Followers

Tuesday, May 28, 2013

Majlis Akikah Intan Darina

10 hb 5 hari tu, berlangsung lah majlis akikah My Girl kat kampung suami. Intan darina sangat behave hari tu. Elok je tidur dalam baby Cot dengan baju ala ala puteri dia tu.. Homey hangat. Sume org geram tengok dia. Tq kepada Acu tirah dia yg belikan baju comel tu untuk intan. Maklumlah, ibu masih dalam pantang, x Dpt nak keluar Shopping baju intan masa tu..Hehe..






Saturday, May 4, 2013

Pengalaman Bersalin secara induce

Intan Darina anak pertama saya. Masa kat Labour Room saat bertarung nyawa nak keluarkan dia, sempat terlintas dalam otak yang aku tak nak dan tak akan cerita pengalaman bersalin ni kat blog. Huhu.. Pasal masa tu kesakitan yang aku rasa tak tertahan dan tak nak aku ulang atau ingat. Tapi hari ni, selepas 21 hari lahirkan Intan Darina, tiba tiba aku rasa nak bercerita pasal pengalaman bersalin kat sini.

10 hb 4 2013, hari Rabu aku kena di paksa oleh suami pergi klinik kesihatan sebab aku mengadu baby kurang gerak malam tu. Mulanya memang tak nak pergi sebab  takut nanti kena tahan wad lagi. I Is penat okeh duduk wad 6 hari minggu sebelumnya sebab air ketuban banyak tu. Tapi atas desakan suami dan risau jugak dengan baby, pegi jugak menyerah diri kat klinik kesihatan. Seperti yang dijangka, Nurse, doktor sangat la ambil serius hal baby kurang gerak ni. Walaupun Dr dah check semua ok, scan baby ok, tapi dia tetap nak refer aku ke hospital pasal nak buat CTG.  Aku memang serius dah penat gila duduk hospital lama lama, kalau masuk hospital boleh terus bersalin aku tak kisah.. So aku ckp kat Dr, biar la aku berehat kat rumah je. Pastu Dr klinik kesihatan tu cakap  dia kena Call Dr pakar kat hospital dulu bincang. Oleh kerana aku datang time dah nak lunch, Dr suruh balik rumah dulu, nanti lepas lunch dia Call samada perlu Admit hospital atau tak.

Balik la aku ke rumah  mertua dengan muka berkerut.  dalam pukul 3 lebih dr call bgtau memang kena masuk hospital petang tu juga.  Aku cakap sekali lagi, Kalau tak nak tak boleh ke, tak sakit pun lagi, baby gerak pun dah ok dah . Hambik kau, aku kena marah..huu.. Dr cakap aku dah 38 minggu, dh boleh bersalin, jadi kena pergi hospital, tak payah tunggu 17 hb untuk induce, esok dah boleh induce. Hambik, nak sangat bersalin awal Kan. Terus betul2 awal. Masa tu memang tak bersedia fizikal mental langsung. Apekah? Esok aku kena bersalin? Dengan mak mertua sekali kelam kabut mengemas barang.  Oh ye, dengan keadaan yang tak sakit apa pun tu Kan, aku kena naik ambulans okeh.. Dari tak sakit terus rasa sakit kepala naik ambulan yang panas dan bergoncang itu. Sampai hospital je Nurse kebanyakkan dah kenal, huhu.. Maklumlah, dah pernah check In 6 hari kat situ Kan..heh

Esok paginya bermula la proses induce kali pertama. Masuk ubat melalui bawah tu. Sepanjang harri tu tak rasa sakit pun.. Pagi ke malam tak ingat la, dr check bukaan, still 1 cm..huh. So esok harinya Kena masuk buat dos KEdua. Masuk dos Kedua ni Aku mula rasa SAKIT SAKIT macam senggugut gitu. Masih boleh ketawa, makan dengan penuh selera dan berjalan jalan. Petang tu Dr check lagi bukaan, still 1 cm. Maka Dr decide nak masukkan belon Pulak. Belon? Apakah? Hahahaha..jenis induce jugak. Aku pun pelik mula2, sebab masa Dr masukkan tu, tak nampak rupa belon pun. Yang nampak cuma tiub je. Tapi sejam lepas masuk belon je terus la rasa sakit teramat. Start 4 petang tu dah sakit gila sampai nangis2 dah. Tak lalu makan, ketawa apatah lagi. Masa petang tu time melawat tu mak, mak mertua ayah mertua dan suami Ada pun aku tak dapat tahan nangis dah. Sakit Woo penangan induce.  Mak urut2 belakang aku. Suami dah tak senang duduk dah tengok aku sakit Macam tu..

Malam tu sakit makin mencucuk cucuk. Memang tak boleh tidur la. Tiap kali sakit tu datang, aku gigit tuala.  Suami duk la Call ckp kalau sakit panggil Nurse, panggil Nurse. Ye aku tau. Tapi tak nak panggil lagi sebab takut kena cek bukaan. Sakit tu.. Nak tunggu sakit kuat lagi dengan harapan bila check bukaan terus 4. Cm dan ke atas dan boleh masuk LABOUR Room terus.  Suami punya risau sampai berapa kali ceroboh masuk wad malam tu tengok aku. Siap kena marah ngan Nurse ko.. Sian dia .. Tak sanggup tinggal aku tengah sakit macam tu. Lepas kena marah tu, die duk je la dalam kereta tunggu aku. Pukul 1 pagi aku memang tak tahan dah sakit, sampai nak bergerak pergi toilet pun tunggu time Contraction  hilang baru boleh gerak. Masa kat toilet tu lepas je buang hajat, tetiba ade belon kecil keluar dengan darah.. Oh gitu rupanya belon..huhu..  Masa tu memang tengah sakit sangat, terus aku tekan button panggil Nurse. Ok dia check bukaan dah 4 cm 'maka mari kite ke LABOUR Room..

Call husband dh nak masuk LABOUR Room, tapi husband belum boleh masuk lagi, dah bukak  8 cm  baru husband boleh teman. Masuk je LABOUR Room kena seluk lagi dengan Dr.. Adoi la mak sakitnye! Dr pecahkan air ketuban dan masukkan ubat melalui drip kat tangan. Mak aih, bertambah lagi sakit. MasyaAllah, memang sakit nak melahirkan tu tiada tandingan Ya Allah. Besar sangat pengorbanan mak kita dulu lahirkan kita tau.. Dari pukul 1 pagi tu aku menahan sakit yang amat sangat. Sedut gas sampai lalok pun tak hilangkan kesakitan tu.  Sakit sangat. Aku asyik cakap, tolong saya Nurse, sakit sangat.. Saya sakit sangat.. Habis semua benda aku gigit. Aku tak ingat berapa kali Nurse tu check bukaan aku, dalam pukul 4 pagi tu bukaan dah 6cm dan sakit tu tak tertanggung lagi. Aku dah Macam orang tak betul, Mintak operate je. Memang tak tahan dah. Dr datang, nasihat kat aku, dia kata ingat senang2 je ke saya nak bedah awak? Awak bersalin sulungni, cukup ke 3 anak je kalau bedah? Sempat aku jawab dengan kesakitan tu,  tak sanggup, nak satu ni je dr, tak nak bersalin lagi dah...sakit sanat... Serius, masa tu memang aku tobat nak anak satu ni je, tak nak dah bersalin lagi..huhu..

Dr dan Nurse terus bagi semangat kat aku bersalin normal.. Ye saya tau awak sakit, bersalin memang macam ni, sabar.. Huu.. ya Allah punya la azab nak tunggu bukaan penuh untuk teran. Pukul 6 pagi baru la bukaan 8 cm. Masa ni husband aku dah dipanggil masuk. Sakit bukan main. Aku nangis, dia pun nangis tengok aku sakit macam tu. Macam2dia bacakan kat telinga ni. Pukul 7 dah buka 9 cm,  tapi still Nurse tak kasi teran, menangisi la aku di situ menahan sakit. Kaki dah mengigil gigil dah kesejukan, muntah 2 kali kesan sedut gas tu. Suami tak tahan tengok aku macam tu, dua naik pitam, sebelum dia tumbang, Nurse suruh dia keluar kalau tak larat.. Nangis2 aku tak kasi dia keluar, tapi die keluar jugak sebab memang dah nak tumbang..

Tak ingat pukul berapa datang Nurse lain take over sebab Nurse yang jaga aku dari kul 1 pagi tu dah nak tukar Shift dah.. Sempat lagi aku merayu kat die jangan balik dulu, tunggu aku..huhu.. Sebab dia baik sangat jaga aku masa menanggung sakit tu..  Lepas tu Nurse dah suruh teran. Tak ingat dh berapa kali teran tetap baby tak nak keluar.  Aku letih sangat, tak berdaya dah.. Lama sangat menanggung sakit. Aku sedar Ada 3 orang Dr dan beberapa Nurse yang tengah tolong aku push baby keluar. Sangat2 la supportive. Tapi aku tak berdaya dah, aku cakap, aku tak larat dah.. Terus Dr suruh guna vakum.. 2 kali sedup tapi Fail.. Last di org guna forcep Pulak..masa ni aku memang tak da tenaga dah. Aku biar je di org buat ape kat aku, aku dengar di orang gunting bawah tu, tap tap tap..Tapi aku tak rasa sakit dah.. Tak rasa apa dh, nak push apatah lagi.. Seorang Dr duk tekan tekan perut aku, aku memang tak De usaha dah ..tak tau berapa lama, tetiba je diorg letak intan kat atas perut aku. Ya  Allah... Hilang terus semua rasa sakit. Aku sempat sentuh kaki intan je. Tak nampak muka dia, sebab aku dah lalok campur letih tak berdaya.

Lepas intan keluar, semua proses termasuk keluarkan uri, jahit, aku tak rasa dah.. Aku sedap menidurkan diri... Pukul 11 macam tu Nurse kejut, alihkan aku ke katil lain dan tolak aku masuk wad semula.. Nurse cakap jahit aku banyak, kena jaga betul2. Memang aku tak daya nak bergerak sangat . first day tu. Makan pun bersuap. Macam tu la proses melahirkan intan darina yang tak akan ibu,u ini lupa sampai bila bila. Semoga Intan jadi anak yang baik dan Solehah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails