Followers

Monday, January 10, 2011

Rindu Nak Kembali Kepada Kehidupan Normal

Ok ayat memang tak boleh belah. macam dah cacat je nak kembali normal kan. Tapi hakikatnya begitu la. Rasa nak kembali ke keadaan beberapa bulan sebelum ini. Yang mana sentiasa ada masa untuk mencoret itu ini di blog, ada masa nak berblogwalking, boleh baca gosip kat beautiful nara 6 kali sehari (melampau kaki gosip tak hingat!), upload gambar makanan super mengiurkan kasi korang meleleh air liur dan bermacam-macam lagi yang biasa aku buat sebelum ni.

Oh apakah. dan apakan daya, masa tak mengizinkan. Kerja kerja kerja. Macam membencikan je perkataan tu sekarang. Eh aku tak benci sangat la, tak benci sepenuhnya. Coz ada juga perkara yang aku suka pasal kerja baru ni contohnya selalu outstation luar johor, tak la duk office je setiap hari. Dan banyak jugak benda aku dapat belajar selain coding dan klien. Contohnye pergi KL untuk meeting sorang-sorang naik flight (dah la first time naik flight seumur hidup, kena pergi sorang plak tu!)

Tapi alhamdullilah aku berjaya sepenuhnya berdikari sorang-sorang dari johor sampai la ke tempat yang dituju. Bak kata bos, bila lagi awak nak belajar. Bos siap lukis peta siap-siap direction, train, segala mak nenek yang aku kena ambil dalam perjalanan dari johor ke kelana jaya tu. Haha.. lawak pun ade bila ingat. Dari flight, bus, train, sume dia explain.. Hey!Korang tak payah gelak duk kata aku sengal ke ape ke kan pergi kl pun tak tau. Korang yg duk kl pun mau menagis kalo aku suro cari opis aku kat jb ni sorang-sorang tau..huhu.

Ok tu part yang aku suka la. Part yang aku tak suka pulak... Oh bukan aku saja tak suka, mak dan kekasih hati pun tak berapa la berkenan. Mak kata "ni time belum kawin boleh la kerja macam ni, dah kawin nanti memang tak sesuai, kerja jeeeeeeeeeeee". Mana tak nye, balik rumah pun duk mengadap kerja. Habis nak kejar dateline kan. Kekasih hati pengarang jantung lagi la, sakan duk nak mengamuk je bila kita duk outstation je ngan bos. Benci katanya.. Benci-benci pun terus ajak ikat, bertunang bulan depan! Haa... Penangan jeles punya pasal la. Part ni bagus, aku suka..huhu.

Oleh itu, adalah bulan ini bertambah la sibuknya, kerja dan persiapan untuk majlis itu. Mak dan mama dah pun bermesyuarat dan tarikh pun dah ditetapkan. Pantas dan tuntas. Lepas tunang ni boleh la buat beliau makin makin jeles lagi dan lagi supaya bolehlah terus beliau ajak kawin..haha.. Keji idea tu kan.. Tapi bila dipikir bernas jugak kan idea i.. =)





5 comments:

Anonymous said...

I am Glad i discovered this blog.Added ceriteras.blogspot.com to my bookmark!

Anonymous said...

I'm Glad i ran across this blog.Added ceriteras.blogspot.com to my bookmark!

leha said...

aku pun bertmbah2 la jelez mont..sbb ko nk tunang..uwaaaa!!!...bila2??...heee

aKU maNUsiA beRpeRaSaaN said...

hmMm.....please change...do not end up like me okay heheheheheh

h A n Y S said...

best apa outstation, blh dikatakan melancong jugak lah tu..
keh keh keh~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails