Followers

Saturday, February 15, 2014

Sweet Sangat

Aku kan, sekarang ni malas gila nak update blog.. Suka baca blog orang je la yang lebih sekarang ni.. Tapi tadi lepas baca blog si sepet, kertawa terbahak bahak baca cerita dia ngan si qery tu, terus aku rasa nak update blog.. Pasal, aku rasa menjelesi ke sweet tan si Sepet dan Qery tu.. Sweet gila kottttttttttt.. Dah la baru kahwin terus pindah masuk rumah sendiri, lepas tu si Sepet pregnant, lagii la sweet kehidupan mereka...

Aku lepas kahwin hari tu kehidupan masih sama macam masa bujang... aku kat KL, papa intan kat Pahang. Pastu 3 bulan lepas kahwin, pregnant... Pun sama aku macam orang bujang juga.. Masih di KL, papa intan kat Pahang.. Sememangnya naluri seorang isteri nak la hidup dengan suami 24 jam kan. Nak la sweet2 kan ngan suami, baru kahwin kan.. Tak lama nanti dah ada anak, kurang la kemanjaan terhadap suami gitu.. Tapi apakan daya, banyak sangat halangan....

Bila Intan lahir ye, aku tak peduli, terus hantar notis berhenti kerja 2 bulan. Tak sangup la hidup jauh-jauh lagi. Masa berhenti kerja tu dah terbayang yang indah kami bertiga akan hidup bersama di rumah sendiri... Berangan sambil kelip kelip mata.. haha.. Tapi sampai la ni, Intan nak masuk setahun dah umur, kami masih duduk di rumah mertua lagi... Sadis. Aku selalu merajuk dengan papa Intan pasal ni.. Kadang, bangun tidur je celik mata terus rasa nak marah.. Rasa macam ditaburi janji palesu je.. Telah ku korbankan kerjayaku untuk membina hidup baru bersamamu  tatapi Hidupku tetap begini.. Gitu..

Sebenarnya bukan lah janji palsu sangat tapi janji yang tidak direalisasikan dengan ketepatan yang jitu! Mana taknya, masa aku pregnant 8 bulan hari tu, ada satu hari tu aku menangis2 pasal serabut gila memikirkan kehidupan aku lepas Intan lahir. Ye la, nak berhenti kerja ke tak, nak duduk mana semua kan.. Pastu papa Intan dah janji kata kalau aku berhenti kerja kat KL, kita akan cari rumah di Lipis. Tapi rupanya dia dalam proses nak buat rumah kami kat sini je.. Sebelah rumah mama n abah.. Yang mana sampai sekarang aku susah nak terima...

Dulu janji kat Lipis.. Kat bandar Lipis. Mudah aku nak bergerak, dekat dengan semua kemudahan, mudah aku nak berbisnes, nak pergi kedai printing ke, nak ke pejabat pos ke, nak pergi pasaraya beli barang rumah ke tanpa mengharapkan dia 100%. Macam asa aku kat JB, kt KL, aku boleh buat semua tu tanpa tunggu dia, harapkan dia bawak. Tapi kat sini tak boleh , semua jauh.. Kena harap dia.. Kalau dia kerja, terperap la aku kat rumah je..

Tahap merajuk aku memang la tak dapat nak kawal selalu.. Suka suka hati je merajuk memuncungkan diri bila ingat pasal ni.. Tapi dia pandai pujuk.. Nyampah sangat.. Time orang tak nak cakap ngan dia, mula la dia buka cerita pasal nak pergi holiday la, nak beli handbag baru la.. Pandai sangat pancing papa ko ni Intannnnnnn...

"Sayang sayang, nanti bulan 3 ni kite nak pergi muar berapa hari?"
- nak tido sana
"Ok nanti abang nak amik cuti"
-mesti la cuti. berani tak cuti? * garang tak hingat.
"Nanti kita pergi Tangkak cari kain baju raya ek"
-mmmmm... - dalam hati happy gila!

Dan aku selalu tewas dengan pujukan itu... Pagi meroyan merajuk marah marah, tengahari dah tak ingat pasal ape aku marah pagi tadi...haha... Ibu ko memang pelupa intan!

Dan kadang bila aku dah tenang sikit dari marah marah tu, aku muhasabah diri.. Cari kata-kata semangat.. Ye la kan, selalu rasa tak bersemangat hidup bila ingat pasal ni.. Kata-kata yang aku pegang bila rasa frust sangat...

"  Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan HATI kita, maka percayalah ALLAH TAALA akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka ..." 

2 comments:

Anonymous said...

perkara biasa dalam bersuami isteri..:)

misz sheyla said...

kat lipis ke???sye org lipis gak..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails