Followers

Thursday, July 17, 2014

Popia Simpul & Cinta Tersimpul Rapi


This is Kueh Raya. Popia simpul namanya.. Kueh raya pertama untuk tahun ni.. Kedua dan ketiga tak tau lagi ada ke idok.. Rasanya tak dek.. Nak buat popia simpul ni mudah je.. Cuma yang penting kena cari kulit popia yang betul la.. tak boleh sembarang, nanti boleh kena darah tinggi. Bukan pasal kandungan gula ke kolestrol ke ape ke, tapi sebab kalau terbeli kulit popia yang jenis cepat kering dan kurah elastik, memang boleh buat ko naik darah membuat benda alah ni..muahaha..

Aku sampai 3 jenis kulit popia beli baru dapat yang elok. Setelah dibuat uji kaji, kulit popia jenama KG Pastri adalah terbaik untuk buat Popia simpul. Pasal dia lembab, tak cepat kering, sangat elastik dan tak mudah koyak bila ko simpul..Best sangat bila simpul simpul berjalan lancar, 400 biji sekejap je settle sambil join mertua dan adik ipar layan drama korea lepas balik terawikh..

Intan?? Sangat suka okeh.. Mentah2 pun dia main sumbat dalam mulut.. Perangai papa sangat kuat makan.. Seksa juga kalau buat benda ni time dia tak tido lagi.. Sekejap sekejap datang ambil sebiji dua biji.. Amboi tak sempat buat raya kalau gitu...   

Raya Raya Raya... 9 hari lagi nak balik JB.. Oh oh balik raya... Oh oh balik Raya... Hati Girang.... =)

Saturday, July 12, 2014

Hidup Di Perantauan



Alhamdullilah dah masuk 2 minggu puasa. Actually dalam hati ni Tuhan je tau macam mana sayunya.. Duduk jauh sangat dari keluarga. Mak Ayah dan adik beradik.  Jauh sangat. Jauh.. 

Kalau la...

Mmm..

Kalau...

Tu cuma kalau....

Kalau yang mungkin mustahil...

So sebak...

Sedih...

Nak call mak pun takut.. Takut tak tertahan air mata masa bercakap...

Intan Setahun 4 Bulan


Usia setahun 4 bulan. Intan punya perangai ya ampun memang mencabar jiwa. Tak terkira berapa kali dia tunggangkan bakul mainan yang penuh dengan mainan dia tu, sepah satu bilik. So stress la ibu.. Respect sangat dengan ibu2 yang ada anak ramai kecik kecik dan boleh handle dengan tenang dan berjaya. Aku nampaknya masih fail.. fail.. fail... Cepat sangat stress...

Ya Allah, sabarkan lah aku, tabahkan lah aku...

Friday, July 4, 2014

Cik Khaleeda Binti Bustaman Bakal Isteri TMJ?

Orang orang Johor macam aku memang teruja bila dengar berita pasal tengku Muda Johor, Tengku Ismail akan berkahwin dengan Cik Khaleeda Binti Bustaman. Berita tentang perkahwinan Tengku Ismail dan Khaleeda ni mula tersebar semalam. Tahniah la kalau betul berita pasal merisik, bertunang dan kahwin TMJ dengan Cik Khaleeda Binti Bustaman tu. 

Biodata Cik Khaleeda Binti Bustaman cerita pasal diri cik khaleeda tu mesti tengah hot orang cari. Aku pun sibuk la serch pasal Cik khaleeda ni, cari cari maklumat pasal gadis bertuah ni. Tapi tak jumpa pun lagi, cuma jumpa gambar cik Khaleeda dan TMJ kat stadium je. Teruja juga nak tau tentang diri Cik Khaleeda ni. Ye la kahwin dengan anak raja Johor tu, mesti la I selaku rakyat johor pun nak kepoh tau pasal ni kan...

Harap2 esok lusa banyak lagi la maklumat pasal Cik Khaleeda Binti Bustaman dan Tengku Ismail   Ni akan keluar. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails