Followers

Friday, April 19, 2019

Friday, April 12, 2019

Myvi Ku Cedera Lagi

Kejadian terjadi masa nak hantar Adam ke sekolah tadi. Jalan kampung, sempit. Nak elak kereta laju arah bertentangan, tayar kereta aku bergesel dengan tunggul kayu besar betul-betul kat bahu jalan. Tunggul tu memang betul-betul kat hujung tar, jadi bila kau elak sikit je ke tepi terus tayar kereta bergeser sampai terkopek sikit tepi tunggul kayu tua tu, pastu sepihan dia masuk bergulung gulung kene telan dengan tayar sampai tayar pecah dan bawah tu bengkok. 

Hari yang malang.  Tapi aku hadap dengan redha.  Sebab hari ni kita buat Birthday Party Intan, jadi emosi kene kontrol. 


6 tahun lepas. Sebelum intan ada. Sebelum aku kahwin. Ye masa aku anak dara, duduk dengan mak ayah lagi kat JB, aku pernah 2 kali excident. Satu org sondol kereta aku, satu lagi aku yang rempuh pintu van.  Tindakan pertama aku bila excident tu terus call abang aku. Sebab aku tak nak Ayah aku risau. Tapi abang aku tetap akan bagitau ayah jugak lah penyudahnya sebelum dia datang tolong aku. Masa tu ayah akan call aku terus.

"Excident kat mana?"
"Kau ok tak? "
"Teruk tak tu"

Dan aku akan jawab sepatah dua je sebab suara aku confirm terketar ketar sebab ketakutan lepas excident plus terharu sedih Ayah risau sangat pasal aku. 

Dia tanya aku dulu. Tanya keadaan aku dulu ok ke tak. Baru dia akan tanya macam mana boleh excident dan keadaan kereta.  Tak marah pun walaupun baru sebulan kereta tu aku beli. 

Kau faham tak tu? 

Diri aku lagi penting bagi dia daripada kereta tu. 

Betapa aku rindu jadi anak di bawah jagaan mak ayah. 

Saturday, April 6, 2019

Dah lama nak buat posting pasal ni. Aku dan anak-anak. Sebagai kenangan dan juga ingatan. Sebab aku pun sendiri selalu lupa Umur, tahun masa aku melahirkan 3 orang anak ni.  Alhamdullilah Allah kurniakan aku 3 orang anak yang sihat sempurna fizikal mental. Aku je kot sebagai ibu yang tak sempurna sebab selalu kurang sabar dalam melayan dan membesarkan mereka. Payah nak melawan perasaan marah bila anak-anak buat perangai yang sememangnya perangai seorang budak - budak.  Sebagai seorang ibu yang baik sepatutnya kena lebih sabar dan bertenang kan? InsyaAllah perlahan-lahan kita cuba. 


Anak pertama pada tahun 2013, masa umur 26 Tahun 

Intan Darina. Masa mengandung dia aku still kerja kat KL. Lepas 3 bulan cuti bersalin, aku terus hantar notis 3 bulan berhenti kerja. Maka umur dia 6 bulan, Officially aku dah jadi suri rumah tangga. Jadi dia dapat perhatian lebih. Tapi dapat bermanja kejap je, tak smapi umur 2 tahun, aku pregnant lagi. Sejak pregnant ke2, aku mcm emosi terlebih, selalu Intan kena marah. Ya Allah kesiannya bila ingat balik. Aku marah kt org lain, tapi Intan jadi mangsa. Sedih bila ingat balik.



Anak kedua pada tahun 2015, masa umur 28 Tahun

Satu-satunya anak lelaki. Masa pregnantkan dia, Intan start la kena marah dengan aku selalu. Sebab aku selalu stress. Masa tu still duduk rumah FIL. Kesian intan masa tu. Sejak pregnant dan bersalin Adam ni, muka aku breakout teruk. Teruk dalam sejarah. Ambil masa nak pulih. Punca dari hormon aku rasa.

Bersalinkan Adam paling cepat dan mudah. Alhamdullilah, anak kedua ni pun penyejuk hati sangat, tak banyak kerenah, still manja sampai sekarang. Ye, sampai dia nak masuk tadika pun aku berat hati.  Nak dia sentiasa kat rumah je dengan aku.  


Anak ketiga pada tahun 2017, masa umur 30 tahun.

The latest one. Aisyah Medina. Masa pregnant dia, aku depression kot. Kuat sgt emosi aku, Memang tiap kali pregnant emosi aku sangat la sensitif. Sampai terbawa masa pantang. Terpaling emosi aku rasa masa mengandungkan ank ke 3 ni. Mula-mula risau juga jadi apa apa kat dia dalam perut sebab aku memang asyik menangis yang truk gila, gila melayan perasaan. Semua benda aku ambil serius dan sensisitf.  Sampai intan dan Adam bergaduh, menangis pun aku tak boleh tahan.

Lepas dia lahir, slowly aku cuba kawal emosi. Jadi lebih sabar sikit. Tak nak ambil serius sangat semua benda. Sakit tau tekanan perasaan tu. Nak jadi normal macam orang biasa yang tinggi sabar walaupun hakikatnya tak mudah.


-----------------------------------------------------------------------


Baiklah anak dah 3. Sekarang masa untuk bertenang,  Stop buat seketika or maybe selamanya untuk beranak lagi. Untuk ketenangan hidup dan  bagi masa untuk ibu korang menjadi manusia yang lebih bersabar.

InsyaAllah..

Wednesday, April 3, 2019

Deko Rumah Lagi

Dalam kepala macam macam nak cantikkan rumah. Tapi kene ikut bajet yang anda. Bahet yang ada un kedekut kedekut nak kelaur. Sayang duit la pastinya. Tapi lately kebosanan sis kat rumah tak dapat dibendung lagi, jadi sis kena buat sesuatu untuk mengembirakan hati sis di rumah.  So tahun ni bermulah sikit-sikit sis tukar dan beli apa yang sis suka untuk rumah. Malas nak berkira sangat dah. Tak pe la, duti habis kita cari lagi, yang penting hati biar gembira lebih sikit. 


Sis start dengan tukar langsir lama kepada langsir baru. TUkar rel langsir baru sebab nak pakai langsir jenis eyelet pulak kasi nampak moden kononnya. Warna langsir pulak berpinar mata nak pilih kat nagoya hari tu. Last last sisi pilih ikut warna sofa je la. Ok puas hati dah siap. Tempah kat mak sis saje ha. Cantik elok terletak mengikut ukuran. 


Second, sis labur lagi duit beli coffea table dan drawer matching matching ni. Suka sangat design dan warnanya. Nampaknya untuk ruang tamu sis akan tukar konsep perabot yang dulu putih kepada warna Oak macam ni. Next nanti nak ambil Rak kasut dan Wall Tv Cabinet dengan warna yang sama juga. InsyaAllah kita kumpul duit lagi. 


 

Paling sis tak percaya, sangup laburkan duit beli bunga orked harga ratus ratus ni..haha. Selalu bukan main kedekut bunga RM18 pun rasa mahal. Tapi sebab dah suka dan nak puaskan dan gembirakan hati yang kebosanan, sis layan kan juga keinginan sis. Puas hati dapat tatap dia tiap hari.  Oh ya, dan yang paling lama sis idam iaitu Wing Chair ni. Lama dah idam, sejak 2 tahun lepas lagi. Alhamdullilah dapat beli juga tahun ni. Cari kat Lipis je. Mula nak ambil Wing Chair Ikea tu, taki hati sis meronta ronta tak sabar, nak cepat, so bila nampak kat kedai Lipis hari tu, terus that daya jugak beli dan mereka hantar. 



So inilah ruang tamu baru kami. Nampak tak kena kan Wall Tv Cabinet tu? Tak masuk warna dah. Memang nak kena cari lain.  Sis berkenan sangat dengan design dan harga Megatech Cabinet. Tapi sayang, diorg tak buat penghantaran Ke Lipis. Nak beli kena angkut Lori sendiri. Hurmm.. Punyalah paayah kan?


Ok tu je la update kita kali ni. Sebagai kenang kenangan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails