Followers

Wednesday, August 21, 2013

Allah Sebagai Penyusun Takdir ~ Menamatkan Zaman Wanita Bekerjaya

Alhamdulillah, anak kesayangan, Intan Darina Binti Mohd Norhilmi dah pun masuk 4 bulan. Terima kasih Allah untuk takdir ini, menetapkan Intan kepada aku sebagai ibu. Terima kasih Allah kerana menjadikan dia selamat dan sempurna semasa kelahirannya... 

Masa mengandung dulu, ibu sangat lah runsing pikir pasal masa depan lepas lahirkan intan. Hati berbelah bagi nak berhenti kerja atau tak. Risau, takut, tak yakin, sedih,geram semua ada.. Tapi sejak lahirnya Intan, sejak tidak pernah berpisah dengan intan selama 4 bulan ni, sejak melihat senyuman dan keletah intan, ibu nekad untuk berhenti kerja jugak akhirnya.  


Keputusan bukan senang nak di buat, banyakaspek kena pikir, tapi kalau asyik berfikir sampai bila nak buat keputusan kan? Laluuuu.. ibu tekd karang notis berhenti kerja dan hantar terus kat JB hari tu.. Legaaaa... 

Sekarang, ibu tengah menghabiskan masa hari-hari terkahir dekat opis sebagai wanita bekerjaya.. Pakai semua baju ofis yang ibu ada, pakai semua kasut pergi opis yang ada..hahaha.. Lepas ni tak boleh dah pakai cecantik selalu.. Almaklumlah, dah duduk rumah, tak kan beria nak pakai blaus, kemeja, seluar slack semua tu lagi kan..

Berhenti kerja ibu memang dah redho, excited boleh gelek2 intan 24 jam kat umah nanti.. Tapi nak meninggalkan Johor Bahru tu ibu masih lagi rasa sayu-sayu je ni.. I love JB so much!!!! 24 Tahun membesar kat sini, belajar kat sini, bekerja kat sini, lepas kahwin terpaksa tinggalkannya.. Banyak benda yang ibu sayang kat sini... Walaupun boleh balik tiap bulan, tapi tetap tak sama macam duduk kat sini.

Tapi ibu terpaksa redhaaa Allah sebagai penyusun takdir hidup kita... Kita berdoa je la, apa yang datang selepas ni, adalah yang lebih baik daripadaapa yang ibu impikan....


4 comments:

Asha Lya said...

Betul 2..kita cuma merancang.

aznor ibrahim said...

bestnyeee bole jadi suri rumah..I wish I can be like u :)

Eye_nee said...

Terkadang ketakutan dan kurang keyakinan buat kita dilema dlm membuat keputusan kan sis...Mungkin berakhir rezeki kamu di bumi Johor buat masa ini..dan tempat baru siapa tahu akan memberikan kan kamu permulaan sebuah kehidupan yg lebih bahagia..InsyaAllah...

Anonymous said...

saya sekrg tgh pk nti pas bersalin kena berhenti kje jgak ke.sayangnya nak tggalkan kje yg dh serasi & sayang nak tinggalkan KL.huhuu..tpi cian kat hsbnd nti semua dia kena tggung sorang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails