidak berjaya, aku dah cerita pasal makan tinggi kalori lagi menggemukkan kan? Ala ape kah salah nye kan sesekali terbang untuk bercuti di hidangkan sekali dengan makan yang gila mabeles dalam flight kan..

Mesti terasa lagik bermakna dan kepuasan tak terhingga... Aini.. Kalau pasal makanan memang bermakna saje.. Lepas tu bila snap gambar, tengok badan dah bulat, mula la buat entri cara nak diet, misi gagal la ape semua kan...haha



Episod 43


Episod 44


Episod 45


Episod 46

Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Never go hungry while flying with MAS!

Kucing Cuba Selamatkan Kawannya Yang Eksiden - Serius Sedih Tengok



Jumpa video ni kat facebook. Mula-mula nampak macam kucing tu tengah mengawan. Tapi bila tengok sampai habis, memang kucing putih tu nak selamatkan kawannya. Ya Allah, memang menyentuh perasaan betul bila tengok video ni. Nampak kucing tu berusaha nak bangunkan kawan dia tu.

Tengok.. Kucing pun ade perasaan sayang... Sampai menyentuh perasaan aku sebagai manusia ni.. Tengok je muka kucing putih tu yang sedih tu aku aku sendiri dah boleh rasa kesedihan dia.. Menurut penerangan kat video ni, video ni dirakamkan kat turkey yang mana kucing tu dilanggar kereta.

Teringat kucing aku dulu si tam. Baru beranak. Biasalah kucing ade anak kecik kan suka nak pindah-pindahkan anak dia. Satu hari dia bawak anak - anak die keluar, konon nak pindah lah.. Kitorang tak perasan masa dia gongong anak dia tu. Lepas tu si tam ni balik sorang-sorang, mengiau tak berenti kat kaki mak aku. Gelisah habis si tam ni

Dia pangill mak aku ikut dia ni.. Keluar masuk umah ajak mak aku ikut dia sambil mengiau.. Then mak pun ikut la. Die lari-lari bawak g tepi longkang. Rupenye nak tunjuk kat mak aku anak die jatuh dalam longkang tu. Patut la dia gelisah.. Nasib baik tak hujan, kalau hujan memang hanyut la anak dia tu.

Mak aku pun amik la anak dia tu sambil bebel kat tam. Tu la, berlagak sangat. Orang dah jage anak ko elok-elok kat umah ko bawak lari. Lari-lari sampai jatuh longkang anak ko kan.. Dah susah, tau pulak panggil orang suro amik anak ko ek.. Tam buat muka sedih. Tobat la tu tak nak buat lagik.

Moral of the story...

Kucing pun ade perasaan sayang, tau sayang anak dan yang PENTING, kucing berusaha nak selamatkan anak dia yang jatuh longkang, tapi manusia berhati shilake sangup buang anak dalam longkang!

Lagenda Budak Setan - Tiada sabar Mahu Ke Wayang


Yeah khamis sudah... 3 Jun sudah... Huyea huyea.. Mari serbu panggung tengok cerita Lagenda Budak Setan. Rasanye filem Lagenda budak syaitoooon ni memang best lah. Selain ade Lisa Surihani yang sangat cun tu, sinopsis cerita lagenda budak setan yang aku baca pun sangat menarik minat dan perhatian.

Selain Lisa Surihani, aku suka si Que Haidar tu. Que pun ade berlakon dalam filem lagenda budak setan ni kan. walaupun watak dia jahat dalam cerita ni, tapi aku tetap nak suka jugak sebab dia berlakon memang best dan super duper best! Farid Kamil? No komen....haha =)


Wednesday, June 2, 2010

Misi Gagal - Kau Memang Sangat Hampeh Aini Gemok

Muka terpaksa dikaburkan malu kerana misi yang gagal - tidak boleh menonjolkan diri.


Konon misi 4 bulan mau menurunkan berat badan.. Turun la sangat... manusia tidak tahu dirik.. Makin besor ade lah.. Memang tak sedar dirik. Semalam baru sedar lepas tangkap gambar sebelah budak norsya yang kurus ni.

Norsya! Lepas ni ko jangan bergambar sebelah aku lagik ek. Aku tak nak kawan ko sebab ko buat aku nampak lagik gemok dari biase.. Ko jahat. Ko jahat.. <---- tidak dapat menerima hakikat =(


Misi bermula Bulan februari. sekarang dah Jun pun. Memang dah fail la kan.. Amacam? Ade berani nak ber misi misi lagik? Buleh jalan la... Bulan cuti-cuti malaysia ni lagi lah haram nak menjalankan misi tahi ayam tu aini oii...

Sob sob.. emosi sungguh tengok gambar sekarang. Sebab tu, dah tak ade mood nak upload gambar baru kat fesbuk.. Mencik!

65 Kg ---------------> dengan kuasa bulan sila bertukar kepada 56 Kg!





Akibat 5 Hari Bercuti


Bersarapan dengan cokelat van houten yang keras macam batu bersama air mineral di depan pc. Sambil merenung kertas putih kecil yang tertulis list kerja yang perlu disiapkan sangat menyesakkan kepala.........

.....JHEV - date problem
.........znn website - setelkan link
.............library system
................manual irunding
....................komputermall

Hiyaaaaaaaaaaaaaaaaak! Karate meja. Terbelah dua. Puas. Baru buleh sambung kerja mungkin =). Yippa yipaa...

p/s : Entri yang mengarut

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails