Followers

Wednesday, November 29, 2017

Pengalaman Bersalin Anak Ketiga

Sambungan cerita nak bersalin anak ketiga sebelum ni...

Dalam pkul 12 tengahari kami gerak la ke Lipis untuk ke Hospital sebab sakit kontraction masih terasa. Tapi dalam perjalanan, sakit terus hilang. So konfius nak g hospital ke tak. Sampai je Lipis aku ajak makan secret recipe dulu. Tu je la yg ada. Nak mcd non hado kt lipis ni. Maka makan lah kegemaran aku Tom Yum Kung.  Lepas tu sempat lagi jalan2 Pasaraya, Kedai Diy, makan abc, goreng pisang, ais choclate... Hmmm..tp semua tu tak dpt mengubat pun kekecewaan aku tak dapat tunaikan hasrat terakhir sebelum bersalin tu. Tetap kecewa tak dpat jalan2 dan cari makan apa yg aku mengidam hari ni..
Kecewa
kecewa
kecewa

Tapi tak boleh nak tunjuk kekecewaan tu sangat. Tak nak jadi isteri derhaka menjelang hari nak bersalin kan.

Pukul 3.30ptang aku pun terus ke hospital dengan tak rasa sakit ape. Pkul 4 ptg masuk labour room sebab Doktor check dah buka 4 cm. Sakit masih tak rasa. Pkul 5.30 petang Dr check tetiba dah bukak 7cm. Mula la sakit. Ingt cepat bukak bukaan sampai 10cm. Rupa2nya sampai pukul 10 malam pun still 7cm. Hazab sangat sakit dia. Malas nak cerita detail.  Sakit sangat. Punya sakit tak tertahan tu, pukul 10 malam tu aku dah macam orang tak betul dah. Sakit sangat-sangat. Suruh husband panggil Dr, doktor macam biasa lah selagi tak bukak 10 cm tak nye layan la kasi beranak. Ntah aku dah sakit macam ape, rasa nak mati je masa tu, berzikir pun menjerit jerit. Last-last datang2 orang nurse yang baik hati sangat, Sorang nama maisarah, sorang lagi aku tak ingat nama nya tapi muka macam mai my best friend kat JB. Diaorg la yang tolong aku bersalin dari bukak 7cm tu, diorang suruh aku teran sikit2 bila contraction kuat datang sambil nurse Maisarah tu tlong bukakan bukaan kat bawah. Ya Allah lega sangat dapat meneran daripada terus tahan sakit tau tak. Akhirnya dengan bantuan 2 nurse ni, terus la buka 10 cm dan diorang suruh teran sepenuh hati, lama2. Banyak kali teran, tak ingat la berapa kali, akhirnya keluarlah baby Girl seberat 3.55kg. Kus semangat, patutlah rasa payah sangat nak teran keluar, baby besar.

Keluar je baby, hilang la sakit, lega sangat.  Lepas baby dah nangis, nurse bawak keluar untuk dibersihkan. Aku jena jahit sikit sebab baby besar. Jahit kali ni rasa sangat weh sebab jahit bahagian kulit. Gasak aku sedut gas sebab nak bagi tak rasa sakit dan nak rehat. Lalok la aku lepas bersalin tu sampai pukul 12 tengah malam. Lepas tu nurse yang sama kejut aku, untuk tukar katil masuk ke Wad. Aku tak berenti lah cakap terima kasih kat Nurse Maisarah tu, memang terhutang nyawa sangat rasa dengan dia. Ye la, masa aku sakit sangat2 tu, Doktor cuma cakp sabar, sabar macam tu la nak bersalin memang sakit macam tu. Sabar ayah dia! Mungkin sebab dia dah lali tengok ibu sakit nak beranak kot. Sakit gila ok. Nurse ni je yang ada perasaan simpati lebih dan tolong aku cepatkan bukaan dan sampai bersalin. Masa dia tolak aku ke wad tu, aku doa dalam hati, semoga Allah permudahkan semua urusan dia, semoga Rezeki dia semakin murah dan dapat semua yang dihajati.


Husband. Alhamdullilah bersalin anak ketiga ni dia ada dalam labour room sepanjang aku sakit 7cm tu sampai bersalin walaupun ada berapa kali keluar sembahyang Maghrib dan isyak. Eh macam macam alasan dia nak keluar juga masa last2 tu, nak berak la, Ayah cik datang la. Tapi aku tak bagi, Aku sakit gila kot, rasa nak mati je masa tu. Serius. First time dia ada dalam labour room sampai baby keluar.. Sampai aku masuk wad, lepas tolong aku bersihkan diri semua, suap bubur mama masak, aku dah baring atas katil baru dia balik.

Semalaman je kat wad, esok petang dah boleh keluar dah. Alhamdullilah. Semuanya mudah, cuma masa kat labour room tu la skait yang tak akan aku lupakan.

Cukup la 3. Ni anak bungsu saya. Tak sanggup kot ingat balik sakit dia macam mana.

Plus.. Masih kecewa hasrat sebelum bersalin tak tertunai..

So jadi serik untuk bersalin lagi buat masa ni.

Sekian, begitulah cerita pengalaman bersalin saya untuk anak ketiga ini. Penuh emosi ya.

Friday, November 24, 2017

Alhamdullilah Selamat Bersalin Anak ketiga

Alhamdullilah aku selamat melahirkan anak no 3 pada hari Jumaat, 17/11/11 tepat jam 11 malam. Hari ni genaplah seminggu berpantang. Sesungguhnya proses mengandung dan bersalin anak ke 3 ni sangatlah mencabar..huhu. Pengalaman bersalin yang berbeza beza untuk setiap anak.

Malam 15 hb tu, RABU. Hati aku sedih lagi, sebab dah 2 kali khamis aku tunggu suami bawak aku keluar jalan jalan cari makan apa yang aku teringin nak makan sebelum bersalin. Tapi dah 2 minggu tak terlaksana. Ada je halnya yg tak dapat dielakkan. Malam tu atas sejadah lepas solat, dengan emosi yg stabil aku whatapps suami, minta dia ambil cuti Rabu. Sebab aku rasa macam aku akan bersalin minggu ni juga, takut tak sempat nak tunggu khamis seterusnya.  Tapi dia cakap x pe, Jumaat ni dia cuti, dan kita akan keluar Jumaat nanti. So ok, aku pun happy sikit dan tak sabar sangat nak tunggu Jumaat.  Siap listkan apa yg nak buat , nak kemana, nak makan apa jumaat nanti.

1. Nak makan mcdonal kt genting sempah
2. Nak naik GPO jalan jalan
3. Nak Makan stimboat malamnya.

Pagi KHAMIS 16 hb. Mood aku ok dah. Sebab hati girang nak tunggu esoknya Jumaat boleh jalan jalan cari makan apa yang di idam. Suami pagi2 dah keluar bawa abah ke Temerloh. Petang baru balik.  Aku banyak tido je hari tu sebab tak sabar nak tunggu jumaat..huhu. 

Malam aku excited la tidur awal, x main hp dah. Tak sabar nak tunggu esok kononnya. Tengah malam, perut dah semacam je rasa. Sakit sakit. Mula mula buat tak tau je la, sakit perut biasa kot. Tapi sakit duk berulang je. Sekejap datang kejap hilang. Aish.. kacau. Mmg confirm la contraction. Tapi tak la terlalu sakit, msih boleh tahan. So tahan je la sakit tu sambil tido. Dalam hati dah risau, sempat ke tak nak jalan2 ni esok. Sempat tak nak mkn aiskrim mcd? Dapat tak naik GPO esok ni?

Pagi, JUMAAT 17 hb. Bangun subuh pergi bilik air nak membuang kononnya sebab sakit mcm nak berak kan. Terkejut dah keluar darah dan lendir! SEDIH. Confirm dah nak bersalin. Confirm tak dapat jalan jalan jauh. Confirm hasrat terakhir sebelum bersalin tak kan tercapai. Duduk tepi katil, tengok suami yang masih tido. Rasa nak nangis. Bukan sbb sakit, tapi sedih. Terus kejut dia, cakap bangunlah syg nak bersalin dah hari ni, dah sakit dah keluar tanda..

Terus la dia bangun dgn muka cuaknya..
"Tak yah la kalut sgt, belum sakit beria lagi ni abg, cuma dh keluar tanda dan contraction dari malam td.. " lemah je aku cakap. Menahan sakit dalam kesedihan dan kekecewaan.

Aku suruh dia siapkan Intan pergi sekolah. Adam pula hantar pada mama...

Semantara tu aku siap2 beg nak ke hospital. Sambil layam contraction depan tv. Tak tau nak pergi terus hospital atau nak tunggu sakit kuat lagi. Suami suruh siap terus sebab hospital bukan dekat ya, 40 km. Ni anak ketiga, takut je beranak dlam kereta.

Suami balik dari hantr Intan sekolah siap belikan aku aiskrim cornetto sampai 2 bijik. Rasa bersalah la tu.. i tak makan pon. i nak aiskrim mcd ok. Lipis tak ada mcd je tuan2 dan puan2. Sebab tu la aku beria tunggu Jumaat ni untuk dia bawa aku jalan jauh sikit cari apa yang aku teringin.

Tapi malangnya tak sempat. Memang aku beranak hari Jumaat ni juga...

Sedih tak??

Cerita ke hospital dan bersalin nanti sambung lain ya..

Monday, November 13, 2017

Menunggu Hari

Mengandung anak ketiga ni aku rasa sangat mencabar. Entah berapa banyak dosa aku sepanjang mengandung ni. Entah berapa kali tewas dengan emosi sendiri. Kalau la ditakdirkan Allah tarik nyawa aku masa bersalin..

Aku minta maaf kepada semua..

Suami...
Anak-anak ibu, Intan, Adam & adik baby..
Mak Ayah ..
Adik beradik..
Mama Abah..
Saudara Mara
& Kawan-kawan..

Atas semua salah silap, dosa yang pernah aku buat..

Aku pun tak minta perasaan macam ni, yang selalu tewas dengan emosi... Lagi-lagi di akhir kehamilan kali ni. Yang aku rasa cukup berat ujian Allah pada perasaan aku.

Maaf.  Semoga semuanya kembali normal setelah melahirkan..


Saturday, November 11, 2017

Sensitif Yang Tiada Penghujung

Sorry la kepada pembaca blog. Di akhir2 mengandung ni post adalah berunsur sedih dan pilu saja. Tak tahu la kenapa hati sensitif sangat sangat sejak awal mengandung sampai dah nak beranak.  Hari ni pun air mata macam hujan lebat. Tak berhenti.  Cuba tenangkan diri, mencari 'me time' untuk diri sendiri. Tapi sepanjang perjalanan drive kereta air mata tak nak berenti..

Sakit sangat rasa hati. RINDU kat family jb satu hal. 3 bulan tak balik, antara penyebab sensitifnya hati..

Mengharap orang mengerti.. Tapi orang buat tak reti... Sudahnya terus makan hati..

Sampai tahap tadi rasa nak check in hospital terus nak beranak hari ni juga. Kesian kat baby dalam perut merasa sekali ibu dia punya stress dan sedih menangis tak sudah.

Mengandung kali ni emosi aku sangat tak stabil. Orang rasa benda tu small matter, x ada masalah, tp bg aku benda besar yang sampai buat mata aku bengkak menangis.. Serius.. nangis sampai sakit kepala.  Tolong lah fahami aku.. Tolonglah kasihani aku
. Tolonglah faham sensitif aku.. Tolong lah jangan buat aku menangis..

Tolong...


Friday, November 10, 2017

38 Minggu

Hari ni hari kecewa. Dari awal minggu dah berangan nak ajak suami jalan jalan cari makan puas2 sebelum bersalin. Excited sangat plan sendiri. Konon nak ajak ke Genting Sempah makan sundea coklat. Pastu nak baik GPO jalan jalan cuci mata. Balik nak singgah makan stimbot Qhalish. Macam2 plan sebab tahu mungkin ni minggu minggu last dapat makan mcam macam sebelum pantang. Tak nak kempunan kononnya.  So dari semalm dia cuti, pagi2 lagi dah ajak dia jom jalan. Tp dia hari tu nak duduk rumah ke mengemas, esok la kate dia. 

Tp hari ni lain jadi nya. Dia ke KL. Tak bincang dgn aku dlu pun. Sendiri buat keputusan. Kecewanya rasa. Tak tau nak ckap macam mana. Benda kau teringin buat, punya lama excited tunggu hari cuti dia, last last kecewa yg dapat. Dudukje la kat rumah smpai bersalin. Lupakan je la apa2 yang teringin. Stop berangan, x yah pikir ape2. Nanti kecewa n kempunan lagi. Kuatkn hati walau puas jugak menangis dalam bilik air tadi.Hati perempuan mengandung, maaf mmg tak boleh di bendung. 

Kalau la aku kat JB.. 
Hurmmm..





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails