Followers

Friday, June 18, 2021

Illustrator - Convert Image to Vector

 Pelajaran hari ni untuk perkongsian diri sendiri dan kawan-kawan yang tengah cari cara-cara nak convet image biasa yag korang download from google menjadi Vector.

1. Open image yang nak convert kepada vector 

2. Select image

3. Window > Image Trace 

4. Expand ( Menu kat bar atas)

Siap. 

Next, untuk mudahkan edit, boleh ungroupkan vector tersebut. Cara-cara 

1. Right click pada vector

2. Klik ungroup

3. Then dah boleh edit ( Delate element yang tak perlu, tukar warna etc.) 


Sekian, tu je. Sebab aku mudah lupa. Jarang guna AI, tiap kali nak guna, kena google balik. Haha. So simpan sini senaj nak rujuk. 

Thursday, April 1, 2021

Keluarga Besar Yang Dirindui

Last balik JB bulan Januari lepas. Sekarang dah April. Masih tak daapt balik Jb sebab masih PKP, tak boleh rentas negeri. Betapa dalam hati cukup rindu semuanya di JB. Walau jiwa nampak kental, tak menyatakan perasaan, tapi dalam hati tuhan je yang tahu. 

Perangai aku pulak, lagi rindu, lagi Homesick, lagilah aku susah nak call mereka-mereka dibawah ni. Sebab perangai cengeng, comfirm nak menitis air mata bila dengar suara dalam telefon. Sedaya upaya cuba disembunyikan. Tai jujur, aku rasa sunyi teramat sekarang bila lama tak bersua muka dan mendengar suara. 

 Nak print besar-besar gambar ni buat frame.  Perfect family photo. 


Tahun 2018 punya family day. 



Raya 2019. Kenangan sesi bermaafan raya. Semoga masih berpeluang banyak tahun lagi untuk bersama mereka dan berbakti selagi boleh, selagi mampu.  Sebenarnya dalam hidup, kalau asyik di fikir fikirkan, banyak benda yang akan kita kesalkan dan berharap dapat di undurkan masa supaya dapat menebus rasa sesal itu. 

Hanya sempat bekerja selama 5 tahun saja sejak graduate. 
Aku rasa aku tak cukup berbakti kepada orang tua aku yang tak ternilai diorang punya pengorbanan membesarkan aku dan susah payah menyekolahkan aku sampai Universiti. Walaupun sampai sekarang aku tak pernah miss hantar duit belanja bulanan, tapi tetap rasa kalau aku tak berhenti kerja terlalu awal, mesti lebih daripada sekarang ni aku boleh bagi kat Mak Ayah aku. 

Duduk Jauh Dari Johor Bahru.
Umur 26 dah ikut suami duduk Pahang. Masa aku dengan mereka tak banyak. Kalau balik Jb pun tak pernah rasa puas. Balik lah 5 hari sekalipun, tetap rasa tak puas. 365 hari setahun, tapi aku dapat jumpa mak ayah hanya lebih kurang 20 hari je. Ye betul. Balik jb 4 kali setahun. Purata 5 hari setiap kali balik. 5x4 Hari = 20 Hari.  Can u feel me? Im sad. Sedih tiap kali balik Pahang semua. Homesick masih terasa macam zaman duduk Asrama dulu.


Aku tak dapat join banyak aktiviti2 keluarga kat Jb. Banyak. Terlalu banyak. Kekangan jarak. Jauh. Untung abang ngan adik aku duduk JB, bila-bila masa boleh pergi rumah mak. Tak kira la weekend ke weekdays, tak jadi masalah. Alhamdullilah aku syukur juga diorang duduk dekat, ada yang boleh jaga dan tengok mak ayah selalu kan. Itu lah percaturan Allah kan. 

......

Semoga cepat la Covid ni berakhir, supaya tak menambah sengsara aku yang duduk jauh ni. 
Semoga Allah beri aku lebih LAMA dan lebih banyak peluang untuk berjumpa dengan keluarga aku. Dan bmemberikan aku peluang untuk LAMA lagi berbakti kepada kedua orang tuaku..


......

Sekian,

Insan yang sedang koyak hatinya lama tak balik JB. 


 





 

Thursday, March 4, 2021

Aisyah Medina First Day School.

Macam tak sangka anak bungsu sis dah masuk sekolah. Sekolah tadika off course.  Dan paling susah nak percaya dia ok ye ke sekolah, tak nangis. Tak sama macam yang aku bayangkan. Yes aku bayangkan selaku anak bungsu dan yang terpaling manja, terpaling lama jadi bungsu dia akan menangis tak nak sekolah, tak nak di tinggal ibu dia. Tapi aku silap ya. Dia mudah je hantar pergi sekolah.  Hari ke empat dah tak payah tunggu dah, ibu boleh balik tarus lepas hantar. 


First day. Muka cuak-cuak juga tu. Upah jajan pergi kedai tiap pagi sudah pasti.   


Gambar first day juga masa ibu hantar abang kakak ke sekolah selaki. Alhamdullilah anak-anak aku semuanya senang bangun pagi, tak ada nangis-nangis. Kejut sekali dua terus ke bilik air sendiri. Aisyah memang mudah bangun. Kalau dulu sebelum sekolah, dia yang bangun awal dari aku...haha. 



Minggu pertama ni main - main je la kerjanya. Untuk bagi serasi dengan persekitaran. Oh ya, tadika kemas tahun ni 4 orang je budaknya. Semua perempuan pulak tu. Senang kerja cikgu. Sopan-sopan semua anak murid. Bawak keluar semua mainan pun tak ada masalah cikgu kata. Sebab tak berebut, main sopan, lepas main pandai kemas sendiri, dengar arahan semua 4 anak dara ni. 

Alhamdullilah semoga anak-anak ibu semuanya dipermudahkan urusan, di terangkan hati belajar, mudah menerima ilmu. Ibu sayang semua anak-anak ibu. 



Yang ni pun kesayangan jugak ni. Fatima Nur Sofea yang suka datang makan kat umah maklong dia. Kesian dia kakak2 ngan abang dah naik sekolah, dia terpinga pinga cari kawan-kawan dia tak ada. 


Happy birthday sofea ke 2 tahun! 




 

Friday, February 19, 2021

Hari Lahir Yang Ke 34 Tahun


Alhamdullilah masih diberi nikmat untuk hidup, bernafas dan menikmati nikmat dunia yang Allah kurniakan. 18 Februari 2021 genaplah aku berusia 34 tahun. Marilah kita tepek muka mak anak 3 di usianya 34 tahun bersama suami yang dicintai..huahaha. 



Pagi pagi buta 12 am birthday sis mula mula rasa berbunga dapat ucapan panjang lebar sweet sweet dari suami kat Facebook. Bangun pagi esoknya emo sikit sebab suami busy, walaupun hari cuti tapi tka duk rumah. Dapat bunga cokelat dari dia dihantar oleh delivery runner. Apo.. bercampur baur la rasa masa tu. Sebab nak suka dan happy dapat hadiah tapi nak marah jugak sebab si pemberinya tak meluangkan masa untuk birthday girl kononnya. Dasar kuat sentap. 


Hadiah jam tangan Guess daripada si dia juga. Jam idaman lama dah nak beli sendiri tapi dia duk bangkang kata cantik langsung, terus tak jadi beli.  Tapi akhirnya dia yang belikan..haha. Dah dapat bulan lepas sebenarnya masa ke JPO  tapi kita simpan sampai birthday ni baru buka. 


So on the next day barulah celebrate kat luar. Pergi secret recipe. Nasib oii pkpb dah pahang, dah boleh bawak anak keluar dine in. Kalau tak memang dating berdua je la. Sian anak kene tinggal. 




Tapi bila dah bawak anak ni, memang selalu di luar kawalan lah opkos. Ada je perangai diorang. Mak pulak jenis tak sabau. Ko tengok Aisyah nak ngap kek aku sebelum aku sempat snap gambar. Tapi nasib tangan mak ko lagi pantas dari kelajuan angin, terus sebelah tangan tangkap tangan dia, sebelah tangan lagi snap picture. Hahaha. Kau mampu?? 


Berlakon. Ayu je konon makan


Ni aksi sebenarnya. Makan sambil membebel, sambil menjegil jegil mata kat anak-anak. Hahaha. Begitulah lumrah mak anak 3. 


Tukang belanja untuk hari ini. Terima kasih suamiku atas usaha menggembirakan hati isterimu di hari istimewa ini. 






 

Saturday, February 6, 2021

Happy Birthday! Aiysah Medina Turns 3 (2020)

Happy birthday anak bungsu Ibu. Semoga menjadi anak solehah, lembut hati, terang hati menerima ilmu, sentiasa dalam redha Allah. 


Birthday ke 3 tahun dengan tema Frozen kegemaran dia. 


Saja birthday kali ni ibu beli banyak hadiah untuk dia, semuanya bertemakan Frozen. Suka sangat lah. Untuk kenangan dia, biar dia ingat sampai besar. Ibu dulu kecik kecik teringin nak ada birthday party dapat hadiah banyka banyak macam ni tapi tak dapat, hahaha.. So kita realisasikan masa birthday anak-anak je la. 


Hari kedua birthday pun still feeling princess Elsa lagi. Pakai baju frozen hadiah birthday .


Dan minggu tu juga kita turun Cameron Highland. Masa ni hanya negeri Pahang yang PKPB boleh rentas daerah dalam Pahang. Negeri lain semua tak boleh rentas negeri. Jadi Cameron Highland sangat lengang, hotel pun super murah nak mampus ya. Jadi kita ambil peluang tenang-tenang bercuti kat Cameron sambil sambut birthday Aisyah. . 


Deko Birthday kat bilik Hotel ni bukan ibu tempah tau. Tapi dapat rezeki terpijak..haha. Bilik yang kami tempah ni ada customer cancle last minit, host bilik nie call beritahu dia bagi bilik yang ada deco birthday kami nak tak? Off course la nak oii.. Ni kalau add on dah RM80, dapat free2 je..huhu. Rezeki Aisyah punya birthday.



Last belanja gambar family kat Cameron Highlands. Omey tak? haha. Semoga menjadi kenangan abadi.. 



 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails