Di awal tahun 2017 ini keluarga suami di uji dengan pelbagai perkara yang kami tidak jangka. Tapi di sebalik ujian ini kami bersyukur kerana Allah aturkan setiap satunya dengan tidak terlalu membebankan, malah terasa macam semua ujian ini di aturkan dengan baik sekali.
Ujian PERTAMA
Sedang mengira hari untuk majlis Perkahwinan adik ipar (Adik suami) yang bakal berlangsung 14 Januari, Tok Umi (Arwah) dikejarkan ke Hospital sebab masalah pernafasan. Keadaan agak kritikal sebab tok umi dirawat di ICU. Jadi seluruh ahli keluarga agak sibuk berulang alik ke Hospital untuk jaga dan pantau keaadan Tok Umi. Memang tak ada persiapan macam nak kenduri kahwin pun kat rumah masa tu. Alhamdullilah seminggu lepas tu Tok Umi boleh keluar dari hospital. Tapi keaadan dia still lemah. Jadi kami bertwakal saja dan mula persiapan perkahwinan Inah (adik ipar) secara sederhana. 2 minggu lepas tu Inah pun selamat nikah.
Ujian KEDUA
Genap seminggu Inah nikah, balik dari bercuti ke Langkawi sabtu pagi, waktu itu lah tok Umi menghembuskan nafas terakhir. Tapi Tok Umi pergi dengan tenang sangat. Dia pergi lepas semua cucu cucu rapat dia jumpa dia. Kebetulan yang Allah atur. Semua cucu rapat dia dapat jumpa dia hari terakhir dia kat dunia. Semua cucu cucu rapat dia yang kt KL, ada balik weekend tu walaupun kalau ikut logik, diorang dah balik last week masa wedding inah, mestilah penat nak balik lagi minggu ni kan? Tapi semuanya balik atas pelbagai sebab yang Allah dah aturkan. Kagum. Suami aku pulak kebetulan kerja siang, jadi malam tu sempat jumpa TOk Umi jugak. Dan Inah yang terakhir salam tok Umi masa tu tangan Tok masih hangat dalam 12 tengah malam. Tapi bila bibik dan tukar pampers tok lepas Inah salam tu, badan Tok Umi dan sejuk sangat2 dan tok ada respons. Doktor sahkan Tok meninggal dalam pukul 12- 1 pagi.
Ujian KETIGA.
Selesai hari ketiga Kenduri Tahlil Arwah Tok Umi, Hujan turun tak henti henti. Dan kampung pun dah mula banjir. Banjir besar sekali lagi. Sampai kawasan perkuburan pu tenggelam. Ya Allah. Tapi Allah tu maha penyayang kan. Dia datangkan banjir selepas selesai urusan kebumi dan kenduri tahlil Arwah. Tak boleh bayangkan kalau dia datangkan banjir sama waktu dengan hari kebumi arwah TOk Umi. Tapi Alhamdullilah semua dipermudahkan.Cukup kenduri tahlil 3 malam selesai, baru banjir datang. Harap-harap banjir semakin kurang la dan tak lama macam musim banjir 2 tahun lepas. Sekarang ni tengah tunggu hujan reda dan keadaan kembali pulih.
Al-Fatihah untuk Arwah Tok Umi...