Followers

Thursday, April 1, 2021

Keluarga Besar Yang Dirindui

Last balik JB bulan Januari lepas. Sekarang dah April. Masih tak daapt balik Jb sebab masih PKP, tak boleh rentas negeri. Betapa dalam hati cukup rindu semuanya di JB. Walau jiwa nampak kental, tak menyatakan perasaan, tapi dalam hati tuhan je yang tahu. 

Perangai aku pulak, lagi rindu, lagi Homesick, lagilah aku susah nak call mereka-mereka dibawah ni. Sebab perangai cengeng, comfirm nak menitis air mata bila dengar suara dalam telefon. Sedaya upaya cuba disembunyikan. Tai jujur, aku rasa sunyi teramat sekarang bila lama tak bersua muka dan mendengar suara. 

 Nak print besar-besar gambar ni buat frame.  Perfect family photo. 


Tahun 2018 punya family day. 



Raya 2019. Kenangan sesi bermaafan raya. Semoga masih berpeluang banyak tahun lagi untuk bersama mereka dan berbakti selagi boleh, selagi mampu.  Sebenarnya dalam hidup, kalau asyik di fikir fikirkan, banyak benda yang akan kita kesalkan dan berharap dapat di undurkan masa supaya dapat menebus rasa sesal itu. 

Hanya sempat bekerja selama 5 tahun saja sejak graduate. 
Aku rasa aku tak cukup berbakti kepada orang tua aku yang tak ternilai diorang punya pengorbanan membesarkan aku dan susah payah menyekolahkan aku sampai Universiti. Walaupun sampai sekarang aku tak pernah miss hantar duit belanja bulanan, tapi tetap rasa kalau aku tak berhenti kerja terlalu awal, mesti lebih daripada sekarang ni aku boleh bagi kat Mak Ayah aku. 

Duduk Jauh Dari Johor Bahru.
Umur 26 dah ikut suami duduk Pahang. Masa aku dengan mereka tak banyak. Kalau balik Jb pun tak pernah rasa puas. Balik lah 5 hari sekalipun, tetap rasa tak puas. 365 hari setahun, tapi aku dapat jumpa mak ayah hanya lebih kurang 20 hari je. Ye betul. Balik jb 4 kali setahun. Purata 5 hari setiap kali balik. 5x4 Hari = 20 Hari.  Can u feel me? Im sad. Sedih tiap kali balik Pahang semua. Homesick masih terasa macam zaman duduk Asrama dulu.


Aku tak dapat join banyak aktiviti2 keluarga kat Jb. Banyak. Terlalu banyak. Kekangan jarak. Jauh. Untung abang ngan adik aku duduk JB, bila-bila masa boleh pergi rumah mak. Tak kira la weekend ke weekdays, tak jadi masalah. Alhamdullilah aku syukur juga diorang duduk dekat, ada yang boleh jaga dan tengok mak ayah selalu kan. Itu lah percaturan Allah kan. 

......

Semoga cepat la Covid ni berakhir, supaya tak menambah sengsara aku yang duduk jauh ni. 
Semoga Allah beri aku lebih LAMA dan lebih banyak peluang untuk berjumpa dengan keluarga aku. Dan bmemberikan aku peluang untuk LAMA lagi berbakti kepada kedua orang tuaku..


......

Sekian,

Insan yang sedang koyak hatinya lama tak balik JB. 


 





 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails