Followers

Friday, July 29, 2016

Anjakan Paradigma

Before raya, iaitu masa puasa la, aku realize yang aku ni dah kategori manusia yang ada penyakit insomnia. Maksud insomnia ialah susah tidur. Ye la, aku memang selalu (boleh kata tiap hari) tidur lewat. Kalau dapat tidur pukul 12 tengah malam tu dah kira paling awal lah tu. Tu pun kalau aku terlalu penat macam seharian travel dari JB ke Lipis ke kan. Kalau tak, hari hari biasa aku, pukul 12 tengah malam tu baru lah aku boleh mula kerja dengan serius tanpa gangguan anak-anak atau tanpa perlu terkejar kejar buat kerja rumah. Dan bila aku dah syok buat kerja, biasanya pukul 2.30 -3 pagi aku akan stop dan tidur. Tapi masalah jadi bila aku over kerja lebih dari pukul 3 pagi contohnya pukul 3.30 baru nak tidur, confirm mata aku tak boleh lelap. Confirm pukul 5 pagi baru lah dapat lelap.  Kalau dah tidur pukul 5 pagi, anak anak pulak pukul 8 dah bangun nak itu ini, memang tak boleh lajak tidur, kau bayangkanlah penat dia macam mana. Merangkak rangkak nak bangun buat susu intan..haaaaaa..

Actually aku boleh stay sampai pukul 3- 5 pagi ni sebab nescafe. Ye nescafe ais. Boleh dikatakan tiap hari aku akan minum nescafe ais malam-malam. Kalau tak nescfe, aku minum milo. Tapi sejak lepas raya ni, aku start amik supplement Kawai Collagen konon untuk kesihatan dan kecantikan kulit sebab aku bermasalah dengan jerawat yang bertumbuh bercambah bagai newer ending! So minum Collagen ni, pantang dia kaffien. So aku stop la minum nescafe. Plus, aku pun sedang mengamalkan cara hidup sihat dengan berpantang ais dan air manis dan makanan berminyak. Jadi nescafe dan milo ais memang aku tak buat dah sejak lepas raya ni. 

So kesan dia, aku memang tak tidur lebih dari pukul 1 pagi dah sekarang. Jerawat pun alhamdullilah tak beranak pinak lagi setakat ni. Dan paling amazing, berat pun turun sikit sikit. Ais dan air manis memang effect ye kat berat badan. Tapi baru seminggu la anjakan paradigma aku ni. Harap harap berterusan la. Masa kerja pun berubah ni. Dah tidur awal, terjaga pun awal ni. So masa kerja baru adalah sebelum subuh sampai lepas subuh. Lagi elok rasanya macam tu kan?  Bangun awal, murah rezeki ye dak? 

Mohon Istiqomah lah wahai Aini.


Friday, July 15, 2016

One Stop Centre Persediaan Majlis Perkahwinan, Kesyukuran, Aqiqah Dan Lain-Lain

ONE STOP CENTRE UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN, AQIQAH, HARIJADI, KESYUKURAN & LAIN-LAIN

Tempah semuanya satu tempat,  daripada Kad Jemputan Kahwin, Doorgift Majlis, Guest Book, Label Sticker dan lain-lain. Jimat postage, cepat & mudah!

@ Kad Kahwin 33sen
@ Wedding Guest Book Rm50
@ Wedding Photo Props RM30
@ Doorgift Yasin @ Doa Amalan RM1.35
@ Doorgift Tasbih Mini RM1
@ Printed Paper bag 80sen
@ Sticker 20sen

Layari Fb Cute Creative Creation untuk melihat lebih 300 design daripada tempahan pelanggan kami sebelum ini
LAGI BEST, Semuanya Customade design mengikut tema dan citarasa anda TANPA CAJ DESIGN


Hubungi kami untuk pertanyaan & tempahan
WHATAPPS : 0127164176


Kad Kahwin design Moden 2016 dengan harga bajettetapi kualiti terbaik. Custom made design dan ready made design. Semuanya terserah kepada anda


Surah Yasin @ Buku Doa Amalan harian Custom made design sebagai doorgift bermanfaat kepada tetamu majlis anda.


Wedding Guest Book & 19 pcs Wedding photo Props yang comel untuk tetamu mengabadikan kenangan dan ucapan pada majlsi perkahwinan anda


Wedding Guest book dengan Custom Made design Cover & 50 Pages Content juga custom made design



Personalized Printed Paper Bag mengikut tema dan permintaan anda. 



Tasbih Mini beserta Tag terima kasih yang istimewa sebagai cenderahati Kepada tetamu


Label sticker untuk kegunan doorgift majlis anda


Set Buku Doa dan Tasbih Mini mengikut tema dan warna permintaan 


Design cutsom yang menarik, moden dan cantik kami reka khas untuk anda tanpa caj tambahan


17 Warna pearl yang boleh dipilih untuk di gabungkan menjadi tasbih mini yang cantik



Jom Tempah Sekarang sebelum terlambat.
===============================

 Hubungi kami untuk pertanyaan & tempahan
WHATAPPS : 0127164176



Thursday, July 14, 2016

Selamat hari Raya 2016



Lintas langsung dari Johor bahru yang tercinta. Alhamdullilah suami bagi green light stay JB 10 hari sempena Raya ni. Muahahaha. Seronok tak terhingga.

Selamat Hari Raya Uolls. Ahkak banyak kerja ni, tak sempat nak update panjang lebar kat blog. 


Monday, July 4, 2016

Ramadhan Yang Semakin Berlalu

Ramadhan dah pun tinggal 2 hari saja lagi. Lepas ni raya la kita. Aduhai, menjalani puasa di tempat orang adalah sedikit mencabar. Aku rindu zaman mak siapkan sahur setiap pagi.  Mak is sooo rajin memasak pagi-pagi tiap kali sahur. Aku kalau dapat tolong pun, tolong hidang atas meja je ha. Bangun-bangun dah siap semua mak masak. Mak sangat rajin dan very the super woman, walaupun anak-anak dah besar, tak pernah pun dia nak pass tugak memasak, menyediakan sahur kat anak-anak.  


Seminggu sebelum raya papa bawa kami anak beranak shopping raya kat KL. Intan happy sangat la papa melayan naik tren. Ibu la yg nak patah pinggang dukung Adam dari jalan tar sampai Masjid India. 


Budak excited nak naik train. Potpet potpet sangat mulutnya. Naik stress ibu, grrrrr..


Adam yang sibuk nak kira duit Ibu. Tak yah la Adam kisahkan duit dalam beg ibu ni, papa baru gaji, so kita kisahkan duit dalam beg papa je. Muahaha. Alhamdullilah banyak baju anak-anak yang setle. Walaupun baju Ibu hanya 1 saje.  

Tahun ni first and second raya kat Pahang lagi. Sedih la sapa tak sedih tak raya ngan family sendiri kat JB. Harap harap meriah sikit la raya kat sni tahun ni. Tahun sudah raya pertama macam tak ada apa pun. Beraya umah sedara mara pun tak ada. Ntah tak faham konsep orang sini. Kalau kat JB raya pertama tu meriah beraya umah sedara mara jiran jiran semua.   

Ok tu je la. Tak produktif sungguh aku bulan puasa ni. Tak larat weh menyusu sambil puasa, yang mengalami je tahu macam mana. Dengan adam Fullu breasfeed, nasi tak mau makan nye, rasa lemah longlai je ibu ko ni, lepas tengahri memang takboleh move on, terbaring je la keje aku menanti waktu berbuka.   Mohon semangat dan tenaga lebih please. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails