Followers

Sunday, March 3, 2024

Adam Sunat


Alhamsullilah cuti sekolah baru ni selamat sunatkan dia. Habis tak dapat balil jb lama sebab tunggu dia sunat dan sihat semula. Haha..


Muka keluar dari bilik doktor after sunat. Puas mak ko berzikir kat depan pintu doktor bila dengar dia start menangis masa dr nak bius. papa yang teman masa dia bersunat tu.  


Masa ni ok lagi, kesan bius masih ada, rilex je main game. 


Haaa bila bius dah hilang, mula la sakit sangat. Macam ghopa sakit nak beranak ye dia genggam tangam ibu. Puas ajar zikir doa nabi yunus. 


Sampai rumah, terus tido tak sakit dah. Alhamdullilah tak ada meraung ke, sakit tengah malam ke, takut nak kencing ke dari first day.  Ubat pun makan on time. Sunat laser Adam ni.  Tak ada balut2. 3 hari pertama tak boleh kena air. Tapi kitorg tetap suruh dia mandi, tutup la anunya. lepas buang air masa awal2 tu lap pakai tisu je, pastu slow2 dh boleh kena air, lepas cuci memang tadah depan kipas duduk tu sampai kering. 


Lepas seminggu baru berani melasak sikit. Kalau tak, memang baring je. Bangun berjalan bila nak ke bilik air je dia tu. Syok la dapat main game n hp sambil baring depan tv seminggu. Genap seminggu, mak ko terus lipat tilam, sakit pulak mata ni tengok melepek je padahal dah sihat. haha. 



 

Seorang Nor Aini Abdul Ghani di usia 37 Tahun

Happy belated birthday to me. 37 tahun untuk 2024 ini. Semoga berjaya kurus, sihat dan maintain tanpa bantuan angle camera. 

 

Welcome 2024. Tamat Sesi Sekolah 2023/2024 Anak Anak.

 Kita mulakan post pertama di tahun 2024 dengan gambar kenangan anak anak masa sesi sekolah 2023/2024. Masa ni Intan darjah 4, Adam darjah 2, Aisyah Pra Sekolah.



Alhamdullilah akhir sesi persekolahan Adam dapat 4 anugerah iaitu Cemerlang No 2 di dalam kelas, Cemerlang Subjek Sains, Kehadiran Terbaik dan Terbaik Kafa No 3. 


Alhamdullilah Intan pun dapat Anugerah Terbaik Matapelajaran Bahasa Melayu.


Aisyah pun dapat, Anugerah Cemerlang Pra Sekolah Sahsiah Terpuji. 


Ini pula masa hari sukan sekolah. Intan dapat kumpul 3 medal! 


Aisyah yang dah kurang malu malu, boleh join semua acara. 

Adam dapat 1 medal. 





Sempena bulan kemerdekaan, Aisyah tetap princess 


Ibu gigih belikan baju pilot kat Adam. 


Terima kasih anak anak ibu atas kejayaan masing masing yg membanggakan ibu. Semoga kejayaan dan kecemerlangan sentiasa mengiringi hidup kalian. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails