Followers

Friday, May 23, 2014

Kembali Ke Johor Bahru Yang Sangat Dirindui

Actually dah nak dekat seminggu dah ni aku ngan Intan kat Jb. Happy sangat. Hari tu papa janji Ibu bleh stay lama sebulan pun tak pe kat Jb ni.. Tup tup tak sampai seminggu dah call cakap nak ambil Sabtu ni.. Bosan katanya anak bini tak da kat rumah.. Eh tau bosan pulak kennn.. Slalu kat rumah sana balik keje mengadap hp je kan, ingat macam tak de effect je bila anak bini tak da, ada effect rupanya...hikhikhik.. Baru dia tau apa itu bosan..

Intan adalah sangat seronok duduk jb... Ibu? tentulah yang paling seronok kann... Kalau tak hujan dan kalau ibu tak penat, memang la bawak Intan Jalan kaki pergi playground sebelah rumah... Intan suka yang amat.. Dia kan suka bola.. Kat playground tu bila tengok abang2 main bole, boleh selamba derk je dia lari nak join... terpaksa abang-abnag berhenti main bola kejap bila dia menyibuk kat tengah-tengah..


Macam samseng je gayanya nak merampas bola dari budak2 lelaki kan? Tak padan dengan gigirl tu perangai...


Abang-abang pujuk.. Adik tak leh dik, ni mainan orang lelaki, adik sila tepi sikit ok..



I dont care! Nak main bola jugak!

Gitu... Suka sangat dengan bola.. Bawak pergi shopping pun, bukan dia pandang anak patung semua, bola juga dia teruja.. Kat rumah tok ma kat pahang tu penuh bilik dengan bola.. Bola saja di mana2..


Di hari lainnya, dah pandai main gelongsor.. Sangat happy.. 

Memang happy sangat la yek bila balik johor... Rasa nak cari kerja kt Jb la, bleh la duk sini lepas tu... Amacam papa? Ada boley ka???

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails