Raya haji hari tu cek mek molek dapat duit raya dari company. Kerlasss sangat sampai raya haji pun dapat duit raya kan. Orang lain raya puasa pun belum tentu dapat duit raya. Nak buat cam na, rezeki anak mungkin. dan upah berpenat lelah kerja siang malam sampai nangis nagis katanya... Tragis sungguh kerja sampai nangis-nangis tersedu sedu. Macam budak tadika kena paksa masuk sekolah hari pertama.
Mula-mula plannye nak la guna duit raya tu untuk sambar smartphone baru. Simpan punya simpan duit raya yang still dalm sampul tu sampi sekarang tak beli beli lagi. Pastu tetiba teringat yang my kodok adalah sudah lama gila babas tak servis. Mana nak servisnya, baru 19xxx km je jalannya. next servis 21xxx km sepatutnya tapi die punya due adalah sepatutnye bulan 5 2012 ye kawan-kawan. Dan sekarang adalah bulan 11 dah tap tak capai-capai 21xxx km lagi..
Mana taknye, sejak duduk KL ni, opis sekangkang monyet je dari rumah, Drive pergi ofis dengan kelajuan tak sempat pun nak capai 50km/j.. ye la, umah ngan ofis 300 meter je kot....hahahau... Pernah ok isi full minyak, lepas tu sebulan lebih tak isi minyak dah... Bukan ajaib tapi kalau dah gitu kekdahnye drive memang la tak luak minyak kan..
Walaupun tak sampai lagi 21xxx km, kakak kena juga hantar kodok itu ke pusat servis sebab dah lama sangat kan beliau tak di hantr checkup.. Kakak yang pregnant ni pun dah 3 kali pergi check up.. Lagi pulak weekend ni nak balik Jb, nak bercuti kat teluk Ramunia bersama keluarga. nak guna kodok tu sebab persona en abang sayang kan anak emas en abang, tak nak bawak pergi jauh-jauh dah katanya... kesian kereta katanya.
So kesimpulan entry ini adalah, rancangan nak sambar smarphone baru adalah akan tertangguh sebab duti raya itu bakal digunakan untuk yang lebih perlu iaitu servis kereta, bercuti, shopping dan sebagainya yang lebih perlu... Motip shopping tu perlu sangat tak payah la nak pertikaikan.. Mereka dan keluarga mereka saja yang tau..huhu =)