Followers

Saturday, February 15, 2014

Sweet Sangat

Aku kan, sekarang ni malas gila nak update blog.. Suka baca blog orang je la yang lebih sekarang ni.. Tapi tadi lepas baca blog si sepet, kertawa terbahak bahak baca cerita dia ngan si qery tu, terus aku rasa nak update blog.. Pasal, aku rasa menjelesi ke sweet tan si Sepet dan Qery tu.. Sweet gila kottttttttttt.. Dah la baru kahwin terus pindah masuk rumah sendiri, lepas tu si Sepet pregnant, lagii la sweet kehidupan mereka...

Aku lepas kahwin hari tu kehidupan masih sama macam masa bujang... aku kat KL, papa intan kat Pahang. Pastu 3 bulan lepas kahwin, pregnant... Pun sama aku macam orang bujang juga.. Masih di KL, papa intan kat Pahang.. Sememangnya naluri seorang isteri nak la hidup dengan suami 24 jam kan. Nak la sweet2 kan ngan suami, baru kahwin kan.. Tak lama nanti dah ada anak, kurang la kemanjaan terhadap suami gitu.. Tapi apakan daya, banyak sangat halangan....

Bila Intan lahir ye, aku tak peduli, terus hantar notis berhenti kerja 2 bulan. Tak sangup la hidup jauh-jauh lagi. Masa berhenti kerja tu dah terbayang yang indah kami bertiga akan hidup bersama di rumah sendiri... Berangan sambil kelip kelip mata.. haha.. Tapi sampai la ni, Intan nak masuk setahun dah umur, kami masih duduk di rumah mertua lagi... Sadis. Aku selalu merajuk dengan papa Intan pasal ni.. Kadang, bangun tidur je celik mata terus rasa nak marah.. Rasa macam ditaburi janji palesu je.. Telah ku korbankan kerjayaku untuk membina hidup baru bersamamu  tatapi Hidupku tetap begini.. Gitu..

Sebenarnya bukan lah janji palsu sangat tapi janji yang tidak direalisasikan dengan ketepatan yang jitu! Mana taknya, masa aku pregnant 8 bulan hari tu, ada satu hari tu aku menangis2 pasal serabut gila memikirkan kehidupan aku lepas Intan lahir. Ye la, nak berhenti kerja ke tak, nak duduk mana semua kan.. Pastu papa Intan dah janji kata kalau aku berhenti kerja kat KL, kita akan cari rumah di Lipis. Tapi rupanya dia dalam proses nak buat rumah kami kat sini je.. Sebelah rumah mama n abah.. Yang mana sampai sekarang aku susah nak terima...

Dulu janji kat Lipis.. Kat bandar Lipis. Mudah aku nak bergerak, dekat dengan semua kemudahan, mudah aku nak berbisnes, nak pergi kedai printing ke, nak ke pejabat pos ke, nak pergi pasaraya beli barang rumah ke tanpa mengharapkan dia 100%. Macam asa aku kat JB, kt KL, aku boleh buat semua tu tanpa tunggu dia, harapkan dia bawak. Tapi kat sini tak boleh , semua jauh.. Kena harap dia.. Kalau dia kerja, terperap la aku kat rumah je..

Tahap merajuk aku memang la tak dapat nak kawal selalu.. Suka suka hati je merajuk memuncungkan diri bila ingat pasal ni.. Tapi dia pandai pujuk.. Nyampah sangat.. Time orang tak nak cakap ngan dia, mula la dia buka cerita pasal nak pergi holiday la, nak beli handbag baru la.. Pandai sangat pancing papa ko ni Intannnnnnn...

"Sayang sayang, nanti bulan 3 ni kite nak pergi muar berapa hari?"
- nak tido sana
"Ok nanti abang nak amik cuti"
-mesti la cuti. berani tak cuti? * garang tak hingat.
"Nanti kita pergi Tangkak cari kain baju raya ek"
-mmmmm... - dalam hati happy gila!

Dan aku selalu tewas dengan pujukan itu... Pagi meroyan merajuk marah marah, tengahari dah tak ingat pasal ape aku marah pagi tadi...haha... Ibu ko memang pelupa intan!

Dan kadang bila aku dah tenang sikit dari marah marah tu, aku muhasabah diri.. Cari kata-kata semangat.. Ye la kan, selalu rasa tak bersemangat hidup bila ingat pasal ni.. Kata-kata yang aku pegang bila rasa frust sangat...

"  Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan HATI kita, maka percayalah ALLAH TAALA akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka ..." 

Friday, February 14, 2014

Intan Yang Sangat Suka Air!!!

Masa balik JB bulan lepas tu, papa ajak pergi holiday.. Dia nak tengok pantai katanya. So gerak la kitorg pergi Tanjung Sepang Beach Resort. Tak mandi pantai pun. Dua hari kat sana, mandi swimming pool je. Meh layan reaksi Intan first time mandi kolam =)


Masa baru masuk kolam, test kat kolam kanak-kanak.. Kaki jejak lantai. Muka tak tau nak suka ke nak takut..haha



Seminit kemudian dah berani.. Boleh jalan sendiri dalam air.. Confident



Bawak ke pool dewasa plak. Mula tak dapat imbang badan, kaki tak jejak, mula la senget2 badan..



Beberpa minit kemudian, dah pandai kayuh-kayuh kaki okeh...


Suka sangat main air!


Macam terer sangat berenang sambil berbual gaya mak jemah dengan ibu dan tok mak dia


Intan suka main air sangat2! Tq papa bawak intan swimming. Nanti kita pergi layi yekkkk....

Saturday, February 8, 2014

Jalan-Jalan Sempena...... Cuti Papa

Haha... Sempena cuti papa katanya.. Ye la, nak cakap sempena cuti raya cina tak leh la.. Sebab masa tu papa kerja kan... So, bila papa cuti hari Isni, Selasa n Rabu hari tu, dapat la kita jalan-jalan kan Intan.. Dulu masa inu kerja kat KL lagi, masa tu Intan dalam perut, non hadoo nak berjalan sangat ngan papa.. Mana tak nye, ibu cuti sabtu ahad, papa cuti weekdays.. Nyampah sangat tau...

Ok, Selasa tu kita pergi KL dulu.. Ibu lama dah mengidam nak makan Seoul Garden..Pastu pergi chow kit jap cari barang stok bisnes ibu.. Malam tu kite bawak intan naik train pergi Sogo dan Jalan TAR. Tengah malam intan mengaruk menangis macam hape sampai pukul 3 pagi... Papa la tu, lepas balik jalan tu dah pukul 10 lebih ajak pergi car wash lagi.. Ibu pun satu, dah bawak intan jalan malam, balik hotel tak reti nak basuh kaki intan, tukar kan baju sume. Nampak intan cam dah penat sangat terus kepuk2 kasi tidur. Tobat dah ibu tak nak bawak Intan merayap malam-malam dah...muahaahaaa.. Punya teruk dia menangis. Buka surah Yasin, Selawat Shifa, Ayat kursi baru la dia tenang dan tidur semula... Tu la bahaya bawak baby jalan malam-malam...

Pagi tu dia dah ok dah, dia la bangun awal dulu sibuk main-main atas katil.. Dia tak tau ibu dia punya tak cukup tidur semalam tenangkan dia... Lepas siap mandi check out, ingat nak pergi zoo, tapi tak jadi sebb panas gila, panas cuaca dan panas hati gak... Mana tak nya, belum sempat tengok beruk dalam zoo dah terkejut beruk kat luar zoo bila tengok harga tiket. RM30 untuk dewasa. Aku terkejut weh sebab zoo Johor tak sampai RM10 pun tiket dia okeh... Terus tak jadi.. 


Terus plan naik Bukit Tinggi je.. Tunggu la nanti Intan besor sikit baru rasa berbaloi pergi Zoo negara yang mahal itu...  Pergi Bukit Tinggi pun panas juga cuaca.. Nasib baik hati tak panas...haha...Best gak la Bukit Tinggi ni, first time pergi... Bnayk juga ambil gambar sebab pemandangan dia cantik. Tapi malas nak up kat blog sebab menyampah sangat ibu nampak gemok sangat dalam gambar... So, gambar kat atas tu je la gmbar yang paling nampak kurus ibu ada ... =)

Sekian..babai.. 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails