Followers

Wednesday, July 19, 2017

Ke Cokelat Moist dan Apam Susu

apam susu

Sempena open house kedai hari tu, 4 deret kedai kena la sediakan menu sendiri sebagai tuan rumah. Masing-masing buat Laksa, Bubur durian, nasi impit bagai. Aku macam terkebil kebil nak buat ape. Tak larat la nak buat gulai seperiuk kan. Lalu aku pon dapat idea petang tu juga untuk buat kek kukus sajo. Buat yang mudah dan apa yang ad kat rumah je. Pengukus pun gigih pakai pengukus eltrik hadiah kahwin dulu, haha. Berjasa sangat. Hasilnya dapat la 2 loaf Kek Cokelat moist dan 2 loaf Apam susu. 


Siap - siap potong masuk dalam bekas. 1 untuk meja lelaki, 1 laki untuk meja orang perempuan.  Resepi apam susu dan resepi kek cokelat moist tak yah tanya, hakak pun buat sambil tengok google je dik..huhu. Zaman dah canggih, tak yah nak gigih salin resepi tampal kat aisbox, google saje. Lepas buat terus lupa resepi. Nanti esok nak buat lagi, google la lagi..haha. Alhamdullilah sedap dan licin tinggal bekas je bawak balik. Intan duk merengek nak kek ibu buat, tengok kat meja dah habis. Nanti la esok2 ibu buat lagi kalau datang saka rajin mak ko ni.


Periuk serba guna hadiah kahwin yang digunakan after 5 tahun. Best la, boleh kukus, panggang, bakar semua. Tq kelab ketams untuk hadiah yang berguna ni..heheh

Monday, July 10, 2017

Strawberry Celup Cokelat Cameron Highland

Nasib badan lah, mengandung kali ke 3 ni banyak benda ko mengidam. Last week teringin nak makan strawberry celup cokelat fresh kat Cameron Highlands nun. Kesian laki mak, dah la kerja shift malam, pagi balik kerja terus ada Mesyuarat Pemuda UMNO, petang terus gigih drive bawak mak buyung ke Cameron mencari sebutir dua strawberry. 




Taraaa.. Ni dia. Pilihanku mesti la dtrawberry besar gedabak dan Coklat by Saudara Baru (Ada tulis kat label cokelat tu). Actually banyak brand, maksudnya banyak la pengusaha  yang buat cokelat untuk celup strawberry kat cameron highland ni, tapi jenama Saudara Baru ni very recommended by me la. Cokelat dia sangat sedap, lembut, cair, masuk peti pun tak mengeras. Sodap sangat. 

Masa pergi tu hari Ahad, pasar malam baru brinchang tu kan dah pindah kat kawasan baeu ape ke nama golden hill kot. Memang la tak jem situ, tapi nak cari parking memang hazabullllllllllllllll ya. Sabar je laki aku cari parking. Ramai je parking gila jauh... Jauh gila ok, aku tak sanggup weh. Aku pun dapat parking jauh nun atas bukit tu. Ramai nau orang.  Nak strawberry punya pasal. Aku borong 2 kotak je. Ntah la, kang beli banyak tak habis sebab aku je penggemar straberry kat rumah tu. Sekali sampai rumah, 1 kotak tu aku makan sekali hadap je. Sekotak lagi buat sarapan. Ko rasa? Hilang sekelip mata di perutku. Rasa macam tak cukup, nak lagi. Haha..




Sebelum ke pasar malam tu singgah minum petang kat Ladang Teh kejap.  Anak tak reti diam mak aih. Geram je tengok. Aku dah la macam tak berapa sedap badan hari tu. Anak nak ni kalau tak tidur petang biasalah peel dia lain macam tangkas kan. Terus mak kau bebel lain kali tinggal je la ngan tok abah. Ibu nak jalan pegang tangan berdua je ngan papa kalau pergi cameron highland lagi. 


\

Blueberry Cheese Cakes Cameron Valley yang tidak mengecewakan



Itu je lah cerita pendek ke cameron dengan tujuna mencari strawberry. Pukul 4 ptg gerak, pkul 10 malam dah sampai rumah dah.

Friday, July 7, 2017

Hutang Aku Bila Nak Bayar??


I hate this damm much!!  Antara sebab aku tak suka pembayaran secara deposit masa urusniaga dengan aku ialah AKU CUKUP TAK SUKA MENAGIH HUTANG dari orang dikemudian hari.   Aku tau, ada pelanggan yang tak ada masalah masa bayaran akhir, tapi manusia manusia yang bermasalah nak bayar ni lah yang menyusahkan aku. Tak faham, ape perasaan berhutang lama-lama.  Seronok hidup macam tak ada masalah, tak ada hutang dan menyusahkan orang lain?

Aku yang beri hutang ni pulak yang bersusah payah nak survive.  Sungguh aku tak faham. Aku ni dalam hidup, selagi hutang dan komitmen bulan-bulan tu tak setle, tak tenang hidup aku, rasa nak amuk je. Biarlah dalam akaun tinggal 13 hinggit lepas langsaikan semua hutang, tu lgi tenang dan melegakan daripada duit berkepok tapi hutang orang tak bayar.  Serius, kadang sebab dahulukan modal untuk penghutang ni, sambil nak tunggu diorang bayar, aku sampai terpaksa korek2 saving aku tau nak survive, nak bayar kereta, nak bagi mak, nak bayar ptptn, bill telefon, broadband segala. 

Pulak menyakitkan hati bila diorang tak dapat bayar tu bukan nak cakap sorry, bagitau kita sebab tak dapat bayar, aku pulak yang nak kene kejar, nak kena call, msg berpuluh kali tanya, Tolong lah ada effort sikit tunjuk yang kau sebenarnya nak bayar, tapi kau ada masalah terpaksa tangguh, maybe aku boleh terima. Yang aku tak boleh terima dan geram tahap babun ni, kau buat senyap, buat lupa, anggap macam tak ada apa2. Dengan harapan aku lupa lah semua hutang tu???? Serius sedih weh. Lebih 5k hutang orang tak bayar.  Kau anggap 5k tu macam 50sen je kan.

Tolong lah manusia -manusia yang berhutang, pikirkan sikit. Aku ni rasa dah jadi insan teraniya kau tau. Doa orang teraniya ni Allah makbulkan tau. Aku nak doa satu je la, semoga Allah berikan kesedaran untuk korang yang berhutang kat aku ni cepat-cepat langsaikan hutang. Supaya hidup aku tenang, saving aku bertambah semula, dan tak stress terhegeh hegeh kutip hutang macam pengemis minta duit. 

Monday, July 3, 2017

Juara Tido Menoggeng



Ya juara tido mengonggeng dan tertonggeng jatuh kepada anak kedua saya, Muhammad Adam!

Haha.. I is cannot kalau bangun bangun pagi tengok aksi dia macam ni..

Terhibur sungguh lah =)

Saturday, July 1, 2017

Mengidam Laksa


Syukur la aku ni mengidam benda senang senang je dapat. Setakat laksa penang ni, berlambak orang jual kan? Tapi malngnya selalu je tak kena kat tekak. Maklumlah selera mak buyong, memang la lain macam sikit. Memang lain macam sungguh. Contohnya bila beli tu, kuah dah sedap, tapi mee dia pendek-pendek terputus gitu, iolls tak suka macam tu, suka mee yang panjang-panjang, lalu terpotong terus selera.  Kadang tu tak cukup pedas la, tak cukup pekat la. Lalu solution terbaik ialah dapatkan laksa home made by my mom kat JB. Tapi adeh sangat, masa balik raya tu, pasar semua cuti lagi kot lalu ikan pun x banyak kat pasar. Tak dapat la nak suruh mak buatkan laksa. 

Tapi mengidam punya pasal, balik je pahang, aku beria nak buat sendiri laksa. Konon nak kuah pekat, pedas masam, mee panjang-panjang menepati selera gitu. Dan hasilnya akhirnya for the first time di usia 30 tahun ni, mak buyung berjaya masak laksa penang sendiri. Hahahahaha.. ketawa puas hati. Lepas siap masak tu, aku balun sekali 2 pinggan laksa ni, Padah makan gelojoh tak ingat dunia macam tu, terus perut rasa ketat ya ampun. Tu la, excited sangat dapat makan laksa home made sampai tak boleh nak makan sikit-sikit. Perangai sangat kan. 

Macam tu la penangan mengidam. Mengidam ni rasa dia macam ni tau, ko akan rasa nak sangat makan  benda tu. Asyuk terbayang, pastu duk google gambar makanan tu, ko tatap gambar tu sambil telan telan air liur. Bila dah dapat depan mata, kalau kena kat tekak memang ko akan makan la puasa puas kan. Tapi kalau tak berapa kena kat tekak, maka sekadar jamah je la dengan rasa sikit kecewa. (Kes mee laksa pendek-pendek, kuah cair.) 

Actually mengandung kali ni memang banyak benda aku mengidam. Tapi payahnya, tak semua boleh dapat depan mata. kadang benda yang senang pun tetiba jadi payah jumpa time mengidam. Contohnya nak air kelapa. Tak nak air kelapa dalam cawan biasa tu. Nak air kelapa sebijik! Lalu berzikir la kat telinga suami nak kelapa sebijik, nak kelapa sebijik. Suami pulak baru habis shift malam kepenatan, stress dengor bini duk mintak benda yang tak ada depan mata. Lalu mak buyong yang emosi ni terus sentap berjujuran air mata dalam kereta. Bukan nangis sebab tak dapat air kelapa sebijik, tapi nangis sebab kene marah minta benda yang mengidam tu. Dalam hati kata, ape yang susah carikan kelapa muda sebijik, kan duduk kampung, tak ada jual kat gerai, tak kan la tak ade jugak kat rumah orang ke, rumah kawan dia ke kan, kena la usaha sikit cari, tak pun bagi la ayat menenagkan hati contoh macam "Tak pe la, nanti abang carikan". Bukan susah pun kan. Susah lagi mengandung.  Terus rasa tak nak mengandung lagi.

Gitu la mengidam, antara yang dilalui ibu ibu mengendong. Mengandung ni selalin bawak perut , sakit satu badan, tekanan emosi yang berlebih lebih pun antara yang menyeksakan tau. Mohon di mengerti ya semua.. 

Hari Raya Aidilfitri 2017

Raya tahun ni Alhamdullilah dapat kumpul kami 3 beradik sama-sama di malam raya. First time selepas masing masing kahwin. Selalu aku je la ketingalana, Raya ke 3 baru dapat balik ke JB. Tapi tahun ni dapat gak beraya sama sama buat ketupat di malam raya. Hahaha.  Ape pun raya kali ni sederhana saja. Lebih kepada anak-anak. Baju raya aku selai pun tak dak beli. Pecah rekod sangat. Anak- anak punya baju raya sampai sorang 5 pasang haa koo. Baju kurung aku pakai first raya je. Mengandung nak masuk 5 bulan ni, tak sanggup rasanya nak berpanas beraya. Faham faham je la mak mengandung ni panas dia lain macam. Sudahnya, lepas belek belek gambar raya, sedih pulak tak banyak gambor sebab malas bergambor dek tak ada baju raya yang lawo nak di gayakan. Harapa tahun depan dapat selim melim dan bergaya balas dendam dengan baju raya 3-4 pasang. Hambik nanti seminggu aku pakai baju raya..Haha.


First raya kat rumam mak ayah. Punya kalut ambik gambar dengan anak-anak sorang dua yang cranky pagi raya tu, Ko tengok je la muka intan tu, Dia stress dan mengamuk sebab jam baru dia longgar. Nak pakai ketat ketat tak boleh. Stresss mak ko berganda lagi nak tengok perangai ko. Sampai lupa nak adakan program salam bermaafaan di pagi raya. Sudahnya tak bersalaman la kami pagi raya tu dek perangai anak-anak yang mengamuk dan moody di pagi raya.


Sepupu kecil


Susah sangat ya nak dapatkan angle terbaik dengan budak budak cenonet semua ni



Gambar berdua pun tak banyak.


Raya pertama ni, kitorang beraya ke rumah seaudara mara sekitar JB. Dapat 7 rumah lah dari pagi sampai malam. Gila. 7 kali bedal ketupat hari tu. Punya balas dendam berapa tahun tak dapat makan ketupat sebab raya pertama kat Pahang kan. Tahun ni aku balun habis-habisan. Semua rumah aku jamah ketupat dia. Kecuali rumah terakhir sebab stok ketupat tuan ruah pon dah habis sebab dah malam kan? Haha.

Itulah cerita raya 2017 aku. Mood berblogging tu ada, tapi masa asyik rasa tak cukup saja. nama je suri rumah.. tapi...... kau sambung sendiri la ayat tu. 

Haha.. Ok nak sambung buat design customer sebelum mood bekerja iolls hilang ditelan rasa mengantuk tahap gaban..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails