Followers

Showing posts with label panggilan MEDSI. Show all posts
Showing posts with label panggilan MEDSI. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

Tiada Jodoh Untuk Jadi Cikgu, Kini Beralih Arah Mau Menjadi Tukang Masak Sahaja

Motif letak gambar ni -> Teringat betapa mewahnye dan sedapnye makan kat sini dulu (Berjaya Tioman)

Setelah gagal untuk panggilan ujian MEDSI, lalu aku berharap pula pada panggilan temuduga KPLI. Tapi langsung kecewa jugak nama tiada dalam senarai. Tak ape la, sekurang-kurangnya merasa jugak dapat panggilan MTEST hari tu.

Ok now, dengan semangat baru, aku mau mengubati kekecewaan tahap putus cinta ini dengan memasak yang sedap-sedap dari resepi yang mengiurkan. Plan petang ni mau membikin Kek cokelat moist yang menggoda dan meleleh coklatnya..

Esok mau bikin spagethi dan pizza home made untuk family. Western mood nampak? Layann.. Yeah kelihatan bersemangat di situ setelah sekian lamanyanya hujung minggu aku tidak dapat melekat kat rumah. Minggu ni akan aku lepaskan gian masak ape sahaje yang aku teringin nak makan. Dan.. Tunggu hasil pertambahan berat badan isnin nanti.

Sekian.. Mahu pergi Kipmart mencari bahan-bahan. =)

Friday, April 16, 2010

Semakan Keputusan Panggilan Ujian MEDSI DPLI

Saya dah agak dah..Huh.. tak dapat. Silap sendirik. Terlupa kena hantar dokumen ke IPT yang kita pilih sebelum 13 mac hari tu. Sangat cuai kan. Bukan pe, ingat macam KPLI hari tu tak payah hantar ape-ape selagi tak di panggil interview.

Dah..dah.. Tak payah bagi alasan. Alasan tak di terima dan tidak akan mengubah ape-ape ye aini. Sila terima dengan redha walaupun sedikit kecik ati. =( Next year cuba lagi.

Kepada sesiapa yang belum semak keputusan panggilan Ujian MEDSI bagi Diploma Perguruan Lepasan Ijazah / DPLI April 2010, sila semak kat web Majlis Peperiksaan Malaysia ni. Semoga sucses ye kepada korang yang berjaya =)

Untuk semakan panggilan Ujian Medsi /( Malaysian Educators Selection Inventory ) DPLI, April 2010 sila ke http://www.mpm.edu.my/medsiregter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails