Followers

Friday, November 18, 2016

Bila Kau Rasa Sedih Dan Kecewa Tolong Percaya Nikmat Allah Itu Sentiada Ada



Percaya dengan nikmat yang Allah bagi tu. Rezeki, kesihatan, kebahagiaan, mudah dalam semua urusan semua adalah nikmat. Dan bilamana tiba masa Allah berikan kau berduka, sedih, murung, kecewa dan sebagainya yang menyakitkan hati kau, tolong percaya juga bahawa memang Allah berkehendakkan ianya jadi pada kau dan ianya bersebab. Barangkali di sebalik kedukaan tu ada hikmah, dan barangkali juga Allah nak kau lebih dekat padaNya sebab fitrah manusia, bilamana merasa susah dan gelisah, pasti mencari Allah untuk mengadu, menangis, berdoa dan memohon pertolongan. 

Percaya doa orang yang berduka, disakiti, dizalimi itu adalah mustajap, terus sampai kepada Allah. Jadi bila kau rasa diri kau down sangat-sangat, dizalimi, disakiti, sedih dan berduka, cepat-cepat lah berdoa yang baik-baik untuk diri kau. kalau aku, peluang ini aku akan berdoa untuk diri aku dan keluarga, mustajab doa orang yang dalam kesedihan, maka gunalah peluang yang ada untuk berdoa sepenuh hati. 

'Ya Allah, aku sedang bersedih atas ujianMu. 
Tapi aku redha Ya Allah. 
Aku mohon kau tabahkan hati aku ya Allah,
Aku mohon kau kuantkan iman aku ya Allah,
Aku mohon kau tebalkan tembok kesabaran aku ya Allah,
Aku mohon kau balas redha ku atas ujianMu ini dengan limpahan nikmat yang tidak terhingga,
Nikmat rezeki yang melimpah ruah dan berterusan supaya aku dapat membantu Ibu bapa & Suamiku, 
Nikmat kesihatan  selurh ahli keluargaku dan Nikmat  di permudahkan semua urusan dan niatku ya Allah'

Menangis mengadu dengan Allah.. Menangis itu perlu, supaya segala kesedihan tu keluar seperti air mata yang keluar tu. Keluar dari diri kita. InsyaAllah lepas tu kau akan sedikit lega. Lega sebab kau dah keluarkan kesedihan dari diri kau dan kau dah luahkan kesedihan kau itu pada yang Maha Mendengar. 

Ya, kadang kita tak perlukan manusia untuk dengar kesedihan kita. 
Bergantung dan berharap pada Allah yang MAHA MENDENGAR, MAHA MENGETAHUI DAN MAHA MENGASIHANI hambanya yang lemah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails