Followers

Thursday, March 31, 2016

Musim Panas Berendam Sungai

KekNi kan dah jadi orang kampung, duduk kampung sejak jadi surirumah sepenuh masa ni. Antara yang best kat Kampung suami KekNi ni ialah sungai.  Tau je la pahang ni kan sungai besar besar. Tapi air sungai zaman sekarang ni payah nak jumpa jernih, kalau musim hujan lagi lah, dah rupa teh tarik. Tapi bila musim panas macam sekaran ni, air jadi cetek dan jernih. Masa ni la orang orang kampung macam pesta kat sungai. Mandi sungai, berkelah, berkhemah, tangkap ikan segala. KekNi pun dapatlah merasa suasana ni. 


Tengok betapa bestnye dapat bersantai dalam sungai. Jernih je nampak batu batu sungai dalam tu kan? Kat ujung tu ada jambatan gantung, tapi tak nampak sangat dalam gambar ni sebab hari dah senja, dah gelap. 


Intan yang pantang nampak air. KekNi pulak feeling berenang konon padahal air cuma paras betis Intan saja di situ. Hehe. Walaupun air cetek, tapi arus boleh tahan deras juga kat bahagian tengah tu. Kalau biar badan terapung je kat dalam sungai tu, mau sampai Lipis dihayutkan air sungai tu. 


Ni pulak kejadian di hari lain. Masa ni orang kampung ramai-ramai berkelah sambil tangkap ikan sungai dan mandi manda. Diorang siap masak ikan fresh yang baru tangkap tu. Makan ramai-ramai. Meriah sungguh.  Intan panggil benda ni bot. Nak sangat naik bot, dapat juga lah rasa walaupun tu hanya sampan comel. 



Gembira sangat ni main panas.


Ni pun kejadian di masa yang berbeza. Masa ni pagi kot. Husband bawak Intan dan anak-anak sepupu dia mandi sungai. Bukan main suka la lagi tu. Masa ni KekNi tak join sebab sibuk sangat nak pos barang customer. Kat sini Pos laju sampai pukul 11 pagi je kalau nak barang sampai esok, tu yang KekNi macam lipas kudung nak siapkan dan pos parcel sebelum 11 pagi.


Tengok tu orang kampung berkhemah kat belakang tu. Siap masak lepas tangkap ikan sungai sama-sama. 

Seronok jugak musim panas kat Kampung ni. Macam pesta air. Tak sabar nak tunggu musim buah pulak. Lama dah tak ada musim buah ni. Gian nak makan durian sampai muak. Serius. Kalau musim buah, durian berlambak - lambak. Orang pahang kan buat tempoyak. Hari-hari kutip durian kat dusun 1 bonet myvi penuh. Sarapan, luch, dinner semua makan durian sebagai pencuci mulut. 

Heh. Tapi KekNi berdebar debar gak nak tunggu musim durian ni, sebab dah nak masuk 4 tahun KekNi duduk sini, baru dua kali musim durian datang. 1st masa mengandungkan Intan. 2nd masa mengandungkan Adam. Ko rasa musim durian yang ke3 tu bila?? Haaaa... takutt.. huhu

Monday, March 28, 2016

Gaduh Di Masjid Kerana Hantaran 15 Ribu

Viral kat facebook sekarang video keluarga pengantin perempuan dan lelaki bergaduh kat masjid masa nak nikah sebab duti hantaran tak cukup 15 ribu. Amboi melampau sangat rasa sampai kat masjid pun boleh duk berlawan macam tu. Pasal duit tu. Tak tahu lah sapa salah, sapa betul. Ye la diorang je yang mengetahui punca sebenar. Siapa yang mulakan gaduh tu, sebab dan sebagainyakan. Memang lah berlambak wartawan tak berbayar kat fb ni yang bercerita kisah sebenar kes gaduh kat masjid pasal duit hantaran 15k ni, tapi kita sebagai orang luar  ni mampu baca je la, nak komen lebih-lebih jangan lah, takut jatuh fitnah pulak uolss.

Cuma kesian la KekNi rasa. Pasal hari yang sepatutnya bagi kenangan manis buat pengantin ni bertukar jadi kenangan yang scary. KekNi dulu pun nikah kat masjid jugak. Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar.  Eh tapi KekNi pun ada buat kecoh kejap kat masjid tu lepas nikah. Jom tengok gambar kenangan masa nikah KekNi kat masjid tanpa pergaduhan mahupun hantaran 15K apetah lagi adegan baling -baling selipar.. 


Hihi... Ni je yang kecoh kejap. Adengan balik bunga kononnya. Eh ko tau je la suara kawan-kawan aku semuanya macam petir kan..haha.


Ko tengok gaya mulut pun boleh tau. 


Kenangan manis kau dan aku, perantin dan kawan-kawan di masjid lepas nikah. 


Yeah geng mrsm dan geng skudai bergabung, meletop!

Tu je la kisah kekecohan kekNi kat masjid lepas akad nikah.. Hehe.. Jangan marah haaa..

Saturday, March 26, 2016

Bila Anak Demam Panas

Jadi mak, benda paling tak senang duduk bila anak tak sihat. Tuhan je yang tahu.
Intan demam hari ni. Rasa bersalah membuak buak sebab marah dia tak nak tidur
petang dan kacau adik dia yang tengah tidur sampai aku tak boleh buat kerja. Again. Lepas marah anak, aku sendiri yang nangis. 

Air asam untuk jerlur @ jerlum kepala dia bagi sentiasa basah.
Air suam untuk basahkan tuala untuk lap celak ketiak, leher, pelipat.
Air masak untuk dia minum setiap kali terjaga dari tidur.
Bawang merah untuk resap virus & bakteria jahat.
Siap semua aku susun hujung kepala dia.  Biasanya semua ni la yang berkesan rawat demam dia dari rumah. yang dapat turunkan suhu badan. Kalau tak kebah, jom esok kita ke Klinik.

Ibu? Sedang berjaga 24 jam untukmu wahai anak yang aku sayang. Kebahlah dari demammu.  

Wednesday, March 23, 2016

Maju & Motivasi Diri

Wow kejap je dah nak masuk bulan 4, pastu kejap je dah pertengahan tahun. Wow sangat. Pantas gila masa berlalu. Rasa rugi kalau setiap hari masih berada pada tahap yang sama. Rasanya perlu berusaha lebih gigih untuk majukan diri, bisnes untuk masa depan. Serius sejak anak dua ni, bisnes agak perlahan. pasalnye KekNi kurang masa untuk buat promotion dan marketing. Tempahan sedia ada pun take time nak siapkan. Adam asyik nak berkepit 24 jam. Adoi sungguh. kalau dulu laju je promote, update blog semua. Tapi sekarang masa memang terhad. Nak tidur lewat sampai awal pagi pun payah sebab tak larat dek keletihan siang hari uruskan anak-anak dan kerja rumah.

Persaingan dalam bisnes percetakan cenderahati perkahwinan pun makin sengit ya ampun. bersepah dah orang buat bisnes online yang sama. Haru jugak nak bersaing. Kena kerja keras. Keras dan bermotivasi. Bermotivasi untuk majukan diri, bisnes di samping meningkatkan taraf hidup. Hamboi sangat sekarang duit macam air ye. Duit masuk, duit keluar. Pantang keluar rumh, confirm Rm mengalir jugak. Nak mengalir air m bata KekNi. Betapa susahnya nak cari duit, tapi dia punya senang nak keluar, macam susah nak di terima akal. Kalau dulu ada RM50 dalam tangan boleh pikir nak shopping baju  ke beg ke. Sekarang? Sehelai blouse pun susah nak dapat dengan RM50 tu. Pergi pasaraya beli barang dapur, dapatlah 1 beg plastik je dengan Rm50 tu. Sadis ye hidup di zaman ini.

Kena bertabah la dan kuat untuk hidup di zaman sekarang ni. Kekni pon tengah berusaha gigih nak menambah pendapatan. Tak boleh banyak sangat rehat. Harap Adam cepat memahami dan bagi masa 
kat Ibu buat kerja laju-laju. Supaya Ibu nanti banyak duit, boleh pergi holiday. Eh? Hehe..

Ok la nak sambung buat kerja sementara nak-anak dan laki sedap berdengkur.

Iklan Sikit ye




heart emoticon DOORGIFT CUSTOM MADE DESIGN TANPA CAJ DESIGN
heart emoticon CENDERAHATI BERMANFAAT dengan HARGA MURAH serta KUALITI TERBAIK
 
Kami meyediakan pelbagai doorgift custom made design mengikut citarasa dan tema anda. Beritahu tema, kami design dan cetak untuk anda.
like emoticon Surah Yasin RM1.35 (1000 Pcs)
like emoticon Doa Amalan RM1.35 (1000 Pcs)
like emoticon Tasbih Mini RM1.30 Minima 50 pcs
like emoticon Printed Paper Bag 80sen
like emoticon Guest Book RM50
like emoticon 19 pcs Wedding Photo Props RM30

Terdapat juga lebih 100 design sedia ada untuk dipilih. .heart emoticon

Hubungi kami terus untuk tempahan dan pertanyaan: 


-heart emoticonWhatapps :0127164176
heart emoticon Email : cccdoorgift@gmail.com
heart emoticon Fb : Cute Creative Creation
heart emoticon Blog : http://cutecreativecreation.blogspot.my/

Friday, March 18, 2016

Minggu Stress Dan Moody

Alahai stressnya. Tak ada mked mood langung. Laptop problem dengan motherboard dai. Terpaksa hantar kedai repair. Makan seminggu lebih katanya. Tak sampai seminggu pun lagi aku dah tak tahan ni. Cannot la guna laptop sementara ni. dah biasa pakai laptop sendiri yang besar, yang laju yang cukup dengn semua software yang biasa kita guna, tetiba kene guna laptop lain adui la sangat susah aku rasa. Tapi Alhamdullilah tetap bersyukur dapat juga laptop sementara untuk buat kerja. Tapi hazab sangat nak buat marketing. Slow sangat.

Perlukan terapi untuk diri sendiri. Tapi nak berak lebih 5 minit pun anak dah melalak ko rasa terapi yang macam mana aku boleh dapat??? Hazabb.

Ingat nak terapi shopping cuci mata kat kedai DIY (tu je pon yang ada kat lipis ni) tengok barang hiasan rumah untuk lengkapkan my working space. Tapi baru 10 minit masuk laki dah call gelabah tunggu dalam kereta lama katanya.

Stress. stress. Stress.

Thursday, March 17, 2016

Betapa Aku Rindu



Sejak balik dari Jb, rasanya KekNi belum ada call mak untuk sembang panjang-panjang macam dulu. Bukan apa, KekNi rasa sebak la. sebak, sedih, rindu. Tiap kali nak call rasa nak menangis. Kalau dah call apetah lagi, pasti nangis punya.  Rindu keluarga kat Jb, rindu nak duduk Jb. Rindu sangat-sangat. Tuhan je yang tahu perasaan  tu macam mana. Terpaksa jauh dari family, merantau jauh ke negeri orang. langsung tak ada saudara mara atau kawan-kawan kat sini. sedih, rindu, sebak.

Hari tu balik JB pun 3 hari 3 malam  je. Itu pun 2 hari suntuk dalam kereta habis untuk masa perjalanan pergi dan balik. Kejap sangat balik. Tak terubat rindu, tak puas menikmati bumi Johor Bahru tempat 26 tahun KekNi hidup kenal dunia. Ya Allah sedihnya hati ni. Kenduri saudara mara pun banyak yang KekNi tak dapat pergi. Sedih je baca whatapps group family diorang bercerita kenduri sini sana berkumpul saudara mara. KekNi tak dapat join 1 pun. Padahal dari kecil KekNi rapat dengan sepupu-sepupu KekNi semua. Macam adik beradik. dengn mak pak saudara semua macam mak ayah sendiri. Tapi bila dah kahwin, terpaksa duduk jauh, rasa hilang nikmat yang satu ni.   Ni pun tak tahu bila boleh balik Jb lagi. 2 bulan sekali biasanya. Sepatutnya bulan depan (bulan 4) KekNi balik lagi, tapi entahlah. Rasa macam tak dapat. Ada kenduri sepupu husband. Emm.

Biasanya bila sebut nak balik Jb, dalam hati KekNi mesti teringat nak makan masakan mak, nak jalan-jalan, nak enjoy. Tapi Hari ni Kekni rasa lain. Kekni rasa betul betul rindu dengan family KekNi kat JB. Rindu sangat-sangat sampai tak tertahan air mata. Esok kena kuatkan hati telefon mak. Jangan sampai mak tau KekNi kesedihan kat sini. 

Kuat
Kuat
Kuat













Friday, March 11, 2016

Jalan-jalan Cameron Highland Tanpa Jemu

Sejak duduk Kuala Lipis ni. Cameron Highland la tempat cuti cuti terdekat. Lagipon memang tak jemu pergi cameron ni. Eh tapi kalau tiap kali pergi time cuti sekolah confirm jemu  ye. Dia punya jem hazab sangat tu. Weekend lepas husband KekNi ada BBQ ngan geng kereta dia kat Homestay Kampung Sedia tu. So angkut la kami anak beranak ni sekali. Tapi kami tak tido kat homestay kg sedia tu, kami stay kat Hotel Titiwangsa yang tepi jalan besar antara pekan Brinchang dengan Tanah Rata. 

Meh KekNi review sekali Hotel Titiwangsa Cameron Highland tu. Hamboi rate time weekend RM198 ye. Include breakfast yang ala-ala dan Dinner stimboat pun ala-ala juga. Bilik tak best mana, tak sama langsung dengan gambar yang dia tunjuk dalam gambar masa kat reception counter tu. Dalam gambar ada karpet, tapi rupanya tak ada. Merasalah ko terjengkit jenkit jalan atas tile sejuk sejuk gitu. Water Heater kat bilik air bunyi seram gila, kuat sangat. Size bilik kecil cinonet je. Jadi la weh. Tu je bilik mampu milik time weekend. Hotel kat Cameron Highland ni semua mahal mahal ye sekarang. Tu yang tak suka pergi time weekend. Eh tak usah ko nak membebel, pantang laki ajak, hari ape pun kau tak pernah tolak jugak. Haha.


Dah selalu sangat pergi Cameron Highland sampai tak tau nak ke mana dah. Nak ke Ladang lavender gila malas nak harung jem dari tanah rata ke brinchang tu. Jadi kita lepak kat area hotel je. Ni kat kawasan ada buah besar besar. Teruja Intan bergambar. 


Kat limau besar pulak


Ok done. kat Jagung besar pulak.

Ok yang ni no komen..Haha



Papa tak ikhlas ambil gambar


Yang ni baru Ikhlas


Beli strawbery kat pasar Brincang




Sekali lagi.. Gadis dan bunga.. =)

Tu je la gambar ke Cameron Kali ni. Daaa..

Thursday, March 10, 2016

Tips Penting Sebelum Berhenti Kerja Untuk Menjadi Suri Rumah

Masa nak ambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah dulu, KekNi akui itu bukanlah satu keputusan yang senang nak dibuat. Macam-macam difikirkan, berbelah bagi, itu ini semua nak kena fikir. Stress sampai sakit kepala jugaklah. Tapi gedebush lahir je Intan ke dunia, KekNi terus tetapkan tekad untuk berhenti.

Antara faktor terkuat buat KekNi nak berhenti kerja dan jadi full time house wife ialah Tak sanggup nak tinggalkan anak dengan pengasuh.  Dengan macam-macam berita dera kat tv kan. Nak besarkan anak KekNi sendiri. Hatta dengan Mak / Mak mertua pun KekNi tak sanggup sebab tak nak susahkan diorang. Diorang dah puas jaga anak-anak diorang masa muda dulu, dah tua ni masa untuk diorang berehat, bukan untuk jaga anak kecil lagi.

So lepas je habis pantang, KekNi naik kerja tarus submit notis berhenti kerja 3 bulan. Lega sangat rasa bila dah buat keputusan tu. Punyalah lama pikir, dari start mengandung sampai lahir Intan tu. So lepas pantang KekNi kena kerja 3 bulan lagi sebelum boleh resign. Masa tu, ada lah member member office yang terus terang, teringin nak ikut jejak KekNi jadi suri rumah tapi diorang tak boleh sebab banyak hutang kad kredit la, banyak tanggungan la dan sebagainya.

Ye KekNi faham, dah biasa kerja tentulah dah ada komitment bulan-bulan kan, so kalau nak berhenti kerja tu tak boleh la notis 24 jam terus berhenti, harus buat persediaan dulu. So hari ni KekNi nak share la persediaan awal yang KekNi buat bila keinginan nak berhenti kerja tu dah ada.

1. Hapuskan / Kurangkan Hutang
KekNi bersyukur sangat-sangat sepanjang 5 tahun KekNi kerja makan gaji, KekNi tak pernah ada kredit kad. Memang tak pernah ada niat nak guna kredit kad. Kredit kad sekarang dah jadi macam keperluan kan? Tapi sebolehnya kita elakkan lah. Jadi kalau kita nak berhenti kerja, kita kenalah berusaha untuk hapuskan  hutang atau paling tidak, kenalah kurangkan hutang sebolehnya. Jadi kena lah berusaha selesaikan hutang sebolehnya sebelum berhenti kerja supaya tak rasa terbeban sangat bila dah tak ada income nanti. 


2. Sediakan Simpanan
Simpanan penting sebagai backup untuk kita menghadapi hari hari tanpa income macam masa bekerja. Seeloknya simpanan tu cukup untuk buat backup 3 bulan. Ianya boleh kita gunakan di saat saat kecemasan sekiranya berlaku apa-apa yang tak terjangka nanti bila kita dah jadi surirumah sepenuh masa. Ye la, perancangan Allah kita mana tahu kan. Kot-kot tiba-tiba husband tempat bergantung hilang pekerjaan tiba-tiba ke, ada la duit simpanan kita untuk teruskan hidup sementara dia dapat kerja lain kan. Itu contoh lah. Banyak lagi kmungkinan sebenarnya.

3. Mulakan Idea Untuk Dapatkan Side Income
Walaupun tak ada kredit kad, KekNi banyak juga komitmen lain seperti PTPTN, Loan ASB, pinjaman kereta, bil Internet, bil telefon, duit belanja bulanan parents dan Insurans. So walaupun dah jadi surirumah, KekNi tetap harus ada income bulan-bulan untuk bayar semua komitmen KekNi ni. Memang dari bujang KekNi dah aktif berbisnes online. Dari jual kek bertukar kepada bisnes printing. Masa bujang buat bisnes hanya untuk tambah pendapatan je. Bila dah kahwin, dah nak ada anak, KekNi mula serius buat side income ni. Bila side Income KekNi dah boleh dapat lebih separuh dari gaji bulanan KekNi, keyakinan untuk berhenti kerja tu bertambah. Bertambah yakin untuk berhenti kerja dan tumpukan 100% pada bisnes online. 

4. Enjoy Masa Bersama Rakan-rakan
Haha. Ni persediaan jugak. Masa. Menikmati zaman bekerjaya bersama kawan-kawan. Sebab lepas dah jadi surirumah, memang kehidupan akan berubah banyak. 24 jam adalah masa bersama family, anak-anak sahaja. Nak keluar jumpa kawan pun tak sama perasaan dia macam dulu. Lagi-lagi kalau macam situasi KekNi ni. Asal JB, kerja KL, bila berhenti kerja dan pindah ikut suami ke Pahang, langsung tak ada kawan dah. Jauh semua kawan-kawan.  Kawan dengan anak-anak je la kat umah. So sebelum berhenti kerja tu, enjoy la secara berhikmah masa bersama kawan-kawan tu.   

5. Redha dan Tawakal  dengan keputusan
Yang ini terpaling penting. Kalau tiada redha dalam hatimu untuk meninggalkan kerjaya demi Suami dan Anak-anak, hati korang mesti memberontak, rasa tak ikhlas dan serba serbi tak kena. Awal-awal jadi surirumah memang seronok. Hari-hari tak perlu terkejar-kejar pergi kerja, tak perlu iron baju kerja hari-hari, boleh layan drama sambung-sambung kat tv setiap hari, nak tidur pukul berapa, nak bangun pukul berapa pun tak kisah. Tapi sampai satu tahap, korang akan rasa bosan dengan rutin baru ni, jauh dari kawan-kawan, bosan kat rumah bila suami keluar kerja. Heee.. kisah benar ni. So kena muhasabah diri, ingat balik niat kita berhenti kerja, redha dan tawakal. Percaya Allah sebaik-baik perancang.

6. Nikmati Keindahan Mejadi Suri Rumah
Bila dah bersedia dengan semua tu, maka nikmatilah keindahan menjadi suri rumah sepenuh masa. Tak ada masalah cuti, boleh pergi holiday bila-bila pasal hari hari adalah cuti, menikmati hari-hari bersama suami dan anak-anak, buat semua kerja rumah untuk suami dan anak-anak, belajar memasak dan macam-macam lagi..

Panjang pulak cerita KekNi hari ni tak macam selalu. Haha.. Biarkan. Bukan selalu dapat ilham menulis macam ni. Semoga perkongsian KekNi ni bermanfaat kepada kamu kami yang sedang kebingungan dalama membuat keputusan untuk berhenti kerja , yang nak meninggalkan zaman wanita bekerjaya, yang bercita-cita untuk jadi fulltime housewife. Ingatlah, keputusan ditanggan kita sendri. Persediaan itu penting supaya kita tak menyesal dikemudian hari. Ini pengalaman KekNi yang baru jadi surirumah sepenuh masa 3 tahun, kisah anda pula bagaimana? Jom share =)

#BilaKekNiMenulisSerius

Wednesday, March 9, 2016

Promosi Printed Paper Bag Custom Made Design

Lama  KekNi tak up pasal Bisnes KekNi. La ni Cute Creative Creation ada promosi untuk printed paper bag. Harga 65sen je uolls. Boleh pilih atau request design ikut tema dan kehendak korang. Sesuai la kalau nak buat birthday partu ke, majlis aqiqah, kesyukuran, wedding dan lain-lain.

Tapi cepat cepat uolls, promosi sampai hujung bulan ni je tau. 


PROMOSI PRINTED PAPER BAG CUSTOM MADE DESIGN
HARGA BIASA : RM0.80/PCS 
==============================================
 PROMOSI HARGA ISTIMEWA RM0.65/PCS 
# KHAS untuk majlis April 2016 - Disember 2016 
# WAJIB Booking sebelum 30 MAC 2016 
==============================================
* 100% Custom made mengikut tema & permintaan anda
* Juga terdapat lebih 200 design sedia ada boleh dipilih
* Size 22x12x7.5cm
* Full Colour printing
* Tiada Caj Design @ Caj Tersembunyi
* Paper bag jenis bertapak, ruang lebih besar untuk isi goodies
* Sesuai sebagai beg goodies, doorgift, cenderahati majlis;
‪#‎perkahwinan‬ , ‪#‎pertunangan‬, ‪#‎birthdayparty‬, ‪#‎harijadi‬, ‪#‎kenduriaqiqah‬ , ‪#‎cukurjambul‬ , ‪#‎babyshower‬ , ‪#‎kesyukuran‬

Tempahan Kami Terima Melalui :
* WHATAPPS : 012-7164176

PROMOSI TAMAT 30 MAC 2016






Monday, March 7, 2016

Perasaan Gadis Dapat Bunga


Gadis la sangat kan. Dah jadi mak anak dua pun teringin lagi title gadis tu.  Actually semalam husband KekNi ajak pergi Cameron Highland. Maka pergilah kami 4 beranak ke Cameron Highland tu. Kami stay 1 malam kat Hotel Titiwangsa.  Pergi time weekend kan, merasalah harga hotel mahal melampau tak padan dengan servis dan kualiti bilik. Tu nanti nanti KekNi cerita. Ni nak cerita pasal bunga. Muahehe. 

 Malam tu kita pergi la Pasal Malam Brinchang. Perut dah kenyang tapi saja nak cuci mata tengok keadaan meriahnya Cameron time malam. Masuk masuk je Pasar malam Brinchang tu, KekNi terus tertarik duk tengok bunga segar kat gerai depan tu. Tengok je la. Tertarik tengok lavender purple tu. Pastu terus jalan pusing satu pasar. Last-last cuma beli 2 key chain dan seketul jagung bakar je. Haha. 

Masa nak jalan balik tu, lalu lagi depan kedai bunga, eh Husband kita singgah la tengok sama. Hehe. dia offer nak belikan, apa lagi gumbiralah hati ku ini. Bukan senang ye laki den nak bagi bunga. Last dapat bunga masa birthday KekNi zaman bertunang dulu. Berzaman dah yer, 5 tahun berlalu. Lepas 5 tahun baru dapat bunga lagi, maka rianglah hati KekNi. Muka duk senyum je, krem muka ni tak boleh control memang duk senyum je pengang bunga sampai kat parking. Malu tak boleh control senyum lalu KekNi po jalan laju laju paling depan meninggalkan husband dan Intan ketinggalan kat belakang menuju ke kereta..haha..

Best ye perasaan dapat bunga 5 tahun sekali. Memang berbunga bunga hati KekNi ni. Next time pergi Cameron boleh la ngendeng nak bunga lagi.  =)



Sunday, March 6, 2016

Gambar Baby Comel


Alhamdullilah anak anak comel belaka. Cuma perangai kakak tak berapa nak comel lately ni. Biar lah gambar berbicara, ko tengok muka kakak dan muka adik pun boleh tau, siapa pembuli siapa mangsa buli dalam kes ni.







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails