Followers

Tuesday, May 23, 2017

Belajar Bersyukur

Ya Allah banyaknya aku merungut, banyaknya aku mengeluh, banyaknya aku aku tak puas hati. Padahal Allah dah atur sebaik baik perancangan untuk aku. Yang mana, kalau nak dibandingkan dengan orang lain, banyak lagi yang nasib lebih malang dan sedih.

Hari ni aku insaf. Alpa diri ni bila terlalu mengejar kesempurnaan, keseronokan yang kita rasa itulah kebahagian sebenar kononnya. Hakikatnya, nikmat hidup yang Allah kurniakan sekarang ni adalah sebaik-baik nikmat yang mungkin orang lain tak pernah dapat dan betapa mereka menginginkannya.



Kita sibuk mengejar apa yang kita belum dapat sampai lupa mensyukuri apa yang telah kita terima.

Contohnya, kita sedih bila suami tak belikan hadiah masa hari-hari istimewa kita. Tapi sedar takk kita, ada isteri yang lebih malang, makan pakai keperluan sehari hari pun suaminya tak pernah beri. Lagi kesian kan? Jadi  Bersyukurlah kita Allah kurniakan suami yang tak pernah abai tanggungjawab kepada keluarga. Belajar bertolak ansur dan menerima.

Kehidupan.


Wednesday, May 17, 2017

DAVID TEO KENA TAMPAR DENGAN MAT OVER DEPAN PM

Video david teo kena tampar dengan pelakon mat over baru je viral. Terkesima aku tengok. Bagi aku agak biadap la cara David teo kat depan Perdana Menteri macam tu. Cakap terjerit jerit macam cakap dengan kuli dia.

Apa pun masalah tetap kena ada respect kot dengan Perdana Menteri kita. Mat over pun maybe darah patriotik lebih sikit tu yang tak tahan tengok orang biadap depan PM tu.

Moral of the story kisah david teo kena penampar ni, jangan biadap dan sila jaga adap di mana pun kau berada

Link video  Mat Over tampar David Teo

https://youtu.be/ybE88lhqFV0

Sunday, May 14, 2017

Seperti biasa

Tak tau nak tulis apa.
Nak cakap hati sedih saja.
Sian baby dalam perut.
Ibu tak habis2 moody dan sedih.

Sabarlah baby. Kuatlah baby. 
Walaupun ibu yang tak kuat di ketika ini.

Friday, May 12, 2017

Mengidam


I tak minta cincin emas, gelang pandora.
Tak minta juga wang ringgit.
Saat ini,
Ketika ini,
Cuma KUPANG FRESH yang I idamkan. 

Ye mengidam sangat. Mana nak dapat kupang fresh kat Darul Makmur ni.  Balik Johor baru dapat merasa. 

Nak sangat ni,
Sebelum Puasa. 

PLEASE.\

Wednesday, May 3, 2017

Sabar Tinggal 1 Bar

Kalau kau jenis manusia yang tak reti merancang dalam hidup, yang tak pernah ada matlamat aku tak kisah. Itu hidup kau.

Tapi aku, aku manusia yang penuh dengan perancangan demi matlamat.

Masalah ialah bila perangai kau yang tak pernah belajar dan tak pernah tahu bagaimana struggle nya orang2 yang berusaha untuk merancang menjadi sebab Rancangan dan Matlamat kami GAGAL.

Sebb kau menyusahkan keadaan
Sebab kau tak pernah support usaha orang
Sebab kau ego!!!
Sebab kau rasa semua benda mudah!!!!

Serius. Sabar aku tinggal hujung2 je sekarang ni.


Aku usaha.
Kau musnahkan.
Aku letih.
Aku fed up

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails