Before raya, iaitu masa puasa la, aku realize yang aku ni dah kategori manusia yang ada penyakit insomnia. Maksud insomnia ialah susah tidur. Ye la, aku memang selalu (boleh kata tiap hari) tidur lewat. Kalau dapat tidur pukul 12 tengah malam tu dah kira paling awal lah tu. Tu pun kalau aku terlalu penat macam seharian travel dari JB ke Lipis ke kan. Kalau tak, hari hari biasa aku, pukul 12 tengah malam tu baru lah aku boleh mula kerja dengan serius tanpa gangguan anak-anak atau tanpa perlu terkejar kejar buat kerja rumah. Dan bila aku dah syok buat kerja, biasanya pukul 2.30 -3 pagi aku akan stop dan tidur. Tapi masalah jadi bila aku over kerja lebih dari pukul 3 pagi contohnya pukul 3.30 baru nak tidur, confirm mata aku tak boleh lelap. Confirm pukul 5 pagi baru lah dapat lelap. Kalau dah tidur pukul 5 pagi, anak anak pulak pukul 8 dah bangun nak itu ini, memang tak boleh lajak tidur, kau bayangkanlah penat dia macam mana. Merangkak rangkak nak bangun buat susu intan..haaaaaa..
Actually aku boleh stay sampai pukul 3- 5 pagi ni sebab nescafe. Ye nescafe ais. Boleh dikatakan tiap hari aku akan minum nescafe ais malam-malam. Kalau tak nescfe, aku minum milo. Tapi sejak lepas raya ni, aku start amik supplement Kawai Collagen konon untuk kesihatan dan kecantikan kulit sebab aku bermasalah dengan jerawat yang bertumbuh bercambah bagai newer ending! So minum Collagen ni, pantang dia kaffien. So aku stop la minum nescafe. Plus, aku pun sedang mengamalkan cara hidup sihat dengan berpantang ais dan air manis dan makanan berminyak. Jadi nescafe dan milo ais memang aku tak buat dah sejak lepas raya ni.
So kesan dia, aku memang tak tidur lebih dari pukul 1 pagi dah sekarang. Jerawat pun alhamdullilah tak beranak pinak lagi setakat ni. Dan paling amazing, berat pun turun sikit sikit. Ais dan air manis memang effect ye kat berat badan. Tapi baru seminggu la anjakan paradigma aku ni. Harap harap berterusan la. Masa kerja pun berubah ni. Dah tidur awal, terjaga pun awal ni. So masa kerja baru adalah sebelum subuh sampai lepas subuh. Lagi elok rasanya macam tu kan? Bangun awal, murah rezeki ye dak?
Mohon Istiqomah lah wahai Aini.
No comments:
Post a Comment