Followers

Showing posts with label resepi pizza. Show all posts
Showing posts with label resepi pizza. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

Tiada Jodoh Untuk Jadi Cikgu, Kini Beralih Arah Mau Menjadi Tukang Masak Sahaja

Motif letak gambar ni -> Teringat betapa mewahnye dan sedapnye makan kat sini dulu (Berjaya Tioman)

Setelah gagal untuk panggilan ujian MEDSI, lalu aku berharap pula pada panggilan temuduga KPLI. Tapi langsung kecewa jugak nama tiada dalam senarai. Tak ape la, sekurang-kurangnya merasa jugak dapat panggilan MTEST hari tu.

Ok now, dengan semangat baru, aku mau mengubati kekecewaan tahap putus cinta ini dengan memasak yang sedap-sedap dari resepi yang mengiurkan. Plan petang ni mau membikin Kek cokelat moist yang menggoda dan meleleh coklatnya..

Esok mau bikin spagethi dan pizza home made untuk family. Western mood nampak? Layann.. Yeah kelihatan bersemangat di situ setelah sekian lamanyanya hujung minggu aku tidak dapat melekat kat rumah. Minggu ni akan aku lepaskan gian masak ape sahaje yang aku teringin nak makan. Dan.. Tunggu hasil pertambahan berat badan isnin nanti.

Sekian.. Mahu pergi Kipmart mencari bahan-bahan. =)

Saturday, February 20, 2010

Hasil Cuti Hujung Minggu - Pizza

Taraaaaaa... setelah beberapa hari mengidam mau makan makanan yang kaya dengan cheese akhirnya ini la hasilnya.. Pizza buat sendiri. Dapat buat untuk makan tengahari tadi. Resepi google je... Gambar penuh tak ade. Tak sempat snap, panas-panas lagi dah di ngap.. Ni je la yang berjaya di simpan. =)

Slice pertama =)

Slice kedua..

Bahan Untuk Doh :
Setengah kg tepung gandum
1 sudu yis segera mauripan,
1 sudu mentega,
1 sudu gula
garam secukup rasa
1 kotak susu segar (yang kecik je)

Untuk buat doh. Larutkan yis segera dengan air suam dan gula. Kemudian gaul tepung, garam dan mentega. Tuang yis segera tadi. Masukkan susu. Uli sampai jadi doh dan tak melekat kat tangan. Biarkan doh mengembang lebih kurang sejam. Ha sementara nak tunggu doh kembang, kita prepare bahan-bahan untuk toping pulak.

Bahan untuk topping :
Keju parut mozarella ikut suka nak banyak mana letak
Lada kuning
Isi ayam cincang yang di tumis dengan bawang putih, bawang besar dan lada putih
Sosej (Potong bulat-bulat)
Sikit sotong (Rebus dulu)
Tomato puri
Sayur campur.
Bawang

Untuk topping macam biasa la, mula mula ratakan doh ke atas acuan/loyang. Pastikan dah letak minyak pada acuan, supaya bila masak tak melekat. Lepastu sapu tomoto puri dan sos kalo nak pedas. Lepas tuletak la bahan-bahan lain dan diakhiri atas sekali dengan cheese yang banyak..

Lepas tu bakar la dalam 20 minit. Siap. =)

p/s : Untuk toping tu sebenarnya ikut suka la kita la nak letak ape sebenarnya. Tu yang suka buat sendiri tu, hambik nak letak ape pun boleh. Okeh selamat mencuba. Sedap, berbaloi-baloi =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails