Alhamdullilah dapat jugak jejak ke Hello Kitty TOwn ni. Hikhik. Aku ni memang penggemar Hello kitty dari zaman sekolah menengah uolls.. Lepas turunkan pulak minat tu kat Intan. Last week balik Jb, Papa Intan dengan baik hatinya offer nak bawa ke Hello Kitty ni. Intan ngan apa lagi, terus la Yihuuuuuuu! Bayaran masuk ke Hello kitty town agak mahal la bagi aku hukhuk. Tapi sebab orang offer pergi, kita pergi la.. Hehe. BUkan senang orang tu nak ajak tau. Biasa sampai gaduh aku nak ajak jalan2..haha.
So jom kita tengok cerita bergambar masa kitorang ke Hello Kitty town tu. Oh ya, kitorang ambil pakej Hello Kitty Town sekali dengan All Park Pass. Rasanya berbaloi ambil Pakej All Park Pass ni sebabnya All park pass tu ada banyak game yang boleh anak-anak main. Anak-anak pun enjoy sangat. Ada Thomas and friend, Bob the builder dan macam-macam lagi la. Jom tengok cerita bergambar
Harga Tiket masuk Ke Sanrio Hello Kitty Town dan Pakej All Park Pass.
Muka budak excited depan pintu masuk hello kitty town.
Ada show Hello Kitty. Suka gila Intan Masa ni Adam pon suke. Mak iNtan laaaagi la suke.. mihmihmih =)
Tengok muka mak budak yang engah kesukaan dapat salam the real Hello kitty.
Ruma hello kitty. Kat dalam ni apa je semua barang bertemakan hello kitty. Dari kerusi, lampu, meja, alatan dapur semua Hello Kitty Pink Putih Purple uolls.
Ruang piano
Dapur Hello kitty
Kiut miut je barang-barang dai. Nasib bak melekat siap-siap kat situ, kalau tak, nak jugak bawak balik buat buah tangan.
Dapur idaman gitu
Lepas tu kita perg kat aktiviti decorate biskut. Kebetulan dah pkul 3, kitorang pun tak lunch lagi, bila dapat bikut je, terus Adam ngap masuk mulut tanpa toleh kiri kanan pon. Wau sedap! Aku, intan dan papa dia gigih mendeco biskut comel itu. Biskut boleh makan, boleh bawak balik. Sambil deko sambil makan choc chip..haha
Playground lautan bola.
Barney and friend =)
setle explore hello kitty town, kita pergi kat thomas and friends pulak. Masa tu pun tengah ada show. Tapi tak banyak la snap gambar. Kat sini banyak Indoor game. Anak-anak suka sangat nih. Adam paling suka naik bas yang pusing ke atas tu. Haaa tolong gambar tak banyak .Jadi tak leh nak tujuk. 2 kali ok dia naik bas tu. seronok sangat la tu.
Kakak intan tak tak takut langsung main game ni. tinggi jugak la untuk paras budak-budak kan. Aku pernah naik yang real punya kat Genting dulu. Gila tinggi. Bila dah sampai atas, dia trun ke bawah laju macam tnak terhempas tu, tak jejak bontot aku kat kerusi tu. Seronok. tu..nampaknya mewarisi kebaranian ibu dia ni. Papa dia belum tentu beranai nak naikk benda macam tu..haha.
Game kicir angin. Comel je bapa bapa teman anak main. Intan tu diva sangat, request nak duduk sorang. Ingat aku percaya? Kang tak pasal dah sampai atas ida pergi berdiri macam mana Sakit jantung mak ko.
Pastu ada aktiviti pakai baju maskot ni. Tapi sayangnya aku lupa nak ambil gambar yang siap print di edit comelcomel tu. kalau tak boleh bawak balik sebagai kenangan kan. cis sungguh
Haaa aktiviti ni, menguji kesabaran. Intan buat kejap je. last2 aku ngan papa dia yang setelkan. Dah siap, orang tu ironkan pastu boleh bawak balik.. seronok.
Gitu la.. Banyak agi aktiviti sebenarnya. Dengan tak makan tengahari lagi, dari pkul 2 - 6 petang dalam tu. Tapi enjoy la dalam tu untuk anak-anak. Puas hati dah pernah pergi. Next nanti boleh bawak intan main Indoorg kat genting pulak. Indor genting tak la semahal Hello Kitty Town ni aku rasa. Hehe..