Followers

Showing posts with label kek cokelat moist. Show all posts
Showing posts with label kek cokelat moist. Show all posts

Monday, April 19, 2010

Hasil Hujung Minggu Lagi

Sebelum ni ada aku kepoh nak makan sepuas hati hujung minggu ni kan? Nak buat itu la, nak buat ini la. Last-last? Cuma sempat buat kek cokelat je..haha. Sembang lebih tul kan. Okeh cakap banyak tak guna. Layan gambar je la ek korang ye


Hasil petang sabtu. Kek cokelat moist. Hias buduh2 sahaje guna topping cokelat, cokelat rice & white choclate chip.

Slice percubaan untuk di beri rasa kepada juri jemputan <-- konon

Okeh juri kate sucsess. Jadi potong slice kecik-kecik cinonet untuk juri - juri awam pulak.. hehe

p/s : Sekali lagi terima kasih pada kak aieni yang memberi resepi ni. =)

Saturday, April 17, 2010

Tiada Jodoh Untuk Jadi Cikgu, Kini Beralih Arah Mau Menjadi Tukang Masak Sahaja

Motif letak gambar ni -> Teringat betapa mewahnye dan sedapnye makan kat sini dulu (Berjaya Tioman)

Setelah gagal untuk panggilan ujian MEDSI, lalu aku berharap pula pada panggilan temuduga KPLI. Tapi langsung kecewa jugak nama tiada dalam senarai. Tak ape la, sekurang-kurangnya merasa jugak dapat panggilan MTEST hari tu.

Ok now, dengan semangat baru, aku mau mengubati kekecewaan tahap putus cinta ini dengan memasak yang sedap-sedap dari resepi yang mengiurkan. Plan petang ni mau membikin Kek cokelat moist yang menggoda dan meleleh coklatnya..

Esok mau bikin spagethi dan pizza home made untuk family. Western mood nampak? Layann.. Yeah kelihatan bersemangat di situ setelah sekian lamanyanya hujung minggu aku tidak dapat melekat kat rumah. Minggu ni akan aku lepaskan gian masak ape sahaje yang aku teringin nak makan. Dan.. Tunggu hasil pertambahan berat badan isnin nanti.

Sekian.. Mahu pergi Kipmart mencari bahan-bahan. =)

Wednesday, April 14, 2010

Kek Cokelat Moist, Pizza Penuh Keju, Cup Cakes Comel Memang Sungguh Menggoda

Macam tak ade kerja je kan aku melepak kat blog orang. Padahal berlambak. Bukan pe, mata ni kalo dah terpandang blog masakan yang ada resepi sedap-sedap memang melekat je la aku kat situ usha dari latest entry sampai la first entry blog tu tau.

Ni tadi aku baru lepas usha blog akak aeini AT HOme . Mak aih terliuq aku tengok kek cokelat moist dia tu. Blog akak ni ambil tempahan kek dan pizza home made online. Aku rase kalo bulan puasa aku tengok blog ni lelama macam ni memang buleh menggugat iman tau.

Nasib bek akak ni baik hati bagi resepi kek cokelat moist dia tu. Buleh aku cuba try test buat hujung minggu ni. Hai la..lama sungguh tak memasak. Sentiasa sibuk ye akhir-akhir ni. Hujung minggu tak melekat kat umah, ada je halnya.

Meh layan kek cokelat moist yang buat aku telan air liuq dari tadi. Layan gambar je la ye. Nak rasa boleh tempah kat blog aeni AT HOme atau try sendiri resepi yang kak aeini dah free2 je bagi kat blog dia.

Sangat yummy bukan?? Gambar sumber dari aeini At Home


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails