Intan Darina anak pertama saya. Masa kat Labour Room saat bertarung nyawa nak keluarkan dia, sempat terlintas dalam otak yang aku tak nak dan tak akan cerita pengalaman bersalin ni kat blog. Huhu.. Pasal masa tu kesakitan yang aku rasa tak tertahan dan tak nak aku ulang atau ingat. Tapi hari ni, selepas 21 hari lahirkan Intan Darina, tiba tiba aku rasa nak bercerita pasal pengalaman bersalin kat sini.
10 hb 4 2013, hari Rabu aku kena di paksa oleh suami pergi klinik kesihatan sebab aku mengadu baby kurang gerak malam tu. Mulanya memang tak nak pergi sebab takut nanti kena tahan wad lagi. I Is penat okeh duduk wad 6 hari minggu sebelumnya sebab air ketuhan banyak tu. Tapi atas desakan suami dan risau jugak dengan baby, pegi jugak menyerah diri kat klinik kesihatan. Seperti yang dijangka, Nurse, doktor sangat la ambil serius hal baby kurang gerak ni. Walaupun Dr dah check semua ok, scan baby ok, tapi dia tetap nak refer aku ke hospital pasal nak buat CTG. SAku memang serius dah penat gila duduk hospital lama lama, kalau masuk hospital boleh terus bersalin aku tak kisah.. So aku ckp kat Dr, biar la aku berehat kat rumah je. Pasti Dr klinik kesihatan tu cakap dia kena Call De pakar kat hospital dulu bincang. Oleh kerana aku datang time dah nak kunci, Dr suruh balik rumah dulu, nanti lepas lunch dia Call samada perlu Admin hospital atau tak.
Balik la aku ke rumah mertua dengan muka berkerut. dalam pukul 3 lebih dr call bgtau memb kena masuk hospital petang tu juga. aku cakap sekali lagi, Kalautak nak tak boleh ke, tak sakit pun lagi, baby gerak pun dah ok dah . Hambik kau, aku kena marah..huu.. Dr cakap aku dah 38 minggu, dh boleh bersalin, jadi kena pergi hospital, tak payah tunggu 17 hb untuk induce, esok dah boleh induce. Hambik, nak sangat bersalin awal Kan. Terus betul2 awal. Masa tu memang tak bersedia fizikal mental langsung. Apekah? Esok aku kena bersalin? Dengan mak mertua sekali kelam kabut mengemas barang. Oh ye, dengan keadaan yang tak sakit apa pun tu Kan, aku kena naik ambulans okeh.. Dari tak sakit terus rasa sakit kepala naik ambulan yang panas dan bergoncang itu. Sampai hospital je Nurse kebanyakkan dah kenal, huhu.. Maklumlah, dah pernah check In 6 hari kat situ Kan..heh
Esok paginya bermula la proses induce kali pertama. Masuk ubat melalui bawah tu. Sepanjang harri tu tak rasasakit pun.. Pagi ke malam tak ingar la, dr check bukaan, still 1 cm..huh. So esok harinya Kena masuk buat dos KEdua. Mask dos KEdua ni Aku mula rasa SAKIT SAKIT macam senggugut gitu. Masih boleh ketawa, makan dengan penuh selera dan berjalan jalan. Petang tu Dr check lagi bukaan, still 1 cm. Maka Dr dec ide nak masukkan belon Pulak. Belon? Apakah? Hahahaha..jenis induce jugak. Aku pun pelik mula2, sebab masa Dr masukkan tu, tak nampak rupa belon pun. Yang nampak cuma tiub je. Tapi sejam lepas masuk belon je terus la rasa sakit teramat. Start 4 petang tu dah sakit gila sampai nangis2 dah. Tak lalu makan, ketawa apatah lagi. Masa petang tu time melawat tu mak, mak mertua ayah mertua dan suami Ada pun aku tak dapat tahan nangis dah. Sakit Woo penangan induce. Mak urut2 belakang aku. Suami dah tak senang duduk dah tengok aku sakit Macam tu..
Malam tu sakit makin mencucuk cucuk. Memang tak boleh tidur la. Tiap kali sakit tu datang, aku gigit tuala. Suami duk la Call ckp kalau sakit panggil Nurse, panggil Nurse. Ye aku tau. Tapi tak nak panggil lagi sebab takut kena cek bukaan. Sakit tu.. Nak tunggu sakit kuat lagi dengan harapan bila check bukaan terus 4. Cm dan ke atas dan boleh masuk LABOUR Room terus. Suami punya risau sampai berapa kali ceroboh masuk wad malam tu tengok aku. Siap kena marah ngan Nurse ko.. Sian dia .. Tak sanggup tinggal aku tengah sakit macam tu. Lepas kena maha tu, die duk je la dalam kereta tunggu aku. Pukul 1 pagi aku memang tak tahan dah sakit, sampai nak bergerak pergi toilet pun tunggu time Contraction hilang baru boleh gerak. Masa kat toilet tu lepas je buang hajat, tetiba ade belon kecil keluar dengan darah.. Oh gitu rupanya belon..huhu.. Masa tu memang tengah sakit sangat, terus aku tekan button panggil Nurse. Ok dia check bukaan dah 4 cm 'maka mari kite ke LABOUR Room..
Call husband dh nak masuk LABOUR Room, tapi husband belum boleh masuk lagi, dah bukak . 8 c, baru husband boleh teman. Masuk je LABOUR Room kena seluk lagi dengan Dr.. Adoi la maksakitnye. Dr pecahkan air ketuhan dan masukkan ubat melalui drip kat tangan. Mak aih, bertambah lagi sakit. MasyaAllah, memang sakit nak melahirkan tu tiada tandingan Ya Allah. Besar sangat pengorbanan mak kita dulu lahirkan kita tau.. Dari pukul 1 pagi tu aku menahan sakit yang amat sangat. Sedut gas sampai lalok pun tak hilangkan kesakitan tu. Sakit sangat. Aku asyik cakap, tolong saya Nurse, sakit sangat.. Saya sakit sangat.. Habis semua benda aku gigit. Aku tak ingat berapa kali Nurse tu check bukaan aku, dalam pukul 4 pagi tu bukaan dah 6cm dan sakit tu tak tertanggung lagi. Aku dah Macam orang tak betul, Mintak operate je. Memang tak tahan dah. Dr datang, nasihat kat aku, dia kata ingat senang2 je ke saya nak bedah awak? Awak bersalin sulungni, cukup ke 3 anak je kalau bedah? Sempat aku jawab dengan kesakitan tu, tak sanggup, nak satu ni je dr, tak nak bersalin lagi dah...sakit sanat... Serius, masa tu memang aku tobat nak anak satu ni je, tak nak dah bersalin lagi..huhu..
Dr dan Nurse terus bagi semangat kat aku bersalin normal.. Ye saya tau awak sakit, bersalin memang macam ni, sabar.. Huu.. ya Allah punya la azab nak tunggu bukaan penuh untuk teran. Pukul 6 pagi baru la bukaan 8 cm. Masa ni husband aku dah dipanggil masuk. Sakit bukan main. Aku nangis, dia pun nangis tengok aku sakit macam tu. Macam2dia bacakan kat telinga ni. Pukul 7 dah buka 9 cm, tapi still Nurse tak kasi teran, menangisi la aku di situ menahan sakit. Kaki dah mengigil gigil dah kesejukan, muntah 2 kali kesan sedut gas tu. Suami tak tahan tengok aku macam tu, dua naik pitam, sebelum dia tumbang, Nurse suruh dia keluar kalau tak larat.. Nangis2 aku tak kasi dia keluar, tapi die keluar jugak sebab memang dah nak tumbang..
Tak Imat pukul berapa datang Nurse lain take over sebab Nurse yang jaga aku dari kul 1 pagi tu dah nak tukar Shift dah.. Sempat lagi aku merayu kat die jangan balik dulu, tunggu aku..huhu.. Sebab dia baik sangat jaga aku masa menanggung sakit tu.. Lepas tu Nurse dah suruh teran. Tak Imat dh berapa kali teran tetap baby tak nak keluar. Aku letih sanat, tak berdaya dah.. Lama sangat menanggung sakit. Aku sedar Ada 3 orang Dr dan beberapa Nurse yang tengah tolong aku push baby keluar. Sangat2 la supportive. Tapi alu tak berdaya dah, aku cakap, aku tak larat dah.. Terus Dr suruh guna vakum.. 2 kali sedap tapi Fail.. Last di org guna forcep Pulak..masa ni aku memang tak da tenaga dah. Aku biar je di org buat ape kat aku, aku dengar di orang gunting bawah tu, tap tap tap..Tapi aku tak rasa sakit dah.. Tak rasa apa dh, nak push apatah lagi.. Seorang Dr duk tekan tekan perut aku, aku memang tak De usaha dah ..tak tau bapa lama, tetiba je diorg letak intan kat atas perut aku. Ya Allah... Hilang terus semua rasa sakit. Aku sempat sentuh kaki intan je. Tak nampak muka dia, sebab aku dah lalok campur letih tak berdaya.
Lepas intan keluar, semua proses termasuk keluarkan uri, jahit, aku tak rasa dah.. Aku sedap menidurkan diri... Pukul 11 macam tu Nurse kejut, alihkan aku ke katil lain dan tolak aku masuk wad semula.. Nurse cakap jahit aku banyak, kena jaga betul2. Memang aku tak daya nak bergerak sangat . first day tu. Makan pun bersuap. Macam tu la proses melahirkan intan darina yang tak akan ibu,u ini lupa sampai bila bila. Semoga Intan jadi anak yang baik dan Solehah..
Saturday, May 4, 2013
Monday, April 22, 2013
Alhamdulillah, Telah Selamat Melahirkan Puteri Sulung
Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan seorang puteri comel pada 13-04-13. Intan Darina nama diberi... Sekarang dah masuk hari ke 9 berpantang di rumah mertua... Macam - Macam kisah suka duka sebelum Dan selepas melahirkan Intan Darina..
Akan dikongsikan dalam sikit masa lagi.. Sabo je la.. Maklumlah, first time jadi ibu.. Sampai anak nangis pun kita ikut menangis..huuu.. Tak sempat lagi nak buat entri baru. Ni dah hari kesembilan baru announce Kat blog..heee..
Tuesday, April 9, 2013
Cerita 6 Hari 5 Malam @ Hospital Kuala Lipis
Hambik... Penginapan 6 hari 5 malam kat Hospital Kuala Lipis katanya.. Ni kira praktis warded nak bersalin nanti la...huuu.. Ceritanya macam ni, kan Jumaat tu aku ada buat entry dengan ending, KUALA LIPIS...AKU DAH READY..... Kan? Kan? Entry cerita pasal last day aku kerja Jumaat tu dan nak balik kampung suami kat Kuala Lipis untu cuti bersalin. Sebelum sapai rumah, husband terus bawak ke hospital Kuala Lipis sebab kan dah dapat surat dari KK suruh refer Hospital pasal kes air ketuban aku yang banyak tu kannn....
Sesungguhnya mak hincik sangat la tidak pernah pergi hospital pasal sakit tau. Sebelum2 ni pergi melawat orang sakit je.. So petang tu sampai je Hospital, pergi kaunter dia,tunjuk surat dari KK terus dia suruh pergi ke wad bersalin okehhhh... Mak is takut... Sampai kat wad bersalin, nurse bertugas tu tengok buku merah dan surat dari KK.. Pastu terus buat interview itu ini, timbang berat, check air kencing. Eh macam check up biasa kat KK plak kan?? Pastu dia panggil my husband suruh isi borang, katanya kena tahan wad, nak tunggu Dr check. Wahhhh... tak bersedia fizikal dan mental punn lagi. Husband dengan excitednye isi borang, pastu pergi ambil beg hospital yang memang dah ready kat kereta..
Pastu kena buat CTG pulak. Pastu Dr scan pulak.. Dia kata tak banyak sangat pulak air ketuban. So aku dah gembira sikit la, ingat boleh balik. Tapi Dr sambung pulak ayat.. "Tak pe, kita tunggu Dr Sakit Puan periksa awak pulak esok ye." Dan aku pun diberi uniform wad warna pink yang comel tu dan dibawa masuk ke wad. Siap tukar baju je tengok-tengok husband dah siap tapaukan KFC Okeh... Wah bersedia sangat dia bila aku masuk wad kan....
Hari Kedua ~ 30 Mac 2013
Aku bajet lepas Dr pakar check hari kedua tu dah boleh la keluar hospital. Pagi-pagi tu husband call sebelum nak datang hospital dia anya nak bawak apa-apa tak? ada lagi tak barang tak cukup? Nak abang beli selipar tak? Pasal malam tadi dia ketawa tak hingat okeh bila tengok bini dia pakai baju wad tu dengan kasut cantik. I is marah okeh.... Ape ni, ape ni.. Datang je la sini terus, kan nak ambil biniknye ni bawak balik rumah... Biar la pakai kasut cantik ni kat wad, dah nak balik dah hari ni lepas Dr check nanti.. Confident je cakap...


Kasut Chanteq itu
Pagi tu Dr pun datang check.. Dr ni kata ye air ketuban memang banyak pulak.. So dia decide nak buat test kencing manis esoknya sebab tu maybe punca air ketuban banyak... JADI TIDAK BOLEH BALIK!!! Malam kena puasa start 12 tengah malam. Call husband cakap tak boleh balik, beliau kata padan mukaaaaaaaa... Rasakan duduk wad, selalu degil suka sangat makan cokelat, air manis...
Hari Ketiga ~ 31 Mac 2013
Subuh hari dalam pukul 6 pagi nurse datang ambil darah.. Bacaan 4.5 macam tu. pastu kena minum air gula. Mak hai, berbau air gula hospital ni.. Taka tahan den. Dulu masa minum kat KK tak de la bau. Tak tau kenapa kali berbau pulak. memang nak muntah gila masa tu.. Tak tahan sangat. Lepas tu dalam pukul 8 nurse datang lgi ambil lagi darah. aku harap masa tu result okeh la supaya boleh balik rumah..Yiiihuuu...
Tengahari bila nurse datang check lagi, aku pun excited la tanya result.. Nurse cakap bacaan lepas minum air gula 8.6. Tinggi sangat katanya. Habis tu tak boleh balik ke??????? Yeeee... tunggu Dr cakap apa dulu ye... Nurse tanya makan apa semalam sampai tinggi sangat bacaan? Aku cakap makan macam biasa, cuma husband bawak buah mangga yang masak ranum sedap gila babas beberapa biji... Huh terkejut nurse, dia kata buah mangga manis sangt, tak boleh makan banyak. Terus rasa nak tumbuk husband sebb ia yang suruh makan buah bnyak, bagus untuk kesihatan katenyeeeeee...huwaaaaaaaaaa... Maka tak boleh jugak la balik hari ketiga tu...
ORang yang bertanggungjawab membawa pelam manis yang enak itu. Bersenang lenang dia di situ ketika istrinya merengek nak balik rumah.
Dr datang, dia kata dia nak buat BSP test pulak nanti 3 hb. So boleh sy balik Dr? Tak boleh... Nanti sy bincang dengan Dr pakar dulu ye. tunggu awak Dan baby betul2 sihat baru boleh.
Hari Keempat ~ 1 April 2013
Pagi pagi dah kena ambil darah. lengan mak dah mula lebam.. adoi mak sakitnye.. Dalam pukul 9 Dr semalam darang bersama sorang Dr pakar. Dia tengok rekod aku, then kata nak scan lagi petang ni.. okkkkkkkkkk.. Semua Dr pun nak scan perut muncit ku ini.. Petang plak tu, memang tak balik laa aku hari tu kan... call husband dengan sebaknye... Tak de mood dah mase tu.. duk baring je kat katil bermalas malasan sambil baca majalah, tengok movie... Ok kuota internet habis di hari kelima kat wad sebab siang malam layan movie.. Lain kali hospital sediakan la wifi, mesti saya gembira duduk wad lama-lama =)
Kasut Chanteq telah digantikan dengan selipar baru pilihan husband sebab I adalah tidak dibenarkan keluar kan....
Hari Keempat ~ 1 April 2013
Pagi pagi dah kena ambil darah. lengan mak dah mula lebam.. adoi mak sakitnye.. Dalam pukul 9 Dr semalam darang bersama sorang Dr pakar. Dia tengok rekod aku, then kata nak scan lagi petang ni.. okkkkkkkkkk.. Semua Dr pun nak scan perut muncit ku ini.. Petang plak tu, memang tak balik laa aku hari tu kan... call husband dengan sebaknye... Tak de mood dah mase tu.. duk baring je kat katil bermalas malasan sambil baca majalah, tengok movie... Ok kuota internet habis di hari kelima kat wad sebab siang malam layan movie.. Lain kali hospital sediakan la wifi, mesti saya gembira duduk wad lama-lama =)
Tengahari husband datang mmg tak tertahan dah, menangis jua...Tapi sembunyi2 di sebalik bantal.. Husband pujuk, ajak jalan2 sekitar wad, pergi wad kanak2, tengok new born baby untUK sedapkan hati... Petang tu Nurse bawak turun labour room untk scan dengan Dr pakar. ok bacaan air ketuban naik lagi, tapi baby ok, tak ada masalah insyaAllah Dr cakp.. Alhamdullilah.. bajet esok boleh balik la ni..
Hari Kelima ~ 2 April 2013
Lama kan? hari Kelima dah.. nurse pun dah kenal. Aku pun dah bosan tahap gaban berapa hari tak pijak tanah. Lemah longlai je rasa. Macam biasa, Dr datang check pepagi. Dr pakar semalam Dan Dr pompuan yg nak buay Bsp tu. Aku dengan excited la Tanya boleh balik hari ni Dr?? terus Dr pompuan tu cakap tak boleh, sy plan nak buat Bsp Kat awak esok.. so kalau result ok lusa boleh balik.
Terus Dr pakar tu menyampuk. Why tak buat hari ni jugak? So dapat result esok boleh balik dah.. Ye Saya setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...huhu.. Maka start pagi tu akucontrol gila makan supaya dapat result BSP yang elok dan boleh balik. Tangan ni lebam lebam dah kena ambil darah banyak-banyak kali. Dari subuh sampai tengah malam. Tak rasa sakit dah. Rasa bosan mengatasi segalanya...huu..
Hari tu jugak aku berjalan -jalan sambil snap snap gambar sekitar wad bersalin Hospital Kuala lipis ni... Ye la, dah confident sangat last day kan... So ambil la gambar nak buat kenang kenangan.
Bilik saya.. Masa ni akak sebelah katil dah dapat balik dah.. Lagi la syahdu shahdan aku tinggal sensorang kat bilik tu...
Hari Keenam ~ 3 April 2013
Macam biasa pagi-pagi Dr datang. Dan soalan biasa aku, sy boleh balik hari ni Dr?? Tunggu result BSP kejap lagi saya tengok. Sebb last ambil darah untuk BSP aku adalah subuh tadi. Aku dah kembali lemah longlai dah...Rasa macam tak da harap nje nak balik hari tu. Terus pergi mandi. Pastu masa tengah mandi tu, sorang nurse datang, jerit ngan excitednya.. Nor Aini, Nor Aini... Awak dah boleh balik tau hari ni!!! Haaaaa... Yes! Terus mandi sambil bernyanyi riang...huuuu...
Siap mandi, call husband, cakap dah boleh balik, suruh dia datang sekarang jugak walaupun tau prosedur nak keluar wad tu makan masa petang baru siap.. Excited nak balik punya pasal. Siap mandi kaki dah tak reti nak duduk diam. masih lagi berbaju wad warna pink tu, aku jalan-jalan depan kaunter nurse sambil sengih-sengih... 'Excited nak balik nampak???'. 'Eh awak tak boleh balik lagi hari ni, result BSP tak keluar lagi.. tak confirm boleh balik tau'.. Sorang-sorang mengusik I tau... saje nak wat I nangis lagi kan...huuuu..
At last, pukul 3 petang macam tu nurse panggil suruh husband setle kan bil kat unit hasil.. Maknanya aku boleh keluar dah la... Yip yip horeeeeeeeeeeeeeee! Tapi yang tak horeeeee nye, Dr dah bagi tarikh suruh masuk hospital semula 2 minggu lepas tu untuk bersalin secara induce jika aku tak bersalin lagi menjelang minggu ke 39 iaitu 16 April 2013...
Ok habis dah cerita 6 hari 5 malam kat hospital.... dekat seminggu kakak nak menghabiskan entri ni okeh....
Friday, April 5, 2013
37 Weeks 3 Hari
Besar tak perut mak hincik? Besar kan? Macam nak meletup kan? Sebenarnye banyak benda nak cerita ni, dari kes mula cuti, kena tahan wad sampai 6 hari.. Sekarang ni dah keluar wad dah, dah bercuti Kat rumah keluarga mertua ni, tengah tunggu hari je nak bersalin..
Berharap sangat supaya dapat bersalin sebelum 17 April ni walaupun due date adalag 24 April. Ni kes masuk wad punya pasal.. So doktor kata kalau tak bersalin Dan tak ada tanda nak bersalin sampai 16 hbsila menyerah diri ke hospital untuk bersalin secara induce pada 17 hb... detail story in next entry la ye...
Daaaa...
Friday, March 29, 2013
Last Day Kerja ~ Mari Kita Bungkus Dan Balik Kampung!
Kehkeh... Gambar snap pagi tadi depan pintu lif kat umah... Dari semalam dah siap packing-packing barang dan punggah masuk kereta. Ni trip terakhir yang aku angkut masa nak pergi office. Cian Pinky Bear kena ikat macam tu kan? Huhu...
Sebenarnya tak larat dah nak naik tangga 4 tingkat office tu. Serius opis tak ada lif okey. Nasib baik 4 tingkat. Kalau 8 tingkat macam rumah kitorang tak ade lif macam mana? Awal-awal dah beranak aku ni kottt.... huuu. Tapi sebab nak tunggu husband sampai, moh la kita ke office jugak dulu kemas-kemas, kosongkan atas meja dulu. Lepas ni lama dah cuti.
Masuk office, kemas apa-apa yang patut, pastu mula boring. Tak tau nak buat apa dah. Semua kerja dah hanover kat orang. En husband ni lama la pulak nak sampai. Tak sabar dah ni nak balik, nak pergi hospital.. Risau jugak ni dari hari isnin hari tu tangguh pergi hospital walaupun dah dapat surat dari Dr suruh ke hospital secepat mungkin...
Baiklah...KUALA LIPIS..... Saya dah ready.....!!!!!
Wednesday, March 27, 2013
36 Weeks ~ 9 Bulan Sudah
Alhamdullilah, dah masuk 9 bulan baby dalam perut ibu membesar. Kalau ikut orang kata ibu mengandung 9 bulan 10 hari, lagi 10 hari lah bersalin... Tapi kalau ikut due Dr maka ada lalgi beberapa minggu... Awal atau cepat aku harap aku dan baby sihat dan selamat... InsyAllah... Minggu ni last kerja, lepas ni akan bercuti lamaaaaaa... Sekarang ni kat ofis dalam fasa malas-malas... Semua kerja dah d handover kan kepada orang lain...
Isnin hari tu macam biasa pergi check up kat KKIA. Last check up di KL, lepas ni akan sambung check up kat kampung suami, Klinik Desa Sungai Koyan la jawabnya. Tapi check up kali ni benda tak di jangka berlaku. Berat aku naik mendadak 2.5 kg dalam masa 2 minggu. Dan bila Dr check dan buat detail scan, didapati air ketuban aku sangat banyak. Lama sangat Dr scan. Mula-mula ingat macam tak serius. Tapi Dr terus keluarkan surat rujukan supaya aku pergi Hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Oleh sebab aku kata hari tu last check up kat KL, maka aku kena pergi refer Hospital tempat nak bersalin terus untuk masalah ni. So Dr bagi surat untuk refer ke Hospital Kuala Lipis. Adoi ini serius. So aku tanya Dr, bahaya ke air ketuban banyak? Jawapan Dr sangat mendebarkan hatiku yang lembik ini. Air ketuban banyak mungkin sebab ibu ada kencing manis atau keabnormalan pada baby. Ya Allah... Aku harap pun punca dia biar la dari aku, bukan baby... =( Tiba-tiba rasa bersalah pada diri sendiri datang bertubi-tubi dan bertalu talu..
Keluar dari bilik Dr terus bagitau husband. Husband ajak balik Lipis hari tu jugak. Tapi kepala aku macam kat awang awangan masa tu. Tak tahu nak buat apa. Pasal memikirkan kerja yang banyak dan belum di handover kan lagi, dengan barang yang tak siap kemas lagi. Kalau balik Lipis hari tu, mesti la balik cuti terus kan? Tak kan la nak patah balik KL semula pastu balik Lipis semula hari sabtu? So aku ckp kt husband bagi aku masa beberapa hari lagi untuk setelkan kerja dan packing semua barang.. Ya Allah, rasa macam penting kan kerja dari anak.. Tapi... Entah lah... Rasa bersalah lagi...
Harap-harap semuanya ok. Hari ni semua kerja dan handover. Tinggal nak packing barang-barang aku untuk bawak balik Lipis. Mungkin esok atau lusa dah boleh suruh husband datang ambil dan terus pergi Hospital...
Harap baby kuat dan baik-baik saja dalam perut ibu.... Tak lama je lagi baby kita akan jumpa... we love u so much!!
Subscribe to:
Posts (Atom)









