Followers

Friday, April 28, 2017

Today Im Sad



Pernah tak kau rasa sedih teramat. Tapi kau tak tau sebab utama sedih kau tu. Fikiran kau kecamuk. Banyak benda yang buat kau sedih. Berjauhan dengan keluarga, rasa terasing kat tempat orang, tak ada kawan, kehidupan sekeliling yang kurang menggembirakan kadang-kadang. Dan tak siapa peduli hati kau walau banyak kali kau luahkan.

Lalu kau buka blog dan luah terus dalam blog. Dengan harapan, semua beban rasa dan kesedihan terluah dan padam dari hati..





Tuesday, April 25, 2017

Ibu Minta Maaf

Zaman dah jadi mak mak ni mencabar sungguh. sabar tu kadang setipis kulit bawang. lagi-lagi bila stress dengan penat. Pulak dah jadi suri rumah, tinggal jauh dari family, dari kawan-kawan kerana ikut suami. Dunia kau kat dalam rumah je dengan anak-anak. Hari ni memang aku stress sangat. Ntah la, rasa macam lonely sangat. Husband cuti tapi ke KL dengan kawan dia untuk repair kereta. Tinggal aku 3 beranak kat rumah. Nak ikut, konon sementara dia buat kereta, boleh la drops aku kat shopping Mall, boleh la aku cuci cuci mata, jalan-jalan window shopping ke kan. Seriusly, bosan aku dah tahap tertinggi dan perlukan kegembiraan untuk releasekan stress. Dan kalau kau kenal aku, memang tahu, aku boleh habiskan masa 4-5 jam pusing dalam mall untuk relase stress, yang mana aku tak dapat buat kat Kuala Lipis ni.

Tapi nak buat macam mana, mereput je la kat rumah, tak dapat ikut. So nak buat kerja apa pun macam tak ade mood dah. Siap masak bubur ayam untuk makan tengahhari dan suap budak berdua ni makan, aku ajak la diorang tidur dengan harapan boleh lah lupakan stress aku hari ni kan. So  berjaya tidurkan Adam dan aku pun lelap la sejam. Intan tak tidur boleh pulak bukak ipad sekuat tidak, maka bangunlah si Adam yang baru jap je tidur men joinkan diri. Aku tak larat nak bangun, biar je la dua beradik ni main, kejap main kejap gaduh, kejap jerit. Urut dada je la aku atas katil. Bila bangun, aku tengok diaorang tengah main barang-barang kerja aku. Bersepah, hilang itu ini.   Aku dah macam kena rasuk setan terus la amukkan kat situ. Kene marah kaw kaw la diorang. Aku marah sampai aku menangis tahu?? Menangis sebab rasa teruknya aku jadi mak tak boleh tahan sabar, campur lagi dengan perasaan stress. Menangis depan anak-anak ni. Sampai Intan pujuk Adam ajak main kat luar bilik. Ya Allah. teruknya aku jadi mak.. memang aku menangis macam budak kecik kat dalam bilik tu. Menangis sambil kemas bilik. Aku penat emosi, penat fizikal sebenarnya.


Upah lepas kena marah

Puas menagis, mandi sejukkan hati terus rasa bersalah berbakul bakul datang. Kesian anak-anak ibu kene marah pasal ibu stress. Tapi Alhamdullilah aku masih boleh control tak naik tangan. So petang tu terus rasa nak tebus rasa bersalah, bawak diorang keluar makan satay kegemaran diorang. Bagi Intan order apa dia nak makan. Dia nak satay, nasi impit ngan milo ais. Adik ikut je kakak makan apa. 10 cucuk, diorg makan habis. Lepas makan, bawak pergi mart petronas. Aku kasi diorang pilih apa je yang diorang nak beli. Mahal pun ibu tak kisah. Beli aiskrim, beli mainan. Alhamdullilah sejuk hati tengok muka masing-masing happy. Mart petronas je la mampu   pergi. Nak ke pasaraya, jauh pulak 40Km dari sini.

Intan, Adam, ibu minta maaf.
Ibu minta maaf sebab tak sekuat dan sesabar ibu hebat yang lain.
Ibu sayang korang berdua.
=(


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails