Followers

Monday, April 22, 2013

Alhamdulillah, Telah Selamat Melahirkan Puteri Sulung


Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan seorang puteri comel pada 13-04-13. Intan Darina nama diberi... Sekarang dah masuk hari ke 9 berpantang di rumah mertua... Macam - Macam kisah suka duka sebelum Dan selepas melahirkan Intan Darina..

Akan dikongsikan dalam sikit masa lagi.. Sabo je la.. Maklumlah, first time jadi ibu.. Sampai anak nangis pun kita ikut menangis..huuu..  Tak sempat lagi nak buat entri baru. Ni dah hari kesembilan baru announce Kat blog..heee..

Tuesday, April 9, 2013

Cerita 6 Hari 5 Malam @ Hospital Kuala Lipis

Hambik... Penginapan 6 hari 5 malam kat Hospital Kuala Lipis katanya.. Ni kira praktis warded nak bersalin nanti la...huuu.. Ceritanya macam ni, kan Jumaat tu aku ada buat entry dengan ending, KUALA LIPIS...AKU DAH READY..... Kan? Kan? Entry cerita pasal last day aku kerja Jumaat tu dan nak balik kampung suami kat Kuala Lipis untu cuti bersalin. Sebelum sapai rumah, husband terus bawak ke hospital Kuala Lipis sebab kan dah dapat surat dari KK suruh refer Hospital  pasal kes air ketuban aku yang banyak tu kannn....

Hari Pertama ~ 29 Mac 2013


Sesungguhnya mak hincik sangat la tidak pernah pergi hospital pasal sakit tau. Sebelum2 ni pergi melawat orang sakit je.. So petang tu sampai je Hospital, pergi kaunter dia,tunjuk surat dari KK terus dia suruh pergi ke wad bersalin okehhhh... Mak is takut... Sampai kat wad bersalin, nurse bertugas tu tengok buku merah dan surat dari KK.. Pastu terus buat interview itu ini, timbang berat, check air kencing. Eh macam check up biasa kat KK plak kan?? Pastu dia panggil my husband suruh isi borang, katanya kena tahan wad, nak tunggu Dr check. Wahhhh...  tak bersedia fizikal dan mental punn lagi. Husband dengan excitednye isi borang, pastu pergi ambil beg hospital yang memang dah ready kat kereta..  

Pastu kena buat CTG pulak. Pastu Dr scan pulak.. Dia kata tak banyak sangat pulak air ketuban. So aku dah gembira sikit la, ingat boleh balik. Tapi Dr sambung pulak ayat.. "Tak pe, kita tunggu Dr Sakit Puan periksa awak pulak esok ye."  Dan aku pun diberi uniform wad warna pink yang comel tu dan dibawa masuk ke wad. Siap tukar baju je tengok-tengok husband dah siap tapaukan KFC Okeh... Wah bersedia sangat dia bila aku masuk wad kan....

Hari Kedua ~ 30 Mac 2013

Aku bajet lepas Dr pakar check hari kedua tu dah boleh la keluar hospital. Pagi-pagi tu husband call sebelum nak datang hospital dia anya nak bawak apa-apa tak? ada lagi tak barang tak cukup? Nak abang beli selipar tak? Pasal malam tadi dia ketawa tak hingat okeh bila tengok bini dia pakai baju wad tu dengan kasut cantik. I is marah okeh.... Ape ni, ape ni.. Datang je la sini terus, kan nak ambil biniknye ni bawak balik rumah... Biar la pakai kasut cantik ni kat wad, dah nak balik dah hari ni lepas Dr check nanti.. Confident je cakap...



Kasut Chanteq itu

Pagi tu Dr pun datang check..  Dr ni kata ye air ketuban memang banyak pulak.. So dia decide nak buat test kencing manis esoknya sebab tu maybe punca air ketuban banyak... JADI TIDAK BOLEH BALIK!!! Malam kena puasa start 12 tengah malam. Call husband cakap tak boleh balik, beliau kata padan mukaaaaaaaa... Rasakan duduk wad, selalu degil suka sangat makan cokelat, air manis... 

Hari Ketiga ~ 31 Mac 2013

Subuh hari dalam pukul 6 pagi nurse datang ambil darah.. Bacaan 4.5 macam tu. pastu kena minum air gula. Mak hai, berbau air gula hospital ni.. Taka tahan den. Dulu masa minum kat KK tak de la bau. Tak tau kenapa kali berbau pulak. memang nak muntah gila masa tu.. Tak tahan sangat. Lepas tu dalam pukul 8 nurse datang lgi ambil lagi darah. aku harap masa tu result okeh la supaya boleh balik rumah..Yiiihuuu... 


Tengahari bila nurse datang check lagi, aku pun excited la tanya result.. Nurse cakap bacaan lepas minum air gula 8.6. Tinggi sangat katanya.  Habis tu tak boleh balik ke??????? Yeeee... tunggu Dr cakap apa dulu ye... Nurse tanya makan apa semalam sampai tinggi sangat bacaan? Aku cakap makan macam biasa, cuma husband bawak buah mangga yang masak ranum sedap gila babas beberapa biji... Huh terkejut nurse, dia kata buah mangga manis sangt, tak boleh makan banyak. Terus rasa nak tumbuk husband sebb ia yang suruh makan buah bnyak, bagus untuk kesihatan katenyeeeeee...huwaaaaaaaaaa... Maka tak boleh jugak la balik hari ketiga tu... 


ORang yang bertanggungjawab membawa pelam manis yang enak itu. Bersenang lenang dia di situ ketika istrinya merengek nak balik rumah.

Dr datang, dia kata dia nak buat BSP test pulak nanti 3 hb. So boleh sy balik Dr? Tak boleh... Nanti sy bincang dengan Dr pakar dulu ye. tunggu awak Dan baby betul2 sihat baru boleh.


Kasut Chanteq telah digantikan dengan selipar baru pilihan husband sebab I adalah tidak dibenarkan keluar kan....



Hari Keempat ~ 1 April 2013

Pagi pagi dah kena ambil darah. lengan mak dah mula lebam.. adoi mak sakitnye.. Dalam pukul 9 Dr semalam darang bersama sorang  Dr pakar. Dia tengok rekod aku, then kata nak scan lagi petang ni.. okkkkkkkkkk.. Semua Dr pun nak scan perut muncit ku ini.. Petang plak tu, memang tak balik laa aku hari tu kan... call husband dengan sebaknye... Tak de mood dah mase tu.. duk baring je kat katil bermalas malasan sambil baca majalah, tengok movie... Ok kuota internet habis di hari kelima kat wad sebab siang malam layan movie.. Lain kali hospital sediakan la wifi, mesti saya gembira duduk wad lama-lama =)


Tengahari husband datang mmg tak tertahan dah, menangis jua...Tapi sembunyi2 di sebalik bantal.. Husband pujuk, ajak jalan2 sekitar wad, pergi wad kanak2, tengok new born baby untUK sedapkan hati... Petang tu Nurse bawak turun labour room untk scan dengan Dr pakar. ok bacaan air ketuban naik lagi, tapi baby ok, tak ada masalah insyaAllah Dr cakp.. Alhamdullilah.. bajet esok boleh balik la ni.. 

Hari Kelima ~ 2 April 2013

Lama kan? hari Kelima dah.. nurse pun dah kenal. Aku pun dah bosan tahap gaban berapa hari tak pijak tanah. Lemah longlai je rasa. Macam biasa, Dr datang check pepagi. Dr pakar semalam Dan Dr pompuan yg nak buay Bsp tu. Aku dengan excited la Tanya boleh balik hari ni Dr?? terus Dr pompuan tu cakap tak boleh, sy plan nak buat Bsp Kat awak esok.. so kalau result ok lusa boleh balik. 

Terus Dr pakar tu menyampuk. Why tak buat hari ni jugak? So dapat result esok boleh balik dah.. Ye Saya setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...huhu.. Maka start pagi tu akucontrol gila makan supaya dapat result BSP yang elok dan boleh balik. Tangan ni lebam lebam dah kena ambil darah banyak-banyak kali. Dari subuh sampai tengah malam. Tak rasa sakit dah. Rasa bosan mengatasi segalanya...huu..

Hari tu jugak aku berjalan -jalan sambil snap snap gambar sekitar wad bersalin Hospital Kuala lipis ni... Ye la, dah confident sangat last day kan... So ambil la gambar nak buat kenang kenangan.


Bilik saya.. Masa ni akak sebelah katil dah dapat balik dah.. Lagi la syahdu shahdan aku tinggal sensorang kat bilik tu...



Hari Keenam ~ 3 April 2013

Macam biasa pagi-pagi Dr datang. Dan soalan biasa aku, sy boleh balik hari ni Dr?? Tunggu result BSP kejap lagi saya tengok. Sebb last ambil darah untuk BSP aku adalah subuh tadi. Aku dah kembali lemah longlai dah...Rasa macam tak da harap nje nak balik hari tu. Terus pergi mandi. Pastu masa tengah mandi tu, sorang nurse datang, jerit ngan excitednya.. Nor Aini, Nor Aini... Awak dah boleh balik tau hari ni!!! Haaaaa... Yes! Terus mandi sambil bernyanyi riang...huuuu...

Siap mandi, call husband, cakap dah boleh balik, suruh dia datang sekarang jugak walaupun tau prosedur nak keluar wad tu makan masa petang baru siap.. Excited nak balik punya pasal. Siap mandi kaki dah tak reti nak duduk diam. masih lagi berbaju wad warna pink tu, aku jalan-jalan depan kaunter nurse sambil sengih-sengih... 'Excited nak balik nampak???'. 'Eh awak tak boleh balik lagi hari ni, result BSP tak keluar lagi.. tak confirm boleh balik tau'.. Sorang-sorang mengusik I tau... saje nak wat I nangis lagi kan...huuuu..

At last, pukul 3 petang macam tu nurse panggil suruh husband setle kan bil kat unit hasil.. Maknanya aku boleh keluar dah la... Yip yip horeeeeeeeeeeeeeee! Tapi yang tak horeeeee nye, Dr dah bagi tarikh suruh masuk hospital semula 2 minggu lepas tu untuk bersalin secara induce jika aku tak bersalin lagi menjelang minggu ke 39 iaitu 16 April 2013...

Ok habis dah cerita 6 hari 5 malam kat hospital.... dekat seminggu kakak nak menghabiskan entri ni okeh.... 






















Friday, April 5, 2013

37 Weeks 3 Hari



Besar tak perut mak hincik? Besar kan? Macam nak meletup kan? Sebenarnye banyak benda nak cerita ni, dari kes mula cuti, kena tahan wad sampai 6 hari.. Sekarang ni dah keluar wad dah, dah bercuti Kat rumah keluarga mertua ni, tengah tunggu hari je nak bersalin..

Berharap sangat supaya dapat bersalin sebelum 17 April ni walaupun due date adalag 24 April. Ni kes masuk wad punya pasal.. So doktor kata kalau tak bersalin Dan tak ada tanda nak bersalin sampai 16 hbsila menyerah diri ke hospital untuk bersalin secara induce pada 17 hb... detail story in next entry la ye...

Daaaa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails