Bila mak anak dara dan ayah anak dara tak ade kat rumah semalam, tinggallah anak dara dan adik-adiknya saje kat rumah. Dalam kemalasan hari ahad itu anak dara sambil berguling di atas katil seperti tenggiling sudah berangan-angan hendak memesan pizza sahaja untuk makan tengahari itu.
Sedang sedap berguling sambil melayan rancangan melodi yang sensasi itu, terdengar pulak suara si adik terpekik kelaparan. Rupanya si adik sudah siap memasak nasik. Menunggu giliran si anak dara untuk memasak lauk pulak. Hancus sudah cita-cita mau makan pizza..
Dengan lomah longlai anak dara menjenguk ke peti ais. Meninjau apa yang ada untuk di buat lauk. yang ada cuma sekawan haiwan laut yang comel, bakal anak ayam dan sipanjang. Hasilnya... Hanya ini yang mampu.. Tiada ikan, tiada ayam tiada daging. Tiada kuah lemak, tiada jugak gulai kari..
Haiwan laut yang comel di masak sambal tumis.
Si panjang di goreng bersama bakal anak ayam
Bakal anak ayam yang dipukul sekuat rasa menjadi bakal anak ayam dadar
Si panjang di goreng bersama bakal anak ayam
Bakal anak ayam yang dipukul sekuat rasa menjadi bakal anak ayam dadar
Sekian...
12 comments:
telur dadar ala piza pon jadilah yek.. :)
slrppp...menyelerakan
wow. simple tp best. yumyum
hazabnya bila orang puasa bc entry ni.hahaha
hahaha..
bercita2 nk makan pizza utk tengahari bertukar makan anak ayam x jadi. kakaka.
haiwan comel tu nmpak sedap la.. yummy..
kira ok la tu..2 3 jenis lauk plak..
kire sedap dah la ni.huhu...
tumpang lalu...
adehh pandainya masak..nampak sedap..
pemalas gler la kakak dia ni..hahaha! msk ni je...sian adik2 ko tu aini
ek eleh izah... dah tu aje ade dalm ais box, kang kalo aku masak ais box masak kari kang mngamuk plak mak aku blik t..haha
bertuahnya kalau dia menjadi isteriku..
wah... leh jadik menantu dah nih.. hikhik....
Post a Comment