Followers

Friday, May 29, 2020

Ibu Anak 3

Saja sis nak throwback gambar gambar sis masa 2019.  Dulu zaman anak dara setiap post ada gambar sendiri. Sekarang asyik lah gambar anak sesaje, jadi sekali sekala tak salah kot nak perasan up gambar sendirik pulak. Haha. 


2019, anak masih 3 orang dan harap beberapa tahun lagi pun still 3 orang. No more pertambahan please. Sis nak relaks je beberapa tahun ni. 



Selfie sekali. 


Selfie 2 kali 


Selfie 3 kali. 


Ok bai. 


Graduasi Pra Sekolah Intan & Lawatan Petrosains Adam

Dua event ni berlaku hujung tahun 2019 sebelum cuti sekolah panjang hujung tahun tu. 


Graduasi prasekolah Intan. Papa dia melampau siap belikan fresh flower  ngan cokelat mahal-mahal kat intan. Adoi, anak baru tamat pra sekolah kot. Aku rasa time Convocation universiti nanti dia bagi sebjik umah kot kat anak dia. 


Best friend Intan kat Sekolah Kasih & Fatih. 


Cikgu pra sekolah intan, 




Adam and the geng. Seronoknya tak terkata. Rombongan ni anak anak tadika tak ramai pun, tapi ibu ibu dan adik beradik budak tabika yang tambah memeriahkan. 



The cousin. Sepupu dua orang ni, Paling ligat la dalam kelas Cikgu kata. 


Balik petrosains kita singgah Macdonals Genting sempah. 


Happy!


Zoo Johor Bawa Anak-Anak

First time bawak anak ke Zoo Johor last year. Ye ini cerita last year. Sebab tahun 2020 ni kita tak boleh ke mana-mana akibat Covid 19 tu, maka ayuh rajinkan diri up cerita cerita tahun lepas yang tak sempat di upload lagi tu.. Dengan harapan bila anak0anak dah besar nanti diorang bca blog ni tengok betapa rajinnya mak ko yang macam singa ni bercerita kat blog pasal korang. 


Bawak aisyah yang dah pandai jalan ni seronok la, tak delah letih nak kendong dia saje. Pulak tu dia jenis nak duduk dalam stroller, maka seronok la kala nak bawa jalan tempat macam ni kan. 


Posing kat depan pintu masuk Zoo je dekat 20 keping gambar. Pasal tunggu bapak eh cari prking tak dapat-dapat. Zoo Johor ni best ye, dah la bayara masuk murah nak arwah, RM3 je tak silap. Pastu semua jenis binatang ada. Dari sekecik kecik sampai ke besau gajah, Zirafah dan sebagainya. 


Gajah. In Gajah! Haha.. Aku frust la tak dapat jumpa kura kura besar yang dah tua tu. Masa aku kecik dulu ayah bawak ke Zoo ni dapat tengok, sekarang dah tak da. Aku cerita kat Mak lepas balik Zoo tu, mak kata maybe dah arwah kot Kura kura gergasi tu. Umur pun dah berpuluh tahun masa aku kecik dulu tu. 


Eh Zirafah pun nampak dalam gambar je, tak nampak yang betul. Mengah nak naik tanggan cari.  Jumpa rimau, singa , orang huta, unta, monyet, buaya, rusa, kancil, seladang dan macam macam lagi. Tapi tak ambil gambar pun. Pergi time tengahari, binatang tu pun sedap tido petang. 


Intan ni nak pegang Kaka tua ni tapu tu la, muka ketakutan sangat. 

Huhu. Tu je la cerita pasal Zoo Johor. Nanti bila PKP dah habis, dan covid 19 dan lesap, kita balik la jb lagi, boleh jalan jalan pergi Zoo lagi. 

Mak ko dan mengeletis nak jalan, boring amat duk umah tak jalan jalan sejak Mac 2020 now nak masuk Jun 2020 dah. 



Thursday, May 28, 2020

Birthday Aisyah Median Ke 2 Tahun (Cerita tahun lepas)

 Apoo.. Majlis bulan 11 tahun lepas, tapi tahun ni baru sempat nak upload gambar. Maaf lah, blog semakin dilupakan. Tai bila diingatkan balik blog ni akan jadi kenagan sampai anak anak besar, gigikan juga buat post ni sebelum terlupa lagi.



Aisyah 2 tahun tema dia adalah Didi and Friends serta Omara Hana sebab tu favourite dia masa umur dia 2 tahun . 


Birthday girl sebok tengok didi kat Handphone walaupun ada kek Didi kat depan mata. 


Banyak kek sebab sambut sekali birthday Ciknah. 


Last sekali gambar family tapi tak perasan birthday girlnya tak nampak, terlindung di sebalik kek didi dia.. Hahaha. 









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails