Followers

Friday, August 4, 2023

Anak Syurgaku Luqman Hakimi Bin Mohd Norhilmi

Muhammad Luqman Hakimi Bin Mohd Norhilmi. Nama yang dah lama ibu simpan untuk anak lelaki ibu. Tapi kehendak Allah, tak sempat adik Luqman Hakimi lahir ke dunia, Allah ambil adik dari dalam perut ibu lagi. Anak ke empat ini meninggal dalam perut kerana terbelit tali pusat di usia 5 bulan dalam perut. 


Kisah sedih bermula dengan perasaan excied kegembiraan masa kami buat appoiment detail scan kat KL masa 20weeks. Sepatutnya hari tu kita akan tahu jantina adik, keadaan adik secara detail. Tapi alakah terkejutnya kami bila sonographer beritahu baby tak ada heart beat lagi. Maksudnya nyata dah tidak berdegup. Luluh hati ibu, gelap kejap dunia. 

\

Gambar scan dari Sonovision Sentul KL. No Heart Beat Seen.  Terus suami pecut balik ke Lipis, siap2 untuk ke Hospital Besar Kuala Lipis untuk check sekali lagi. Ya betul. Baby memang dah tak ada. Masa ni bila scan pun dah tak berapa nampak apa-apa sebab air ketuban dah berkurang sangat.  Dr decide untuk induce dan keluarkan secara normal. 


Bersalin anak keempat walaupun bayi dah tak bernyawa dalam perut, sakitnya sikit pun tak ada beza dengan sakit bersalinkan 3 anak sebelum ni. Walau nampak kuat aku ni, tapi percayalah bab tahan sakit, cucuk2, darah2 aku memang kalah, memang tak tahan. Even cucuk bronula kat tangan pun dah mengalir air mata. Sebab baby dah 5 bulan ++ , perlu induce untuk  bersalin cara normal. Macam beranak kan si sulong Intan Darina, induce 3  kali baru baby keluar. 

Start 8 pagi melayan contraction sikit2 kat wad. Mula 8 malam baru la contraction yg kuat gila bermula. Masa tu dh suruh husband balik rumah.. Menahan contraction kat wad bukan labour room, tanpa suami pulak tu sbb kesian nak suruh dia patah balik masa tu.So no drama, kene control diri, malu lah nak nangis or jerit kat wad kan. Diam diam la peluk besi katil layan contraction sorang2. Alhamdullilah sbnarnya bila ko boleh control dari menangis beria, ko boleh control nafas masa contraction datang, mengurangkan sakit dan mempercepatkan bukaan.  

Papa sempat azankan beberapa minit selepas awak lahir. 


Dalam 11 malam selamat  melahirkan Luqman Haqimi yang dah tak bernyawa dgn sekali push. Rupanya dia terbelit tali pusat sebanyak 4 kali kat leher, punca dia meninggal dalam perut. Dalam sejam juga aku dapat pegang, belek tubuh dia dalam pangkuan sebelum forensik ambil untuk simpan di bilik mayat untuk proses mandi, kafan dan kebumi pagi esoknya.


Memori ibu dengan baby Hakimi yang ibu ada. Sejam je masa kita bersama, bersentuh kulit dalam dakapan ibu walau awak dah tak bernyawa. Masih teringat ingat awak punya aktif bergerak masa kita scan 3 bulan, macam3 pose awak dalam perut masa tu. Ibu yakin kalau awak survive sampai 9bulan dan lahir hidup mesti perangai sama macam abang Adam yang tak reti diam tu. 


Ciuman pertama dan terakhir untuk anak syurga ibu. 








No caption for this, sbb aku masih di hospital. Papa uruskan kebumi. Kakak Intan. Abang Adam, Kakaak Aisyah pun ada masa kebumikan awak. 




4 nyawa ibu. Intan, Adam, Aisyah dan Hakimi di dalam sana. 


Semoga segala yang terjadi ada hikmah yang tidak terbanding Allah ganti kepada keluarga kita.  Nanti kita jumpa lagi di taman syurga adik Hakimi. Actually sepanjang mengandung 5 bulan, aku mimpi 2 kali baby boy yang putih melepak tengah main-main kat taman yg bersih. Mukanya mirip Hud, anak sedara husband. Mengandung sebelum2 ni tak pernah mimpi baby dengan jelas macam tu dan masa tu aku pun tak tahu mengandung anak lelaki. Now aku yakin yg aku jumpa dalam mimpi tu ialah Hakimi. Mungkin Allah beri aku jumpa dia sebelum dia lahir dan pergi.

Wallahualam. 














 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails