Followers

Saturday, November 29, 2014

PROMOSI AKHIR TAHUN BUKU DOA AMALAN HARIAN


Hai.. Kedai kami sekarang sedang mengadakan promosi akhir tahun untuk Buku Doa Amalan Harian. Buku Doa dengan design customade ini sangat sesuai dijadikan doorgift / cenderahati untuk majlis Pernikahan, Perkahwinan, Pertunangan, Cukur Jambul, Kesyukuran, Aqiqah, Tahlil dan sebagainya.. Banyak design menarik yang boleh dpilih dan anda juga boleh request untuk desgin baru mengikut tema anda TANPA CAJ TAMBAHAN.

Promosi Buku Doa Amalan Harian & Mini Tasbih Masih Berlangsung. Cepat-cepat Booking sebelum terlambat!!!

# Percuma Guest Book@Wedding Photo Props untuk 500/1000/1500 pcs ke atas!!
# Harga Runtuh untuk kuantiti 100 & 300 pcs
# Tasbih kini hanya RM1.10 /pcs
* Cepat2 sementara stok masih ada

sms/whatapps : 0127164176
https://www.facebook.com/CuteCreativeCreation
http://cutecreativecreation.blogspot.com/

Tuesday, November 25, 2014

Luahan Hati kepiluan

Pernah kau rasa tak setiap kali bangun tidur kau tak nak buat apa-apa dah sebab bagi kau semuanya bosan, semuanya tak seronok, semuanya bukan yang kau mahu tapi yang kau terpaksa hadap hadap hadap sebab terpaksa. hari ni kebosanan aku tak tahu sampai level mana ntah,langsung tak produktif, nak pandang muka kat cermin pun naik menyampah sebab tahu betapa buruknya muka aku bila mood aku macam  gini. 

Terus terang dengan telus, aku tak boleh sabar dah tunggu rumah sewa. Why ha ada je sangkak, ada je alasan yang jadi penghalang? Aku tau salah satu jawapan dia adalah sebab tak adanya perancangan dan tak adanya keinginan dari pihak satu lagi. Kau jangan tanya aku pasal aku punya perancangan sebab lebih dari rancang dah aku buat tapi what for kalau  aku je beria merancang untuk menjadikannya kenyataan,  tapi satu pihak lagi asyik rancang mencari alasan alasan alasan. Arghhhhhhhhhhh serius aku penat sangat dengan semua ni. 

Interview. Tak tahu kenapa akhir akhir ni banyak pulak panggilan interview yang aku dapat. Dan semuanya kerajaan. Kastam, Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi dan latest untuk Guru Mara. Kalau ikut hati, malas dah aku interview2 ni. Duit dari bisnes online lebih dari cukup dan Alhamdullilah. Plus dapat duduk rumah jaga anak sendiri 24 jam. Tapi bila pikir ni je jalan yang boleh bawak aku pindah rumah sendiri, aku tawakal je ikut apa yang Allah beri dan aturkan ni...

Selera makan aku down sejak mengandung Susah aku nak pandang nasi. Susah aku nak pandang lauk. Masak tetap masak untuk keluarga, dah kata kau suri rumah tak kan ko nak terbongkang je tengok tv? Mostly, aku masak tapi aku tak makan.. Kalau aku makan pun aku masak benda lain khas untuk aku like Ikan kering, telur mata, megi goreng, sandwitch sardin.. Masak  la kerang sup, masak sup ayam, masak ayam kicap dan lain-lain, siap masak, tutup periuk, makan benda lain...

Pejam mata. Kuatkan hati.

Wednesday, November 19, 2014

ABC Larikin Bomba


Ini ialah ABC larkin bomba. ABC ni aku memang kategori makan mengidam aku masa mengandung. Teringin sangat.. Sangat sangat sangat. Alhamdullilah Suami tunaikan juga hajat ibu mengandung ni nak makan ABC larkin bomba.. Memang licin la aku makan. Sedap sangat... Terima kasih suami =) Nanti balik Jb nak makan lagi..Nyum nyum nyum..

Minggu ni dah 2 minggu kat pahang. Skrang ni suami aku tiap hari kalau kerja siang balik kerja lewat sangat, Semalam pukul 10 malam baru sampai rumah. Aku rasa marah sangat. Bukan marah pada suami, tapi marah dengan pengurusan tempat kerja dia. Geram sungguh. Dah la tak pernah ada bonus, kerja macam ape. Mengharapkan OT untuk dapt duit lebih tiap bulan. Kesian laki aku.  

Semalam sebak sangat. Suami dah tidur, aku macam biasa lah tidur lewat sikit siapkan kerja. Dah siap kerja aku pun landing la sebelah suami,sambil pengang suami yang tengah tidur, Ya Allah kasar sangat dah tapak tangan dia sebelah tu. Sedih.. sedih sebab dapat rasa kasarnya tangan dia sekeras kerja yang dia buat... Aku ambil lotion, sapu pada tangan dia sambil dalam hati cakap ya Allah kesiannya suami aku, kerja teruk, aku pulak asyik mintak - mintak itu ini. Nak pindah la, nak holiday la, perangai macam Intan, kalau nak tu, nak jugak la.. Tuduh intan plak, padahal intan tu perangai ikut aku..hihi.. 

Jumaat ni kita plan pergi Lost World Tambun, Ipoh.. Tak pe papa, kali ni ibu belanja semua.... Kita kasi papa rest kan diri ok bercuti...Tak yah pikir pasal kerja beberapa hari... 

Tambun,, Tunggu kami datang.... =)

Saturday, November 15, 2014

Impian Yang Tidak Sampai Sampai

Dari belum ada anak sampai dah nak masuk anak dua. Dari wanita bekerjaya kepada Suri Rumah Sepenuh masa.. Tapi impian nansatu ni masih lagi belum tercapai. Jauh sangat ke Impian tu? Ntah la... Semoga Allah kabulkan impian aku, percepatkan impian ini untuk terlaksana.....
AMIN.




Tuesday, November 4, 2014

Intan Yang Pandai Make Up

Rasanya dan 3 batang lipstick ibu intan kerjakan... Pening ibu naaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak.. Dah la ibu ko tengah mood lomah longlai ni... Penat tak habis-habis... Intan ni kalau dia senyap je lebih dari 3 minit, ada 2 kemungkinan je. Samada dia tidur atau dia ada projek best! Nah... Ni projek dia masa orang lain sibuk tengok tv kat depan.. Main lipstick ibu. Siap buat blusher lipstick ibu..





Lipsticks ketiga yang hancur ini adalah lipstic kegemaran ibu.. Tak kuasa dh ibu beli lipstick baru lagi....Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails